Tuesday 24 December 2019

3 mata yang tidak disiksa api neraka


ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..


» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yg sedang tidur/sedar hga brlinangan air mata.


Jawapan

Ada riwayat yang seakan-akan tanpa menyebut dijilat api neraka

Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha  :

النَّظَرُ إِلَى الْكَعْبةِ عِبَادَة، وَالنَّظَرُ إِلَى وَجْهِ الْوَالِدَينِ عِبَادَةٌ، وَالنَّظَرُ فِي كِتَابِ اللَهِ عِبَادَةٌ

Maksudnya:” Melihat kaabah adalah ibadah, melihat kepada wajah kedua ibu bapa adalah ibadah dan melihat kitab Allah (al-Quran) adalah ibadah.”

Riwayat al-Dailami (6863 atau 6873) di dalam al-Firdaus Bi Ma’thur al-Khitab

Hadith ini tidak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith muktabar seperti al-Kutub al-Sittah dan lain-lain melainkan hanya terdapat di dalam Musnad al-Firdaus.

Berkenaan status hadith ini, ia merupakan hadith yang lemah. Ini kerana di dalam sanad hadith tersebut terdapat perawi yang dikritik kredibilitinya. Antaranya Zafir. Nama sebenar beliau ialah Zafir Abu Sulaiman al-Quhastani. Ibnu ‘Adiy menyatakan bahawa beliau adalah perawi yang lemah.

Kata beliau :
“Secara umumnya apa yang diriwayatkan oleh beliau tidak boleh dijadikan sandaran dan hadith yang dia riwayatkan tidak ditulis. Di samping itu, Zafir adalah perawi yang lemah.” (al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ (3/232)).


3 Org yg kita kena tgok dn selalu pandang dlm hidup, tgok masa tidur.

-Ibu..
-Suami/Isteri..
-Anak anak..

Jawapan

- tidak ada masalah, ini amalan individu secara duniawi dalam konteks kasih sayang. Nak pandang pun boleh , tak nak pandang pun boleh.



1.          Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk utk menunjukkn sesuatu pda Ibu/bapa.

Jawapan

-Secara khusus untuk mengisyaratkan kepada ibubapa menggunakan jari telunjuk sebagai salah satu perbuatan dosa, maka, tidak ditemui secara khusus (sekadar pencarian yang mampu), wAllahu a’lam.


2. Barang siapa yg tidak mendoakn ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu/bapa yg sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pda waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoaknnya.

Jawapan

-tidak ditemui nas menunjukkan tidak berdoa lepas solat untuk ibu bapa automatik kita jadi anak derhaka.

 Perintah untuk mendoakan ibu bapa itu adalah banyak disebut dalam al-Quran dan hadith sebagai isyarat berbakti kepada mereka.

Bani Salamah mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا قَالَ نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا

“Wahai Rasulullah, apakah masih ada cara berbakti kepada kedua orang tuaku setelah keduanya meninggal?” Beliau menjawab,”Ya, dengan mendoakannya, memintakan ampun untuknya, melaksanakan janjinya (wasiat), menyambung silaturahmi yang tidak bisa disambung kecuali melalui jalan mereka berdua, dan memuliakan teman-temannya”. [HR Abu Daud, no. 5142, didiamkan Abu Daud, soleh].

Allah S.W.T juga memerintahkan setiap anak agar mendoakan kedua ibu bapanya. Ianya sangatlah dituntut dalam agama. Contoh doa yang disebut dalam al-Quran ialah;

“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. (Surah Al Isra 17:24)

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku. (Surah Nuh 71:28)

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku. (Surah Ibrahim 14:41)

Dan hadith....

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Apabila manusia mati maka amalnya terputus kecuali kerana tiga hal: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya. (HR. Muslim no. 4310).

Mendoakan ibubapa benar sangat-sangat dituntut. Tetapi mengancam dengan sesuatu yang tidak ada keterangannya dari dalil, itu adalah suatu kesalahan yang parah.

