Hadith pertama
Rasulullah
saw bersabda, “Siapa yang ingin hidup seperti hidupku dan wafat seperti wafatku
serta masuk ke Syurga yang telah dijanjikan kepadaku oleh Tuhanku yaitu
Jannatul Khuld, maka hendaklah berwilayah kepada Ali dan keturunannya
sesudahku, kerana sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu
petunjuk dan tidak akan memasukkan kamu ke pintu kesesatan” (Referensi Sahih
Ahlussunnah : Sahih Bukhari juz 5, Sahih Muslim juz 2; Adzahabi dalam kitabnya
Mizanul I’tidal juz 4; Al-Khawarizmi dalam kitabnya Al-Manaqib, Al-Qunduzi
Al-Hanafi dalam kitabnya Yanabi’ al-Mawaddah; Ibnu Hajar Asqalani as-Syafi’i
dalam kitabnya Al-Ishabah juz 1)
Jawapan
Riwayat tersebut tidak ada pada pada Sahih
Bukhari, dan tidak pula dapat dijadikan hujjah. Ia diriwayatkan beberapa jalur
dari hadith Ibnu Abbas, Zaid bin Arqam, Hudzaifah, dan Abu Dzar.
a)Hadith Ibnu Abbas
Matan hadith
من سره أن يحيا حياتي ويموت مماتي ويسكن جنة عدن غرسها ربي فليوال عليا مِن
بعدي، وليوال وليه وليقتد بالأئمة من بعدي فإنهم عترتي خلقوا من طينتي، رُزقوا
فهمًا وعلمًا، ويل للمكذبين بفضلهم من أمتي القاطعين فيهم صلتي لا أنالهم الله
شفاعتي
Terjemahan
Barangsiapa yang
gembira (ingin) hidup (seperti) hidupku, mati (seperti) matiku, menempati Syurga
'Adn yang dicipta oleh Tuhanku hendaknya ia berwilayah kepada Ali
sepeninggalku, dan kepada walinya serta mengikuti para Imam sepeninggalku, kerana
mereka adalah ‘Itrahku, mereka diciptakan dari tanahku, mereka diberi kefahaman
dan ilmuku. Celakalah orang-orang yang mendustakan keutamaan mereka dari
umatku, yang memutus tali kekerabatanku. Semoga Allah tidak memberikan syafaatku
untuk mereka.
Takhrij
HR. Abu
Nu’aim dalam Al-Hilyah 1/128, Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 42/240, dari
jalur Muhammad bin Ja’far bin ‘Abdirrahim, dari Ahmad bin Muhammad bin Yazid
bin Sulaim, dari ‘Abdurrahman bin ‘Imran bin Abi Laila saudara Muhammad bin
‘Imran, dari Ya’qub bin Musa Al-Hasyimi, dari Ibnu Abi Rawad, dari Isma’il bin
Umayyah, dari ‘Ikrimah, dari Ibnu ‘Abbas ra.
Ibnu
Ásakir berkata dalam Tarikhnya, hadith ini adalah minkar kerana terdapat lebih
dari satu perawi yang majhul.
Dinilai
maudhu’oleh Sheikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 894.
Al-Wadi’ie
pula menilai sanad hadith ini gelap dan matannya maudhu’dalam al-Syafaat no.
301.
b) Hadith
Zaid bin Arqam
Matan
hadith
من يريد أن يحيى حياتي ويموت موتي ويسكن جنة الخلد التي وعدني ربي
فليتوَلَّ علي بن أبي طالب فإنه لن يخرجكم من هدى، ولن يدخلكم في ضلالة
Terjemahan
Barangsiapa
yang ingin hidup seperti hidupku dan wafat seperti wafatku serta masuk ke syurga
yang telah dijanjikan kepadaku oleh Tuhanku iaitu Jannatul Khuld, maka
hendaklah ia menjadikan Ali sebagai wali, kerana sesungguhnya dia tidak akan
mengeluarkan kamu dari petunjuk dan tidak akan memasukkan kamu ke dalam
kesesatan.
