Tuesday, 24 December 2019

Hadith kelebihan surah Waqiah, Mulk, Hasyr, Sajadah, Yasin , Dukhan


Surah al-Waqiah


Matan hadith

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا


Terjemahan

“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”

Takhrij

HR. Harits bin Abu Usamah dalam kitab Musnadnya, no. 178, Ibnu Sunni dalam kitab Amalul Yaum wal Lailah, no. 674, dikeluarkan pula oleh Ibnu Bisyran dalam Al ‘Amali, 1/38/20, dikeluarkan juga oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 2498, dan selainnya. Semuanya berasal dari jalan Abu Syuja’ dari Abu Thayyibah dari Abdullah bin Mas'ud ra.

Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 3/279 menilai hadith ini gharib.

As-Suyuthi mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Saghir no. 8923.

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Masabih no. 2122, 1. Dari turuq Ibn Abbas, Syeikh al-Albani menilai hadith ini maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 290.



Surah al-Mulk


Matan hadith

لوددت أنها في قلب كل إنسان من أمتي  وفي رواية: {تبارك الذي بيده الملك}


Terjemahan

“Mahukah aku hadiahkan kamu satu hadis yang kamu akan bergembira dengannya?” Lelaki itu menjawab: “Tentu sekali aku mahu!” Beliau berkata: “Bacalah “Tabarakal-lazi biyadihil-mulk” dan ajarkanlah ahli keluargamu, semua anak-anakmu, kanak-kanak di rumahmu dan jiran-jiranmu. Sesungguhnya ia adalah al-munjiah dan al-mujadilah yang akan menjadi pembela pada hari qiamat di sisi Tuhannya bagi pihak orang yang membacanya. Dia akan meminta supaya orang yang membacanya itu selamat daripada azab neraka dan dengannya juga orang yang mendampinginya selamat daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Sungguh aku sangat bercita-cita ia (surah al-Mulk) berada di dalam hati setiap insan daripada umatku".

Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no.11616, dari Ibnu Abbas ra. Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 3/395 berkata hadith ini gharib dan Ibrahim bin al-Hakim dhaif.

Sheikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah hadith Dhaif no. 6572.


Surah al-Hasyr



Matan hadith

أنّ النبيَّ ﷺ أوصى رجلا إذا أخذ مضجعه أن يقرأ سورة الحشر وقال: إن مت مت شهيدا


Terjemahan

Jika engkau hendak tidur, maka bacalah surat Al-Hasyr. Jika engkau mati, maka engkau mati dalam keadaan syahid


Takhrij

HR. Ibnu Sunni dalam 'Amal al-Yaum wa Lailah no. 718, dari Annas bin Malik ra.

Sanadnya didhaifkan oleh as-Syaukani dalam Fathul Rabbani hal. 4962.

Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam al-Itqan hal. 2126.

Ibnu Hajar berkata dalam Futuhat Rabbaniyah 3/161, hadithnya gharib sanadnya dhaif jiddan.

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2217.



Surah as-Sajadah


Matan hadith

كان النبي صلّى اللّه عليه وسلّم لا ينام حتى يقرأ الم تَنْزِيلُ السجدة ، وتَبارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Terjemahan

Nabi saw. tidak akan tidur sampai beliau membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulku (Al-Mulk)

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 3404, Ahmad no. 14659, an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 10542 dan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 1483, dari Jabir bin Abdillah ra.

Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 3/265, gharib, terdapat dua kecacatan yakni pada Az-Zubair dan Laith.

Disahihkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 6903

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalamSilsilah Hadith Sahih no. 585.

Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 14659.



Matan hadith

من قرأ الم تنزيل، وتبارك الذي بيده الملك، فكأنّما أحيى ليلة القدر

Terjemahan

Barangsiapa yang membaca surah as-Sajadah dan al-Mulk, dia seolah-olah dia telah menghidupkan malam al-Qadar


Takhrij

HN. al-Jaza' dalam Majma' al-Bayan 8/324.

Ibnu Hajar al-Asqhalani menilai hadith yang bermula dengan barangsiapa yang membaca surah as-Sajadah.........ini  palsu dalam al-Kafiy al-Syaf no. 247.

As-Sakhawi juga menilai hadith ini palsu dalam al-Ajuwbah al-Mardhiyah 2/462.



Surah Yasin


Matan hadith

الْبَقَرَةُ سَنَامُ الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا وَاسْتُخْرِجَتْ
{ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ }
مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا أَوْ فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ


Terjemahan

"Al Baqarah adalah Al Qur'an kedudukan yang tertinggi dan puncaknya. Lapan puluh Malaikat turun menyertai masing-masing ayatnya. Laa ilaaha illaahu wal hayyul qayyuum di bawah 'Arsy, lalu ia digabungkan dengannya, atau digabungkan dengan surah Al Baqarah. Sedangkan Yasin adalah hati Al Qur'an.


Takhrij

HR. Ahmad no. 19415, an-Nasaie dalam  ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 1075 dari Ma'qil bin Yasar.

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth di dalam Takhrij Musnad Ahmad no. 20300. Dinyatakan mungkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6843.



Surah Dukhan


Matan hadith

مَنْ قَرَأَ حم الدُّخَانَ فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ يَسْتَغْفِرُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ


Terjemahan

Barangsiapa membaca HAA MIIM (surah) Ad-Dukhan pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan memohonkan ampunan untuknya di pagi harinya.


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2888 dari Abu Hurairah ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib.

Hadith ini dinilai palsu ileh Syeikh al-Albani dalam Sunan Tirmidzi no. 2888.

As-Suyuthi berkata dalam al-Nukat 'ala Maudhuat no. 59, terdapat perawi yang dituduh berdusta bernama Umar bin Khas'am.

Dia (Umar bin Khas'am) juga dijarh munkarul hadith oleh al-Bukhari, Ibnu 'Adiy dan Baihaqi (Takhrij al-Kasyaf Ibnu Arabi 3/271).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...