 Kalau difahami untuk kes tidak berdoa, maka paling tinggi pun dianggap anak tidak berbakti atau melupakan ibubapa  (Dr Pahrol Mohd Juoi, Dimana Dia Dihatiku?, hal. 291, Karya Bestari).

Imam as-Suyuthi berkata:

Semua amal anak akan sampai kepada orang tuanya, sekalipun anak tidak mendoakannya. Sebagaimana sedekah jariyah mampu mengalirkan pahala selama apa yang dia sedekahkan dimanfaatkan masyarakat, meskipun orang yang memanfaatkannya tidak pernah mendoakannya. (Syarah Sunan Ibn Majah, as-Suyuthi, hlm. 22).


3. Doa org yg masih hidup makbul utk org yg hidup dn mati, jadi doaknlah Ibu/bapa kita yg telah tiada.

Jawapan

-Perkara ini ada landasannya dalam syarak. Seperti doa seorang anak yang soleh

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Apabila manusia mati maka amalnya terputus kecuali kerana tiga hal: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya. (HR. Muslim no. 4310).

Bani Salamah mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا قَالَ نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا

“Wahai Rasulullah, apakah masih ada cara berbakti kepada kedua orang tuaku setelah keduanya meninggal?” Beliau menjawab,”Ya, dengan mendoakannya, memintakan ampun untuknya, melaksanakan janjinya (wasiat), menyambung silaturahmi yang tidak bisa disambung kecuali melalui jalan mereka berdua, dan memuliakan teman-temannya”. [HR Abu Daud, no. 5142, didiamkan Abu Daud, soleh].


4. Ketika melalui kubur, prlahankn kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dn beri salam, mrka akan doakn kita “brkatilah si pulan ini” dn jika tak bagi salam, mrka akan kata “celakahlah org ini” jadi, jgan lupa bagi salam.


Jawapan

-Perkara ini ada landasannya dalam syariat.

Ada satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ أَحَدٍ يَمُرُّ بِقَبْرِ أَخِيهِ الْمُؤْمِنِ كَانَ يَعْرِفُهُ فِي الدُّنْيَا فَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إلَّا عَرَفَهُ وَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ

Apabila ada seseorang yang melewati kuburan saudaranya sesama mukmin  yang dia kenal di dunia, lalu dia memberi salam, maka saudaranya akan akan menjawab salamnya (HR. Ibn Abdil Bar dalam al-Istizkar 1/185, disahihkan oleh Ibnul Mubarak, al-Iraqi, as-Syaukani dan Qurtubi – Majmu Fatwa 24/331).

-juga terdapat nukilan ulama seperti Ibnu Qayyim dalam Kitabnya ar-Ruh hal. 5-6 yang mengisahkan Fadl bin Muwafiq menziarahi pusara ayahnya, dan ayahnya mengetahui dan mendapat faedah hasil kunjungan anaknya serta doa beliau. Begitu juga kisah Utsman bin Saudah yang kematian ibunya. Ibnu Qayyim mengatakan para salaf dan ulama sepakat tentang ini, dan terdapat banyak riwayat dari mereka bahawa mayat mengetahui orang hidup yang menziarahinya dan merasa senang dengannya. Tetapi dialog dan kaifiat mereka menjawabnya orang hidup itu adalah tidak diketahui dari nas. Alam kubur termasuk perkara ghaib. Sehingga tidak ada cara untuk mengetahuinya kecuali melalui dalil al-Quran dan hadith.

-adalah satu sunnah untuk mereka yang melalui atau berada dikawasan kubur untuk memberi salam dan mendoakan ahlinya:-


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengunjungi kuburan. Kemudian beliau berdoa,

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ

“Keselamatan untuk kalian, wahai penghuni rumah kaum mukminin. Kami insyaaAllah akan menyusul kalian.” (HR. Muslim 249).


5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkn zakat.


Jawapan

-tak diketahui asal penceritaan tersebut.

