Tuesday 24 December 2019

Hadith kelebihan al-Mulk


Matan hadith 1

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ {تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ}. وفي رواية: فأخرجته من النار و أدخلته الجنة » حسن رواه أحمد وأصحاب السنن.

Terjemahan

“Satu surat dalam Alquran (yang terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafaat (dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya) sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa) nya, (iaitu surat Al-Mulk): “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.” 

Takhrij

HR. Abu Daud no. 1400, At-Tirmidzi no. 2891, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad 2/299, dan Al-Hakim no. 2075 dan 3838, dinyatakan sahih oleh Imam Al-Hakim dan disepakati oleh Imam Az-Zahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam At-Tirmidzi dan Syeikh Al-Albani.


Hadis ini semakna dengan hadith lain dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Satu surat dalam Al-Quran yang hanya (terdiri dari) tiga puluh ayat akan membela orang yang selalu membacanya (di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala) sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga, iaitu surat: “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan.”

(HR. Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jamul Ausath no. 3654 dan Al-Mu’jamush Saghir no. 490, dinyatakan sahih oleh Al-Haitsami dan Ibnu Hajar dinukil dalam kitab Faidhul Qadir 4/115 dan dinyatakan hasan oleh Syeikh Al-Albani dalam Shahihul Jaamius Saghir no. 3644).


Matan hadith 2

( يؤتى الرجل في قبره فتؤتى رجلاه فتقول رجلاه : ليس لكم على ما قبلي سبيل كان يقرأ بي سورة الملك ، ثم يؤتى من قبل صدره أو قال بطنه فيقول : ليس لكم على ما قبلي سبيل كان يقرأ بي سورة الملك ، ثم يؤتى رأسه فيقول ليس لكم على ما قبلي سبيل كان يقرأ بي سورة الملك . قال : فهي المانعة تمنع من عذاب القبر ، وهي في التوراة سورة الملك ، من قرأها في ليلة فقد أكثر وأطنب ) .

Terjemahan

Ketika seseorang di dalam kuburnya didatangkan azab, maka kedua kakinya berkata: kalian tidak boleh mendatanginya; kerana ia dahulu membaca surah al-Mulk, lalu didatangkan dadanya atau perutnya berkata:  kalian tidak boleh menjangkauinya; kerana ia dahulu membaca surah al-Mulk, lalu didatangkan kepalanya, dan berkata: kalian tidak boleh menjangkauinya; kerana ia dahulu membaca surah al-Mulk. Ia berkata: Maka, ia (surah al Mulk) adalah pelindung/penjaga, dan di dalam Taurat juga surah al-Mulk, barang siapa yang membacanya pada malam hari, maka ia telah melakukan banyak hal dan panjang.


Takhrij

HR. al-Hakim no. 3839 dan at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 8651 dari Ibnu Mas’ud ra. Sanadnya disahihkan al-Hakim. Syeikh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sahih Targhib no. 1475


Matan hadith 3

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عَمْرِو بْنِ مَالِكٍ النُّكْرِيُّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي الْجَوْزَاءِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ ضَرَبَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لَا يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لَا أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ


Terjemahan

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib telah menceritakan kepada kami Yahya bin 'Amru bin Malik An Nukri dari Ayahnya dari Abul Jauza` dari Ibnu Abbas ia berkata: "Sebagian sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam membuat kemah di atas kuburan, ternyata ia tidak mengira jika berada di kuburan, tiba-tiba ada seseorang membaca surat TABAARAKAL LADZII BIYADIHIL MULKU (Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan) sampai selesai, kemudian dia datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat kemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surat TABARAK (surat) Al Mulk sampai selesai, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur."

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2890 dari Ibnu Abbas ra. Imam Tirmidzi berkata, dari jalur ini, hadith ini hasan gharib, dan dalam bab ini, ada hadith dari Abu Hurairah.

Al-Baihaqi berkata Yahya bin ‘Amru tidak kuat (Tahzibut Tahzib 8/96).

Yahya bin ‘Amru juga didhaifkan oleh Ibnu Main, Abu Zur’ah, Abu Daud, an-Nasaie dan ad-Dulabi. Al-Uqaili berkata hadithnya tidak boleh diikuti. As-Saaji berkata hadithnya adalah tertolak (Tahzibut Tahzib 11/260).

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Albani. Al-Mubarakfuri juga mendhaifkan sanad hadith ini (Tuhfat al-Ahwadzi 8/161).


Matan hadith 4


عن أنس بن مالك قال : قال رسول اللّه صلّى اللّه عليه وسلّم : «سُوْرَةٌ فِى الْقُرْآنِ خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ الْجَنَّةَ : تَبارَكَ الَّذِيْ بِيَدِهِ الْمُلْكُ»..

Terjemahan


Dari Anas bin Malik, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Surah yang di dalam Al-Quran yang dapat membela pembacanya sampai ia dimasukkan ke dalam syurga, yakni surah Tabarakalladzi biyadihil mulku.”


Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 3654. Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3644.
Ibnu Syihab berkata “membela” itu maksudnya akan menjadi pembela kepada soaljawab malaikat Munkar dan Nakir. (Tafsir Al-Khateeb Al-Sharabini 3/367).


Rujukan

https://konsultasisyariah.com/11344-keutamaan-surat-al-mulk.html

Fatwa Soaljawab Islam no. 191947, 200103

https://quranicsupplicationspdf.blogspot.com/p/surah-al-mulk.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...