Tuesday, 15 December 2020

Zikir bergoyang

 

Matan hadith

 

قال أبو أراكة: ( صلّيتُ مع علي صلاة الفجر، فلما انفتل عن يمينه مكث كأنَّ عليه كآبة، حتى إذا كانت الشمس على حائط المسجد قيد رمح صلى ركعتين، ثم قلب يده فقال: والله لقد رأيت أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم، فما أرى اليوم شيئاً يشبههم، لقد كانوا يصبحون صفراً شعثاً غبراً، بين أيديهم كأمثال رُكَب المَعْزى، قد باتوا لله سجداً وقياماً، يتلون كتاب الله يتراوحون بين جباههم وأقدامهم، فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر في يوم الريح، وهملت أعينهم حتى تَنْبَلَّ ـ والله ـ ثيابُهم)

 

 

Terjemahan

 

Abu Urakah berkata: Aku solat subuh bersama Ali Karramallahuwajhah, apabila beliau menyandarkan tubuh beliau ke kanan, beliau diam seolah-olah dirundung duka sehinggalah matahari (mula menampakkan sinarnya) di dinding masjid sekadar segalah, beliau solat dua rakaat. Beliau kemudian membalikkan tangannya lalu berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah melihat sahabat-sahabat Muhammad SAW yang tidak pernah ku lihat pada hari ini sesuatu pun yang menyerupai mereka. Mereka berpagi-pagi dalam keadaan tidak mempunyai sesuatu, rambut tidak terurus dan dalam keadaan berdebu (kerana takutkan Allah). Di hadapan mereka seolah-olah kambing tunggangan (tubuh badan mereka lemah). Mereka benar-benar melalui malam hari (dengan beribadah) kerana Allah dalam keadaan sujud dan berdiri, mereka membaca ayat-ayat Allah, (tubuh-tubuh mereka) mereka hayun-hayunkan di antara dahi dan kaki mereka (ke depan). Apabila berpagi-pagi mereka berzikir mengingati Allah dengan mencondongkan tubuh sebagaimana condongnya pohon pada musim angin. Demi Allah! Air mata mereka berlinangan sehingga membasahi pakaian mereka.

 

Takhrij

 

Atsar nukilan Abu Nua’im dalam Hilyahtul Auliya 1/76,  Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah 8/6-7, Sifat Ash-Shafwah 1/124

 

Kisah ini palsu menurut Dr. Maher Yassin yang dinisbahkan secara dusta ke atas Ali bin Abi Thalib ra. Syeikh al-Albani juga menilai atsar ini tidak sahih, sanadnya lemah dan kelam (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 98052).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 98052

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...