Takhrij
HR. At-Thabrani
dalam Al-Kabir 5/5067, Al-Ajurry dalam Asy-Syari’ah 4/1590, Al-Hakim dalam
Al-Mustadrak 3/128, Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 4/387, Al-Khathib dalam Talkhish
Mutasyabih 2/417-418, Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq 42/242, dari jalur
Yahya bin Ya’la Al-Aslami, dari ‘Ammar bin Ruzaiq, dari Abi Ishaq, dari Ziyad
bin Mutharrif, dari Zaid bin Arqam ra.
Abu Nu’aim berkata hadith ini gharib dari Abu Ishaq, Yahya menyendiri
meriwayatkannya dari ‘Ammar”.
Al-Hakim
berkata hadith ini sahih dan tidak dikeluarkan Bukhari dan Muslim, namun
dibantah oleh Ad-Zahabi dan ia berkata hadith ini lebih dekat kepada palsu
(At-Talkhish, 3/139).
Ibnu
Mandah berkata hadith ini tidak sahih dalam Al-Ishabah 2/587.
Al-Haitsami
dalam Majma’ Az-Zawaid 9/108 berkata sanad hadith ini terdapat Yahya bin Ya’la
Al-Aslami dan dia dhaif. Yahya bin Ya’la Al-Aslami disepakati kedhaifannya oleh
ahli hadith.
Ibnu
Katsir berkata hadith ini munkar jiddan dan sanadnya dhaif dalam Jami’
al-Masanid wal Sunan no. 3203.
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 892.
c) Hadith
Hudzaifah
Matan
hadith
من سره أن يحيا حياتي و يموت ميتتي ويتمسك بالقصبة الياقوتة التي خلقتها
الله ثم قال لها كن أو كوني فكانت فليتول علي بن أبي طالب من بعدي
Terjemahan
Barangsiapa
yang senang untuk hidup seperti kehidupanku dan mati seperti matiku, dan
berpegangan pada tiang yang terbuat dari Yakut yang Allah ciptakan dengan kedua
tanganNya, seraya berfirman, 'Jadilah,' maka terjadi, maka hendaknya menjadikan
Ali bin Abi Thalib sebagai wali sesudahku.
Takhrij
HR. Abu
Nu’aim dalam Al-Hilyah 4/192 dari jalur Muhammad bin Zakariyya Al-Ghalabi,
telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Mihran, dari Syarik, dari Al-A’masy,
dari Zaid bin Wahb, dari Hudzaifah ra.
Abu
Nu’aim berkata dalam Al-Hilyah 4/192, Bisyr menyendiri periwayatannya dari
Syarik.
As-Suyuthi
memasukkan hadith ini ke dalam Al-La’ali Al-Mashnu’ah fil-Ahadits Al-Maudhu’ah 1/337
kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin Zakariyya Al-Ghalabi.
Ibnul-Jauzi berkata; “dia kadzdzaab (pendusta)” (Al-Maudhu’at, 2/37).
Az-Zahabi
berkata dalam Mizan I’tidal 1/325, pada hadith ini terdapat perawi yang mutham
(Muhammad bin Zakariyya Al-Ghalabi).
Syeikh
al-Albani menilai hadith ini maudhu’dalam Silsilah hadith Dhaif no. 893.
d) Hadith
Abu Dzar
Matan
dan terjemahannya mirip kepada hadith Ibnu Abbas ra, Cuma ianya lebih singkat
dan dating dari sanad yang berbeza seperti di bawah:-
أخبرنا أبو محمد القاسم بن هبة الله بن عبد الله ثنا أبو بكر الخطيب ثنا
أبو طاهر إبراهيم بن محمد بن عمر بن يحيى العلوي ثنا *أبو
المفضل محمد بن عبد الله الشيباني* حدثني أحمد بن إسحاق بن العباس بن موسى بن جعفر العلوي بدبيل ثنا الحسين
بن محمد بن بيان المدائني قاضي تفليس حدثني جدي لأبي شريف بن سائق التفليسي ثنا
الفضل بن أبي قرة التميمي عن جابر الجعفي عن أبي الطفيل عامر بن واثلة عن أبي ذر
قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (من سره أن يحيا حياتي ويموت مماتي ويسكن
جنة عدن التي غرسها الله ربي فليتول عليا بعدي
Takhrij
HR.
