Saturday, 24 April 2021

Hadith dua suara yang dilaknat

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ ، ثنا أَبُو عَاصِمٍ ، ثنا شَبِيبُ بْنُ بِشْرٍ الْبَجَلِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " صَوْتَانِ مَلْعُونَانِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ : مِزْمَارٌ عِنْدَ نِعْمَةٍ ، وَرَنَّةٌ عِنْدَ مُصِيبَةٍ "

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin 'Ali; Telah menceritakan kepada kami Abu 'Asim; Telah menceritakan kepada kami Syabib bin Bisyr al-Bajali, dia berkata; aku mendengar Anas bin Ma;ik berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Dua suara yang dilaknat di dunia dan di akhirat. Seruling ketika kesenangan dan jeritan tangisan ketika musibah".

 

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Al-Bahr az-Zakhkhar 14/62 dan Ad-Dhiya' al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah no. 1991.

 

Berkata al-Bazzar, Tidaklah aku ketahui hadith ini yang diriwayatkan oleh Anas kecuali dengan sanad ini. Ini indikasi kedhaifan hadith tersebut.

 

 

Hadith ini adalah dhaif kerana Syabib bin Bisyr dinilai lemah oleh Abu Hatim ar-Razi sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil 4/357.

 

Imam Bukhari menyatakan bahawa dia, Syabib bin Bisyr munkar hadithnya sepertimana yang dinukilkan oleh at-Tirmidzi dalam 'Ilal al-Kabir hal. 392.

 

 

 

Sanad dan matan hadith

 

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَرَفَةَ ، قَالَ : ثنا النَّضْرُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، قَالَ : ثنا ابْنُ أَبِي لَيْلَى ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، قَالَ : " أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِي فَانْطَلَقَ إِلَى النَّخْلِ فَوَجَدَ فِيهِ إِبْرَاهِيمَ ابْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حِجْرِهِ ، فَدَمَعَتْ عَيْنَاهُ ثُمَّ ، قَالَ : يَا بُنَيَّ إِنِّي لا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، تَبْكِي ، أَوَلَمْ تَنْهَ عَنِ الْبُكَاءِ ؟ قَالَ : إِنَّمَا نَهَيْتُ عَنِ النَّوْحِ عَنْ صَوْتَيْنِ أَحْمَقَيْنِ فَاجِرَيْنِ : صَوْتٌ عِنْدَ نِعْمَةٍ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَمَزَامِيرُ شَيْطَانَ ، وَصَوْتٌ عِنْدَ مُصِيبَةٍ خَمْشُ وُجُوهٍ وَشَقُ جُيُوبٍ وَرَنَّةُ شَيْطَانَ ، إِنَّهُ لا يَرْحَمُ مَنْ لا يَرْحَمُ لَوْلا أَنَّهُ حَقٌّ وَوَعْدُ صِدْقٍ ، وَإِنَّهُمَا سَبِيلٌ مَأْتِيَّةٌ لا بُدَّ مِنْهَا حَتَّى يَلْحَقَ آخِرُنَا بِأَوَّلِهِ لَحَزَنَّا حُزْنًا أَشَدَّ مِنْ هَذَا يَعْنِي عَلَيْهِ , وَإِنَّا بِهِ لَمَحْزُونُونَ تَبْكِي الْعَيْنُ وَيَحْزُنُ الْقَلْبُ وَلا نَقُولُ مَا يُسْخِطُ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ " .

