Hadith 1
Matan Hadith
لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ
مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيْهِ
سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ
Terjemahan
Janganlah kalian
menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari
dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah.
Takhrij
HR. Muslim, Kitab
Solat al-Musafirin wa Qashriha, Bab Istihbab Solati al-Nafilah fi Baitihi wa
Jawaziha fil Masjid no. 780, dari Abu Hurairah, sahih ijma'
Juga diriwayatkan
oleh Sunan Tirmidzi no. 2877 dan Musnad Ahmad no. 7487.
Hadith 2
Matan Hadith
مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ
سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ
تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ
الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا
Terjemahan
Barangsiapa membaca
sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut
tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat
awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat
terakhir di dalam surah al-Baqarah.
Takhrij
HR. Ad-Darimi, Kitab
Fadhail al-Quran, Bab Fadhl Awwal Surah al-Baqarah wa Ayat al-Kursi, dari
Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud), no. 3425. Husain ad-Darani menilai hadith ini
munqathi' (dhaif) dan perawinya tsiqah.
Imam al-Haithami
mengatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani dan
perawi-perawinya adalah sahih melainkan al-Sya’bi kerana beliau tidak mendengar
(hadith) daripada Ibn Mas’ud. (Majma’ al-Zawaid, 10/121)
Selain itu juga, Imam
Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini sebagai mawquf serta perawinya
adalah thiqah dan pada sanadnya inqitha’ (terputus). (Futuhat al-Rabbaniyyah,
284/3)
Juga didhaifkan of
Ibnu Baaz (https://binbaz.org.sa/old/28995)
Nota tambahan
Walaupun hadith di
atas (hadith 2) adalah mawquf serta terputus pada sanadnya, namun di sana terdapat
sebahagian ulama’ yang membenarkan untuk beramal dengannya. Tambahan pula,
terdapat hadith lain yang menguatkan hadith mawquf tersebut sebagaimana yang
kami nyatakan di atas iaitu daripada sahih Imam Muslim (hadith 1 di atas).
Rujukan
Irsyad al-Hadith siri
ke-178
Fatwa Nur 'Ala Darb
no. 8422
No comments:
Post a Comment