-yang pasti orang yang kedekut itu pasti binasa dan orang tidak berzakat itu lagilah binasa seperti ancaman siksaan ular Syujaul Aqra yang akan menyiksa orang yang tidak membayar zakat yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari no. 1315.

6. Sesiapa yg brsedekah selalu, takkn miskin org itu selamanya.

Jawapan

Sedekah tidaklah mengurangi harta. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ

“Sedekah tidaklah mengurangi harta.”[HR. Muslim no. 2558]


7. Jika ibu/ayah kita sudah meninggal dn semasa hayatnya kita ada perntukn wang utk dia, bila ibu/ayah kita dah takde teruskn memberi peruntukkn tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkn bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kpda ibu/bapaku”. Itu yg buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

Jawapan

-Sedekah untuk orang tua yang telah meninggal adalah dianjurkan
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma :

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمّـِيْ افْـتُـلِـتَتْ نَـفْسُهَا (وَلَـمْ تُوْصِ) فَـأَظُنَّـهَا لَوْ تَـكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ،، فَـهَلْ لَـهَا أَجْـرٌ إِنْ تَـصَدَّقْتُ عَنْهَا (وَلِـيْ أَجْـرٌ)؟ قَالَ: «نَعَمْ» (فَـتَـصَدَّقَ عَـنْـهَا).

Bahawasanya ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia secara tiba-tiba (dan tidak memberikan wasiat), dan aku mengira jika ia boleh berbicara maka ia akan bersedekah, maka apakah ia memperoleh pahala jika aku bersedekah atas namanya (dan aku pun mendapatkan pahala)? Beliau menjawab, “Ya, ( maka bersedekahlah untuknya ) (HR. Muslim no. 1004).

Imam asy-Syaukani berkata, “Hadith-hadith bab ini menunjukkan bahawa sedekah dari anak itu boleh sampai kepada kedua orang tuanya setelah kematian keduanya meski tanpa adanya wasiat dari keduanya, pahalanya pun bisa sampai kepada kedua-nya (Nailul Authar 5/184).


8. Klu kita susah nak brsedekah, bayangkn wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.


Jawapan

-Tiada masalah sebagai mengingatkan/melembutkan hati dan memotivasikan diri.


9. Allah panjangkn usia Ibu/bapa supaya mrka sakit dn nyanyuk utk beri syurga pda anak2nya, jagalah mrka dgan baik Insyallah, syurga balasanya, jadi klu tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita, besar sgat pahalanya.

Jawapan

-Ini juga dikira berbakti kepada orang tua, pahalanya besar.


10. Allah klu boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkn matikn seseorang dlm keadaan kotor dn brdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin utk mmbersihkn kita sebelum dia mengambil kita.
-ya ujian itu kiffarah kepada dosa

Jawapan

Ujian itu termasuk, sakit, kematian, kehilangan harta dll)

Ada 3 sebab mengapa kita diuji

Satu, sebagai kiffarah atau penebus dosa, agar dosa-dosa kita terhapuskan atas sebab kesabaran kita dalam menghadapi ujian. Dalam hal ini saya jadi teringat hadith berikut :

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, no.  5641, Muslim, no. 2573, at-Tirmidzi, no.  966, Ahmad, no . 7684, 8070, 10714)

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (HR. Muslim no. 2573).

"Bencana sentiasa menimpa seorang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya, dan hartanya sampai ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya," (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, disahihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

Kedua, untuk memberi pahala kepada kita. Kita akan mendapatkan pahala dari kesabaran kita dalam menghadapi ujian, bahkan pahalanya ghairu muhtasib, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang ertinya,

 "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala buat mereka tanpa batas." (Surah az-Zumar ayat 10) .

Ketiga, Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin meninggikan darjat kita. Dengan adanya ujian, akan diketahui siapa sebenarnya kita. Apakah kita termasuk mukmin yang benar, ataukah sebaliknya seorang munafik. Naudzubillah.

Ingatlah, bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman, yang ertinya,

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan, 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut 29:2)


Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...