Tuesday, 24 December 2019

Kisah dialog Syeikh Mutawalli dengan ekstremis


Matan Kisah

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan;

كنت أناقش أحد الشباب المتشددين فسألته: هل تفجير ملهى ليلي في إحدى الدول المسلمة حلال أم حرام ؟
فقال لي : طبعا حلال وقتلهم جائز .
فقلت له : لو أنك قتلتهم وهم يعصون الله ما هو مصيرهم ؟
قال : النار طبعاً ..
فقلت له : الشيطان أين يريد أن يأخذهم ؟
فقال: إلى النّار طبعاً
فقلت له : إذن تشتركون أنتم والشيطان في نفس الهدف وهو
إدخال النّاس إلى النار !
وذكرت له حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم لمّا مرّت جنازة يهودي أخذ الرسول صلى الله عليه وسلم يبكي فقالوا : ما يبكيك يا رسول الله ؟؟ قال : نفس أفلتت منّي إلى النار
فقلت : لاحظ الفرق بينكم وبين رسول الله صلى الله عليه وسلم الذى يسعى لهداية الناس وإنقاذهم من النار
أنتم في واد .. والحبيب محمد صلى الله عليه وسلم في واد !!!


Terjemahan

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW.
Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya:

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"

Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"


Takhrij kisah

Dinaqalkan perkataan Syeikh ini dalam sebuah buku  دولم: رواية” hal. 76  yang dikarang oleh Radwa Ibrahim. 2017, Sama For Publishing & Distribution. Dubai. Juga ditemui dalam web almantiq.net. yang diterbitkan pada May 30, 2015, 2:23 pm, dan banyak lagi.


Rujukan

https://almnatiq.net/70919/

http://www.al-jazirah.com/2015/20150813/rj7.htm

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...