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami al-Hasan bin 'Arafah, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami an-Nadhr bin Isma'il, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Ibn Abu Laila, daripada 'Atha', daripada Jabir ibn 'Abdullah, daripada 'Abdul Rahman bin 'Auf, dia berkata; Rasulullah SAW memegang tanganku, lantas dia membawakan ke pohon tamar, lantas dia mendapati Ibrahim, anaknya Rasulullah SAW padanya. Rasulullah SAW mengambilnya, lantas baginda meletakkannya di batu. Lantas, mengalir air matanya. Kemudian dia berkata, "Wahai anakku. Sesungguhnya aku tidak berkuasa ke atas kamu walau sesuatu pun daripada Allah". Aku berkata, "Wahai Rasulullah, engkau menangis. Bukankah engkau melarang daripada tangisan?". Baginda berkata, "Aku melarang daripada meratap dengan dua suara yang bodoh lagi berdosa, iaitu suara hiburan dan sukaria serta seruling syaitan ketika nikmat dan suara ketika musibah, cakaran pada wajah, merobek pakaian dan tangisan syaitan yang bersuara kuat. Sesungguhnya seseorang yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi. Kalau bukan kerana kebenaran dan ketelusan janji, ia sememangnya jalan penyempurnaan yang tidak dapat tidak padanya melainkan ia menyusul pada kesudahan kita bersama awalnya. Kami benar-benar bersedih dengan kesedihan yang amat kerana ini, yakni kematian Ibrahim. Sesungguhnya kami benar-benar bersedih yang mata menangisi dan kesedihan hati. Jangan engkau katakan apa-apa yang Allah 'Azza Wajalla marah".

 

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 917, at-Tirmidzi, no. 1005,  'Abdu bin Humaid dalam Musnadnya no. 1013, bn Abu ad-Dunya dalam Dzamm al-Malahi no. 62, al-Baihaqi dalam al-Adab no. 745, al-Hakim dalam al-Mustadrak  no. 6825, at-Thahawi dalam Syarah Ma'ani al-Atsar no. 6975 dan Syarah as-Sunnah, no. 1525, dan Ibn Sa'd dalam  at-Thabaqat al-Kubra no. 312.

 

Hadith ini juga dhaif kerana Muhammad bin 'Abdul Rahman bin Abu Laila adalah salah seorang fuqaha' yang tidak begitu kuat pada hadith menurut penilaian an-Nasaie dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun hal. 87.

 

Ibn Syahin menyenaraikannya, Ibn Abi Laila sebagai kelompok dhaif dalam Tarikh Asma' ad-Dhu'afaa' wa al-Kadzdzabin hal. 169, tahqiq 'Abdul Rahim Muhammad Ahmad al-Qashqari.

 

Ad-Daruquthni dalam al-'Ilal al-Waridah Fi Ahaditth an-Nabawiyyah 6/209, menyatakan bahawa dia, Ibn Abu Laila, bukan seorang hafiz.

 

Abu Daud at-Thayalisi menyatakan bahawa dia, Ibn Abu Laila, tidak pernah melihat yang paling buruk hafalan berbanding Ibn Abu Laila sepertimana yang dinukilkan dalam Su'alat as-Sulami Li ad-Daraquthni, hal. 227.

 

Zaidah meninggalkan hadithnya, Yahya bin Sa'id mendha'ifkannya, Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia begitu buruk hafalannya, Yahya bin Ma'in menyatakan bahawa dia tidak memuaskan, Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia buruk hafalannya dan diingkari kerana banyak kesilapannya sehingga tidak boleh berhujah dengannya dan Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil 7/322-323.

 

Ibrahim bin Ya'qub al-Juzjani dalam Ahwal ar-Rijal hal. 108, menyatakan bahawa dia orang yang lemah hadithnya lagi buruk hafalannya.

 

Imam al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/111, menyatakan bahawa dia tidak dihujahkan hadithya kerana buruk keadaannya di sisi ahli makrifat dalam hadith.

 

Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya 4/205, menyatakan bahawa dia bukan hafiz.

 

Ya'qub bin Sufyan al-Farisi dalam at-Tarikh wa al-Ma'rifah 3/380,  menyatakan bahawa dia tsiqah lagi , pada sebahagian hadithnya diperkatakan dan dia lemah di sisi mereka.

Allah wujud tak bertempat?

 

Berkata Saidina Ali ra:-

 

كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان

 

Allah wujud pada azali dan tidak bertempat dan sekarang juga tidak bertempat

 

Takhrij

 

Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam Kitab al-Firaq bin al-Firaq hal. 333

 

Tidak ditemui sanadnya dalam kitab tersebut. Dan ini adalah penisbatan palsu ke atas Ali bin Abi Thalib ra. (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 275170).

 Ada lagi satu atsar dari Ali ra:

من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود.

”Sesiapa menganggap bahawa Tuhan kita terbatas (mahdhud) maka ia telah jahil (tidak mengenal) Tuhan Sang Pencipta.”[Hilyatul Awliya’; Abu Nu’aim al Isfahani,1/72-73, ketika menyebut sejarah Ali ibn Abi Thalib ra.] 


