Wednesday, 1 January 2020

Hadith unggul (mengenai islam paling lengkap)



Hadith unggul mengenai Islam ini telah banyak ditularkan dalam media sosial, tanpa disertai rujukan dan status. Lebih parah lagi, kebanyakan tularan tersebut beredar dalam akaun media sosial para asatizah. Berikut adalah hasil pencarian saya berkenaan sumber serta status hadith yang ditularkan tersebut:-



Matan hadith


جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إني سائلك عما في الدنيا والآخرة، فقال له: سل عما بدا لك، قال: يا نبي الله أحب أن أكون أعلم الناس؟ قال: اتق الله تكن أعلم الناس، فقال: أحب أن أكون أغنى الناس؟ قال: كن قنعا تكن أغنى الناس. قال أحب أن أكون خير الناس؟ فقال: خير الناس من ينفع الناس فكن نافعاً لهم. فقال: أحب أن أكون أعدل الناس؟ قال: أحب للناس ما تحب لنفسك تكن أعدل الناس. قال: أحب أن أكون أخص الناس إلى الله تعالى؟ قال: أكثر ذكر الله تكن أخص العباد إلى الله تعالى. قال: أحب أن أكون من المحسنين؟ قال: اعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك. قال: أحب أن يكمل إيماني؟ قال: حسن خلقك يكمل إيمانك. فقال: أحب أن ألقى الله نقيا من الذنوب؟ قال: اغتسل من الجنابة متطهراً تلقى الله يوم القيامة وما عليك ذنب. قال: أحب أن أحشر يوم القيامة في النور؟ قال: لا تظلم أحداً تحشر يوم القيامة في النور. قال: أحب أن يرحمني ربي؟ قال: ارحم نفسك وارحم خلق الله يرحمك الله. قال: أحب أن تقل ذنوبي؟ قال: استغفر الله تقل ذنوبك. قال: أحب أن أكون أكرم الناس؟ قال: لا تشكو الله إلى الخلق تكن أكرم الناس. فقال: أحب أن يوسع علي في الرزق؟ قال: دم على الطهارة يوسع عليك في الرزق. قال: أحب أن أكون من أحباء الله ورسوله؟ قال: أحب ما أحب الله ورسوله وأبغض ما أبغض الله ورسوله. قال: أحب أن أكون آمنا من سخط الله؟ قال: لا تغضب على أحد تأمن من غضب الله وسخطه. قال: أحب أن تستجاب دعوتي؟ قال: اجتنب الحرام تستجب دعوتك. قال: أحب لا يفضحني الله على رؤوس الأشهاد؟ قال: احفظ فرجك كيلا تفتضح على رؤوس الأشهاد. قال: أحب أن يستر الله علي عيوبي؟ قال: استر عيوب إخوانك يستر الله عليك عيوبك. قال: ما الذي يمحو عني الخطايا؟ قال: الدموع والخضوع والأمراض. قال: أي حسنة أفضل عند الله؟ قال: حسن الخلق والتواضع والصبر على البلية والرضا بالقضاء. قال: أي سيئة أعظم عند الله؟ قال: سوء الخلق والشح المطاع. قال: ما الذي يسكن غضب الرحمن؟ قال: إخفاء الصدقة وصلة الرحم. قال: ما الذي يطفئ نار جهنم؟ قال: الصوم.


Terjemahan

Dengan susunan yang sedikit berbeza:

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:

“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah…!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:

“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata: Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab: “Takutlah kepada Allah SWT”

Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya: “Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab: Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab: “Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata: “Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab: “Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab: “Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab: “Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya: “ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab: “Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab: “Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Takhrij

HN. Ali bin Abdul Malik al-Hindi dalam Kanzul Ummal no. 44154 dari Khalid al-Walid ra.

Sanad hadith ini dhaif, kerana terdapat kecacatan pada perawi bernama Abi Hamid al-Misri.

Syeikh Ibn Baaz berkata hadith ini palsu yang dikumpulkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab daripada beberapa hadith sahih dan kalam beberapa ulama,  lalu mengatasnamakan kepada Nabi saw. Sebahagian matannya selari dengan syariat sebahagiannya bertentangan dengan syariat (Majmu‘ Fatawa ash-Syeikh Ibn Baaz 26/324-326).

Rujukan

Fatwa Islamweb no. 64025, 28262

Fatwa Soaljawab Islam no. 254035

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...