Matan hadith
أوحى الله إلى داود: أن قل للظلمة لا يذكرونى فإنى أذكر من يذكرنى وإن ذكرى
إياهم أن ألعنهم
Terjemahan
Allah swt mewahyukan kepada Nabi Daud as: Katakanlah kepada orang-orang
yang melakukan kezaliman, janganlah kamu mengingati Aku, kerana Aku selalu
mengingati orang yang mengingati Aku. Tetapi ingatanku terhadap orang berbuat
zalim merupakan laknat kepada mereka.
Takhrij
HR. Ibnu 'Asakir dari Ibnu Abbas ra, seperti mana disebutkan oleh
as-Suyuthi dalam Jami' as-Saghir wa Ziyadah wa Jami' al-Kabir no. 8705.
Didhaifkan oleh as-Suyuthi.
Juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dan ad-Dailami sepertimana disebutkan
dalam Hayatu Akhlak al-Anbiya Sayyid Sabiq hal. 244. Dan juga dalam Kanzul
'Ummal 3/615.
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif
Jami' no. 2113.
No comments:
Post a Comment