Tuesday 24 December 2019

Hadith baca ayat kursi ketika wudhu


Matan hadith

من قرأَ آيةَ الْكرسيِّ على أثرِ وضوئِهِ. أعطاهُ اللَّهُ ثوابَ أربعينَ عامًا، ورفعَ لَهُ أربعينَ درجةً، وزوَّجَهُ أربعينَ حَوراءَ

Terjemahan

“Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika masih ada kesan air wudhuknya Allah akan memberikannya pahala 40 tahun (beribadat), mengangkat baginya 40 darjat dan mengahwinkannya dengan 40 orang bidadari.”

Takhrij

HR. Ad-Dailami seperti disebutkan dalam Kanzul ‘Ummal no. 26989, daripada Ibnu Umar ra. Dalamnya terdapat perawi yang terkenal dengan kedustaan yakni Maqatil bin Sulaiman.

As-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 312, menilai hadith ini sebagai hadith palsu. Syeikh Thahir Fatani dalam Tazkirah Maudhuat no. 79 menilai sanadnya palsu.

Sanad lainnya, juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Jamiul Akhbar hal. 53 seperti disebutkan dalam Bihar al-Anwar 77/317, dari al-Baqir (tanpa sanad lengkap). Seorang ulama syiah, al-Khuwansari sendiri mengkritik kitab Jamiul Akhbar, kerana kitab tersebut terkenal mengandungi hadith-hadith yang bercanggah, memasukkan hadith-hadith yang pelik dari perkara adab dan Sunnah. Kesahihannya tidak dapat ditentutkan kerana perawinya tidak diketahui, gharib, dan mengandungi khabar-khabar melampau. Ini berlaku kerana pengarang tidak mendatangkan raitaian sanad (Raudatul Jannat 4/225).

Wallahu ‘alam

Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 192341

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...