Monday, 27 May 2019

Hadits peristiwa ajaib kelahiran Nabi SAW




Matan hadith


لَمَّا كَانَ لَيْلَةَ وُلِدَ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلِّي اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْتَجَسَ إِيوَانُ كِسْرَى وَسَقَطَتْ مِنْهُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ شُرَّافَةً، وَخَمَدَتْ نَارُ فَارِسَ وَلَمْ تَخْمَدْ قَبْلَ ذَلِكَ بِأَلْفِ عَامٍ، وَغَاضَتْ بُحَيْرَةُ سَاوَةَ، وَرَأَى الْمُوبَذَانُ إِبِلًا صِعَابًا تَقُودُ خَيْلًا عِرَابًا قَدْ قَطَعَتْ دِجْلَةَ وَانْتَشَرَتْ فِي بِلَادِهِ


Terjemahan

Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, istana maharaja Parsi roboh, 14 tiang utama di istana Parsi runtuh, terpadam api sembahan Majusi yang kekal menyala selama 1000 tahun, air tasik Sawah menjadi kering, mimpi aneh al-Mubizan, ahli nujum kerajaan Parsi melihat unta-unta menyeberangi Sungai Dijlah dan bertebaran di negara Parsi.

Takhrij

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalamTarikh al-Tabari 1/459, al-Khara’iti dalam Hawatif al-Jan hal. 56, Abu Nu’aim dalam Dalail al-Nubuwwah no. 82, al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah 1/126), Abu al-Qasim al-Asbahani (Dalail al-Nubuwwah hal. 147) dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 37/361.

Ibnu Asakir menilai kisah ini ganjil dalam Tarikh Dimasyq 72/221.

az-Zahabi menilai hadith ini gharib lagi munkar dalam Tarikh al-Islam 1/491.

Ibnu Hajar al-Asqalani menilai riwayat ini mursal dalam al-Khasais al-Kubra hal. 89.

Al-Sheikh Muhammad Khalil Harras menilai sanad hadith ini gelap, kesemua perawinya tidak dikenali dalam Tahqiq al-Khasais al-Kubra hal. 127.

Al-Sheikh Muhammad al-Ghazali menegaskan bahawa riwayat tentang irhashat semasa kelahiran Nabi SAW adalah rekaan semata-mata, dan Nabi Muhammad SAW tidak memerlukan keajaiban seperti itu. (Fiqh al-Sirah hal. 62).

Dr. Akram Diya’ al-‘Umari menegaskan bahawa kisah tentang peristiwa-peristiwa berkenaan adalah palsu. (al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah 1/100).


Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang keadaan lahirnya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, namun sebahagiannya adalah riwayat-riwayat yang lemah. Diantaranya :

  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya beliau dilahirkan dalam keadaan tangannya seperti duduk bersandar dan matanya melihat ke atas langit, keadaan yang tidak wajar seperti bayi biasanya. Riwayat seperti ini lemah, tidak boleh dijadikan sandaran.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ketika beliau dilahirkan kemudian diletakkan di atas periuk diperbuat daripada batu (Burmah) maka tiba-tiba batu itu pecah agar Nabi tetap melihat ke atas. (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah 1/172). Hadith ini adalah hadis Muʿḍal kerana di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Shalih yang merupakan seorang yang jujur tetapi banyak melakukan kesilapan.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya tatkala melahirkannya tiba-tiba azimat-aziimat yang dipakainya yang terbuat dari besi menjadi terpotong-potong.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya ibunya melihat dalam mimpinya ada yang menyuruhnya agar menamai anaknya dengan Muhammad, (HR. Abu Nua'im dalam Dalail Nubuwah no. 78),  sanadnya  wahi jiddan menurut Muhammad bin Yusuf al-Syami di dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad. 
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan maka bergetarlah istana raja Persia.
  • Riwayat yang menceritakan bahawasanya tatkala Nabi dilahirkan api yang disembah oleh kaum Majusi padam
  • Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallāhu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan sudah tersunat (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 6148. Riwayat ini berasal hadith yang lemah (dhaif jiddan), dan tidak mampu dijadikan dalil. Ada pula riwayat lain bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam lahir kemudian pada hari ke-7 datuknya Abdul Mutallib menyunat beliau. Riwayat ini pun juga lemah, hanya saja sanadnya lebih baik daripada riwayat tentang Nabi lahir dalam keadaan sudah tersunat. (As-Sirah An-Nabawiyah As-Shahihah 1/100).
  • Riwayat yang menceritakan Aminah tidak merasa dirinya mengandung. Kisah ini juga teramat dhaif kerana terdapat perawi yang teramat dhaif, al-Waqidi. Imam Bukhari berkata hadithnya tidak diambil, az-Zahabi berkata hadithnya disepakati ulama untuk ditinggalkan. (Thabaqat al-Kubra 1/78-79).
  • Riwayat yang menceritakan bahwasanya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dilahirkan dalam keadaan bersujud (Thabaqat al-Kubra 1/103). Dr. Akram Dhiya` menyatakan, sanadnya dhaif. Sebahagian hadith lain nampak cuba menguatkannya tetapi ia tidak dapat kerana ia mengandungi riwayat-riwayat al-Waqidi. Al-Waqidi itu matruk (ditinggalkan hadithnya).
  • Riwayat yang menceritakan terdapat suara-suara bisikan jin pada malam kelahiran Nabi saw serta menyatakan gembira tentangnya. Serta hancurnya berhala-berhala Mekah. Di dalam sanad kisah ini terdapat 2 perawi pendusta, iaitu Abdullah bin Muhammad al-Balwi dan Imarah bin Zaid.



Rujukan


https://firanda.com/1825-sirah-nabi-12-beberapa-hal-tentang-kelahiran-nabi.html

https://www.ustazusa.com/2016/12/kisah-kelahiran-nabi-muhammad-antara.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...