Matan hadith
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ
نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا
حَرُمَ
Terjemahan
Wahai manusia bertakwalah kepada
Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu
jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai
kepadanya, maka bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam
mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram.
Takhrij
HR. Ibnu Majah no. 2144, Ibnu
Hibban no. 3239, Ibn Abi Ashim dalam al-Sunnah no. 420, daripada Jabir bin
Abdillah ra.
Al-Mundziri menilai sanadnya
sahih atau hasan dalam al-Targhib wa al-Tarhib 3/9, dan disahihkan pula oleh
Syeikh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah no. 1756.
No comments:
Post a Comment