Wednesday, 1 January 2020

Hadith istighfar hari Jumaat




Larangan mengkhususkan amalan tertentu pada hari jumaat


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:


وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [HR. Bukhari (6307)]


Terdapat sebuah hadith yang boleh dijadikan dalil dalam menceritakan berkaitan kelebihan istighfar pada hari Jumaat iaitu:



Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ قال صَبيحَةَ يَوْمِ الجُمُعَةِ قَبْلَ صَلاةَ الغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ ثلَاثَ مَرَات، غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya sebanyak tiga kali. Maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” [HR. Ibnu al-Sunni no. 83]


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي، وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ، إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

“Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumat dengan solat malam di antara malam-malam yang lain, dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan berpuasa, kecuali memang bertepatan dengan hari puasanya.” (HR. Muslim no. 1144)

Ibnu Qayyim berkata:

Dalam perbuatan tersebut, mereka memasukkan (suatu amal) ke dalam agama yang tidak ada asal-usulnya dalam agama tersebut. Kerana hikmah tersebut (Hari Jumaat), wallahu a’lam, (syariat) melarang mengkhusukan malam Jumaat dengan solat malam (yang tidak dilakukan di malam-malam lain) kerana malam Jumaat adalah malam yang paling afdhal. Sampai-sampai sebahagian di antara mereka lebih mengutamakan malam Jumaat dibandingkan dengan malam Lailatul Qadar.” (Zaadul Ma’aad, 1/406-407).

Sehinggakan sesuatu amalan itu apabila dikhususkan mestilah wajib disertai dalil seperti amalan istighfar pada hari Jumaat atau meminta maaf pada hari Jumaat. Hadith istigfhar Ibnu Sunni di atas tidak boleh dijadikan hujjah untuk beristighfar kerana ia melibatkan kaifiat amal (istighfar diikat pada hari tertentu), bukannya fadhilat amal semata-mata.

Kalau hadith itu untuk fadhilat sekalipun, kerana menggunapakai hadith sahih untuk perintah istighfar 70x sebagai sandaran, maka hal ini pun tertolak. Ini kerana hadith Ibnu Sunni tersebut terlampau lemah (dhaif jiddan) sepertimana yang dinilai oleh Syeikh al-Albani dalam Tammamul Minnah no. 238. Hadith dhaif jiddan tidak boleh digunapakai dalam fadhail amal. Ibnu Hajar pula membawakan penilaian Ibnu ‘Adiy dalam Nataij al-Afkar 2/429, bahawasanya hadith itu adalah hadith munkar. Ibnu Hajar sendiri pula menilai hadith itu gharib dan sanadnya dhaif jiddan dalam Futuhat Rabbaniyah 2/142.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...