Hadith ini dinilai gharib oleh Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 1/72-73. 

Az-Zahabi berkata dalam Al ‘Uluwwu lil ‘Aliyyil Ghaffar hal. 81 no. 182:

 هذا حديث منكر وإسناده غير ثابت لكنه صح إلى عبد الوارث

Hadith ini munkar dan sanadnya tidak tsabit, tetapi hadith sah sehingga Abdul Warits

Sesungguhnya atsar ini dibawakan oleh orang-orang Syi’ah Rafidhah dalam buku-buku mereka tanpa ada sanad sama sekali. Antaranya dalam kitab mereka Al-Kaafi (karya Al-Kulaini). Al-Kulaini berkata:

وَ رُوِيَ أَنَّهُ سُئِلَ ( عليه السلام ) أَيْنَ كَانَ رَبُّنَا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ سَمَاءً وَ أَرْضاً فَقَالَ ( عليه السلام ) أَيْنَ سُؤَالٌ عَنْ مَكَانٍ وَ كَانَ اللَّهُ وَ لَا مَكَانَ

Dan diriwayatkan bahawasanya Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salam ditanya : Dimanakah Rabb kami sebelum menciptakan langit dan bumi?, maka Ali bin Abi Thalib ‘alaihis salaam berkata, “Mana pertanyaan tentang tempat?! padahal Allah dahulu tanpa ada tempat (Bihar al-Anwar 4/295; Al-Kaafi 1/90 dalam بَابُ الْكَوْنِ وَ الْمَكَانِ)

Ini jelas bertentangan dengan pemahaman sahabat tabien dan tabiut tabien. Dan tidak ada imam sunnah menyebutkan sedemikian. Para sahabat bersepakat bahawa Allah maha besar, dan maha tinggi dia atas semua mahluk ciptaanNya dan dia bersemayam di atas Arasy dan mengimani sifat yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t. sendiri tentang diri-Nya dan apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat-sifat Allah tanpa ta’wil (mengubah) takyif (membagaimanakan) juga tidak tasybih (menyamakan) tidak juga ta’thil (menafikannya) (Fatwa Soaljawab Islam no. 219727).

 

Kenyataan Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari bahawasanya Aqidah Allah berada dimana-mana atau Allah wujud tanpa bertempat ialah Aqidah Muktazilah .

Seperti yang disebut oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari di dalam kitabnya (مقالات الإسلاميين والختلاف المصلين) Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Mushallin 1/236:

اختلف المعتزلة في ذلك، فقال قائلون: البارئ بكل مكان، بمعنى أنه مدبر لكل مكان...والقائلون بهذا القول جمهور المعتزلة أبو هزيل والجعفراني والإسكافي ومحمد بن عبد الوهاب الجبائي. وقال قائلون: البارئ لا في مكان، بل هو على ما لم يزل. وهو قول هشام الفوطي وعباد بن سليمان وأبي زفر وغيرهم من المعتزلة. وقالت المعتزلة في قول الله عزوجل (طه: 5) الرحمن على العرش استوى يعني استولى.

Muktazilah telah bercanggah pendapat dalam masalah ini. Berkata sebahagiannya Allah berada dimana-mana bermaksud mentadbir di setiap tempat. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Muktazilah, Abu Huzail, al-Ja’farani, al-Iskafi dan Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubbaie. Sebahagian pula berkata Allah tidak bertempat. Pendapat ini ialah pendapat Hisyam al-Fuwathi, Abbad bin Sulaiman, Abi Zufar dan yang lainnya dikalangan muktazilah. Muktazilah berpendapat perkataan Istiwa’ di dalam Firman Allah surah Thaha ayat 5 yang bermaksud Al-Rahman beristiwa’ di atas Arasy ialah bermaksud Istaula iaitu berkuasa.


