Saturday, 7 April 2018

Membanteras Khurafat Moden



إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إله إلا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Sesungguhnya pujian hanya bagi Allah. Kita memujiNya, meminta pertolongan kepada-Nya dan keampunan daripada-Nya. Kita berlindung dengan Allah daripada kejahatan diri kita dan keburukan amalan perbuatan kita. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, tiada yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang disesatkan, tiada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah (yang layak disembah) melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.


Kali ini saya ingin menjelaskan satu isu yang tersebar acap kali di media sosial. Berikut adalah mesej yang saya dapat dari Whataps saya.

SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK!!!

Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk 'peritoneal dialysis'. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.

Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu - how they suffer.

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya juga tidak mahu ia berlaku pada keluarga & anda semua. It's really PAINFUL. Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.

Take Care of Our Own Kidney.

Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

1• Kerap tahan kencing.

2• Kurang minum air.

3• Suka makan makanan masin.

4• Suka minum minuman bergas.

5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6• Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid).

7• Kerap makan pil tahan sakit.

8• Merokok.

9• Obesiti.

10• Alkohol.

11• Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia  sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krna tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Sistem Perkumuhan manusia

Sistem Pencernaan Manusia (Sumber: www.cikguhailmi.com)


Terapi air putih:

1. Minum 1 gelas masa bangun tidur dpt membersihkan organ2 dalaman.

2. Minum seglas air, 30 minit seblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.

3. Minum segelas air seblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air seblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.

Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

THE CHOICE IS YOURS

# copy & paste.

Wallahu a'lam...




Analisis dari saya setelah merujuk kepada pelbagai sumber ilmiah adalah seperti berikut:-



1.
Faktor yang merosakkan buah pinggan nombor 1-11.


Analisis

Kesemuanya mempunyai bukti ilmiah1,2.



2.
Sfringer menapis air


Analisis

Tidak ditemui dalam mana-mana buku perubatan. Yang terdekat adalah Spincter. Iaitu sejenis pencerut berotot mengawal bukaan sesuatu saluran dalam tubuh untuk laluan bahan pepejal dan cecair3. Ia BUKANLAH berfungsi sebagai penapis air seperti dalam whataps tersebut.



3.
Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang


Analisis

Ini adalah kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Telah maklum segala makanan  apabila masuk dalam sistem pencernaan akan melalui pelbagai proses sehinggalah ia diserap ke dalam darah ke HATI dahulu untuk dimetabolismakan. Manakala air pula akan diserap semula di usus ke dalam peredaran darah dan seterusnya ke buah pinggang untuk dikumuhkan3. Bagaimana air bila masuk mulut boleh terus ke pundi kencing? Anda cari logiknya.



4.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya utk tidak minum sambil berdiri?
Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.


Analisis

Tafsiran ‘seakan ilmiah’ akan hadis yang melarang minum sambil berdiri bersumber pada hal yang tidak kredibel seperti di whataps berkenaan adalah sesuatu yang meragukan dan mencalarkan keluasan hokum dalam agama. Dari sudut dalil sendiri, ternyata ditemui hadis lain yang menunjukkan bolehnya untuk minum sambil berdiri. Bahkan makan sambil berdiri pun dibolehkan.

Dalil diperbolehkan:-

1.     

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu anhuma berkata,

سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ قَائِمًا

Aku memberi minum kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari air zam-zam, lalu beliau minum sambil berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637 dan Muslim no. 2027).

2.
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu anhuma, ia berkata,

كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَنَحْنُ نَمْشِى وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ

Kami dahulu pernah makan di masa Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- sambil berjalan dan kami minum sambil berdiri.” (HR. Tirmidzi no. 1880 dan Ibnu Majah no. 3301. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih). Dalil ini bahkan menyatakan makan sambil berjalan.

3.

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَشْرَبُ قَائِمًا وَقَاعِدًا

Aku pernah melihat Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- minum sambil berdiri, begitu pula pernah dalam keadaan duduk.” (HR. Tirmidzi no. 1883 dan beliau mengatakan hadis ini hasan sahih)


Cara berinteraksi dengan hadis larangan dan bolehnya makan dan minum berdiri (Ringkasan penulis)

Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah dan Imam Nawawi berkata,

“Yang tepat adalah larangan Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam– mengenai minum sambil berdiri dibawa ke makna makruh tanzih. Sedangkan dalil yang menyatakan beliau minum sambil berdiri menunjukkan bolehnya melakukan sedemikian. Beliau terkadang melakukan sesuatu sekali atau berulang kali dalam rangka untuk menjelaskan (suatu hukum). Dan terkadang beliau merutinkan sesuatu untuk menunjukkan afdhaliyah (sesuatu yang lebih utama) (Fathul Bari, 10: 82 dan (Syarah Muslim, 13: 195)


Fatwa ulama terkini

Masalah ini ada kelonggaran. Namun jika minum dan makan sambil duduk, itu yang lebih baik. Jika minum sambil berdiri tidaklah masalah, begitu pula makan sambil berdiri diperbolehkan saja. (Sumber fatwa: http://www.binbaz.org.sa/mat/3415)



5.
Terapi air putih


Analisis

Saya sendiri pernah membaca buku berkenaan terapi air putih ni kulit ke kulit. Tapi malangnya rawatan mahupun pencegahan menggunakan air putih tidak disokong dengan bukti yang kuat, dalam konteks menunjukkan keberkesanan dan dos yang tepat.

Kita disarankan untuk meminum air mengikut keperluan badan sahaja. Air yang diperlukan badan bukan saja dating dari minuman semata – mata tetapi juga dari makanan yang di ambil. Bagi saya ia semudah, kita minum apabila merasakan haus. Ini adalah kaedah pengambilan air yang betul4. Haus adalah isyarat badan apabila kekurangan air3. Dan minumlah secara bertahap. Ini merupakah cara terbaik.  Jumlah yang disyorkan untuk tubuh badan yang sihat adalah lebih kurang 2 liter sehari. Ada individu yang perlukan kurang dari itu, dan ada pula yang lebih. Keperluan ini pula bergantung kepada aktiviti seharian, gender, umur, persekitaran, keadaan tubuh badan. Malah terapi air untuk penyakit-penyakit kronik dilaporkan dalam kajian-kajian ilmiah menunjukkan bukti yang lemah malah ada yang sekadar spekulatif 4.


_____________________________________________________________________
 
Rujukan

1.    Kazancioğlu, R. (2013). Risk factors for chronic kidney disease: an update. Kidney International Supplements3(4), 368-371. doi:10.1038/kisup.2013.79
2.    Lew, Q. J., Jafar, T. H., Koh, H. W., Jin, A., Chow, K. Y., Yuan, J., & Koh, W. (2016). Red Meat Intake and Risk of ESRD. Journal of the American Society of Nephrology28(1), 304-312. doi:10.1681/asn.2016030248
3.    Vander, A. J., Sherman, J. H., & Luciano, D. S. (1998). Human physiology: The mechanism of body function. Boston, MA: WCB McGraw-Hill.

4.    Popkin, B. M., D' Anci, K. E., & Rosenberg, I. H. (2011). Water, Hydration and Health. Nutritional Reviews68(8), 438-458.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...