Ibnu ‘Asakir dalam Tarikhnya 24/242. Riwayat ini juga palsu.
Abu al-Mufadhdhal
Muhammad bin ‘Abdillah Asy-Syaibani. Al-Khathib berkata; “…suka membuat hadith
palsu untuk rafidhah”. Al-Azhariy berkata; “Abu al-Mufadhdhal seorang dajjal
lagi pendusta”. Al-‘Atiqiy berkata; “Banyak takhliith”. Hamzah bin Muhammad bin
Thahir Ad-Daqqaq berkata; “Suka memalsukan hadith”. Demikian juga dinilai sebagai
pendusta oleh Ad-Daraquthni (Tarikh Baghdad, 5/466). Dinukil pula oleh
Az-Zahabi dalam Al-Mizan (6/215) dan ditetapkan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Lisan
(5/231) seraya menambahkan bahawa Abu Dzar Al-Harawiy meninggalkan riwayatnya.
Disebutkan pula oleh Ibnu ‘Iraq dalam Tanzih Asy-Syari’ah Al-Marfu’ah
‘anil-Akhbar Asy-Syani’ah Al-Maudhu’ah pada daftar nama-nama para pemalsu
hadith dan pendusta (1/107 no. 166) seraya menyatakan; “Dajjal, suka memalsukan
hadith.”
Kesimpulan
Demikian
pembahasan mengenai hadith palsu di atas yang disandarkan oleh Syiah secara
dusta kepada Imam Al-Bukhari rahimahullah, dan kerananya pula mereka turut
berdusta atas nama Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam.
Hadith
kedua
Rasulullah
saw bersabda, “Wahai manusia! Hormatilah Ali kerana Allah telah mengurniakan
kelebihan kepadanya. Terimalah Ali kerana Allah telah melantiknya untuk kalian.
Wahai manusia! Sesungguhnya Ali adalah imam dari Allah. Allah sekali-kali tidak
akan menerima taubat seseorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah
sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal
demikian ini terhadap orang yang menyalahi perintahNya mengenainya. Dan Dia
akan menyiksanya dengan siksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran itu kalian
berhati-hatilah supaya kalian tidak menyalahinya. Justru itu kalian akan
dibakar di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu disediakan kepada
orang-orang yang ingkar” (Referensi Sahih Ahlussunnah : Al-Qunduzi al-Hanafi
dalam kitabnya Yanabi` al-Mawaddah; al-Khawarizmi dalam kitabnya al-Manaqib;
Ibnu Hajar dalam kitabnya Tahdhib al-Tahdhib juz 1)
Jawapan
Hadith ini sangat panjang dan sangat terkenal,
dipanggil sebagai hadith Ghadir Khum. Mengambil nama dari sebuah tempat di mana
Rasulullah menyampaikan khutbah.
Hadith Ghadir Khum adalah hadith mutawatir (Siyar
Álam an-Nubala 8/335) yang dinukil oleh 30 sahabat.
Hadith tersebut meskipun banyak diriwayatkan dalam
kitab muktabar Sunnah-bertaraf sahih lighairih (Sunan Tirmidzi 10/214, Mu’jam
al-Kabir at-Thabarani 5/185-186, Musnad Ahmad no. 641, al-Khasa’is an-Nasaie
hal. 112, Sahih Ibnu Hibban no. 2205, Mustadrak al-Hakim 3/109) dengan beberapa
perbezaan, namun mereka tidak memberikan kesimpulan yang sama dengan versi
hadith syiah (al-Ihtijaj 1/55-56,58-67, Abu Mansur Ahmad bin `Ali bin Abi Talib
al-Tabarsi).
Sudut pandang Syiah
Menurut syiah hadith Ghadir sebagai dalil wilayah
dan kepemimpinan Ali bin Abi Thalib. Al Majlisi dalam Bihar Anwar juga
mengomentari hadith Ghadir dimana ketika itu kaum muslimin berkumpul dan Nabi
bersabda, “Wahai manusia, bukankah aku lebih utama bagi seorang mukmin
daripadanya dirinya sendiri? Lalu mereka menjawab, benar. Kemudian Nabi
melanjutkan, من
كنت مولاه فعلي مولاه.
Dan menurut mereka, setelah Allah menurunkan wahyu
terakhir (Alyauma akmaltu lakum..), maka Rasulullah mengatakan Maha besar Allah
yang telah menyempurnakan agama dan memilih Ali sebagai pemimpin setelahku.
(Ghadir… 1/11). Thibrisi di dalam A’lam Wara halaman 169-170 memberikan asbab
wurud (sebab turunnya) hadith ini yang tak lain dan tak bukan adalah imamah
Imam Ali sepeningalan Nabi saw.
Sudut pandang Sunni
Menurut Sunni pula, hadith Ghadir Khum bukanlah
deklarasi Rasulullah ke atas Ali sebagai pemimpin selepas kewafatannya. Menurut sunni perkata “mawla” dalam hadith
bukan bererti pemimpin seperti mana yang difahami oleh syiah.
Perkataan tersebut difahami dengan maksud teman,
kekasih dan penolong oleh ahli Sunnah.
Menurut Sunni hadis Ghadir
Khum berkait dengan
ekspedisi Yaman sebelum haji wada’ yang
dipimpin Ali bin Abi Thalib untuk
mengumpulkan zakat, di
mana banyak sahabat
yang tidak setuju
dengan beberapa keputusan yang
diambil Ali. Setelah sampai beberapa sahabat itu pun melaporkan sikap
Ali kepada Rasullah Saw dengan nada yang negatif.
Maka ketika
dalam perjalanan kembali
ke Madinah setelah
berhaji, Rasulullah Saw mengumpulkan
para sahabat untuk
memberi peringatan dan mengingatkan para sahabatnya agar saling
mengasihi, mencintai dan
tolong-menolong, serta tidak
boleh saling membenci
dan bermusuhan. Di
situ Nabi Saw mengingatkan
sahabatnya tentang pribadi Ali
bin Abi Thalib
yang utama, tidak seperti
yang didesas-desuskan saat itu.
Di dalam I’tiqad Ala Madzhab Ahlus Sunnah wa Al
Jama’ah hal. 205, Imam Baihaqi menuturkan sebuah riwayat. Ketika Hasan bin
Hasan bin Ali bin Abi Thalib ditanyakan kepadanya, Bukankan Nabi Muhammad telah
mengatakan من
كنت مولاه فعلي مولاه, lantas Imam Hasan menjawab, sekiranya
yang dimaksud oleh Nabi adalah pemimpin, maka Nabi akan menjelaskannya secara
lebih terperinci, sebagaimana dijelaskannya perkara wajibnya solat, puasa dan
zakat.
Rujukan
Salamah, N. 2018. Rekonstruksi pemahaman hadis
ghadir khum. MUTAWATIR, 6(2): 370-392.
Washil, I & Fata, A. 2018. Hadis Gadhir Khum
dalam pandangan syiah dan Sunnah. Al-Dzikra, 12: 1-26.
Dialog Ilmiah, Sayid Ali Husaini Qumi, 2/156.
https://www.religiousforums.com/threads/mutiwatir-and-authentic-hadith-of-ghadir.180475/
No comments:
Post a Comment