Selain kitab di atas, ditemui juga dengan ditulisnya buku al-Ibanah, dan Risalah Ahli Saghr. Di antara pernyataan al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah dalam ‘al-Ibanah’ adalah:


قولنا الذي نقول به وديانتنا التي ندين بها التمسك بكتاب الله ربنا عز و جل وبسنة نبينا محمد صلى الله عليه و سلم وما روى عن السادة الصحابة والتابعين وأئمة الحديث ونحن بذلك معتصمون وبما كان يقول به أبو عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل – نضر الله وجهه ورفع درجته وأجزل مثوبته – قائلون…الخ


“Pendapat yang kami pegangi dan agama yang mana kami beragama dengannya adalah: berpegang teguh dengan Kitab Allah Rabb kami azza wajalla, dengan sunnah Nabi kami Muhammad shallallahu alaihi wasallam dan juga dengan riwayat dari para pembesar sahabat, tabiin dan para imam ahlul hadits. Kami berpegang teguh dengan itu semuanya. Dan kami juga berpendapat dengan pendapat al-Imam Ahmad bin Hanbal –semoga Allah menjadikan wajah beliau berseri, mengangkat derajat beliau dan memperbanyak pahala beliau-…dst.” (Al-Ibanah an Ushulid Diyanah hal. 20).


Abul-Hasan Al-Asy’ari berkata dalam Risalah Ahli Saghr 


وأجمعوا . . أنه فوق سماواته على عرشه دون أرضه ، وقد دل على ذلك بقوله : {أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض}، وقال : {إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه}. وقال : {الرحمن على العرش استوى}، وليس استواءه على العرش استيلاء كما قال أهل القدر، لأنه عز وجل لم يزل مستوليا على كل شيء


“Dan mereka (para ulama Ahlus-Sunnah) bersepakat..... bahwasannya Allah berada di atas langit-langit-Nya, di atas ‘Arsy-Nya, bukan di bumi-Nya. Dan hal itu ditunjukkan melalui firman-Nya : ‘Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu’ (QS. Al-Mulk : 16). Dan Allah berfirman : ‘Kepada-Nya lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya’ (QS. Faathir : 10). Allah berfirman : ‘(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang ber-istiwaa’ di atas 'Arsy’ (QS. Thaha : 5). Dan bukanlah yang dimaksud istiwaa’-nya Allah di atas ‘Arsy itu adalah istilaa’ (menguasai) sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Qadariyyah. Karena Allah ‘azza wa jalla senantiasa berkuasa atas segala sesuatu” [Risaalatun ilaa Ahlits-Tsaghr oleh Abul-Hasan Al-Asy’ari, hal. 231-234, tahqiq : ‘Abdullah bin Syaakir Al-Junaidi; Maktabah Al-‘Uluum wal-Hikam, Cet. 2/1422 H].


Jadi, perkataan bahawa Allah ada di mana-mana adalah pendapat rasmi dari kelompok Jahmiyah yang kemudian diikuti oleh Muktazilah. (Jahmiyah merupakan pengikut Jahm bin Shafwan yang mengatakan bahawa Allah tak mempunyai sifat apa pun). Mereka mengatakan itu sebab menolak sifat istiwa’ sebagaimana difirmankan Allah.

Abu Nu’aim Al Ash-bahani, penulis kitab Al Hilyah. Beliau rahimahullah, “Metode kami (dalam menetapkan sifat Allah) adalah jalan hidup orang yang mengikuti Al Kitab, As Sunnah dan ijma’ (konsensus para ulama). Di antara i’tiqad (keyakinan) yang dipegang oleh mereka (para ulama) bahawasanya hadith-hadith yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menetapkan Allah berada di atas ‘Arsy dan mereka meyakini bahawa Allah beristiwa’ (menetap tinggi) di atas ‘Arsy-Nya. Mereka menetapkan hal ini tanpa melakukan takyif (menyatakan hakikat sifat tersebut), tanpa tamtsil (memisalkannya dengan makhluk) dan tanpa tasybih (menyerupakannya dengan makhluk). Allah sendiri terpisah dari makhluk dan makhluk pun terpisah dari Allah. Allah tidak mungkin menyatu dan bercampur dengan makhluk-Nya. Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy-Nya di langit sana dan bukan menetap di bumi ini bersama makhluk-Nya (Majmu’ Al Fatawa, Ahmad bin Abdul Halim Al Harani  5/60).


Bukti ulama telah berijma' akan permasalahan ini, seperti yang dibawakan oleh Ishaq bin Rahuwyah.


قال أبو بكر الخلال أنبأنا المروذي حدثنا محمد بن الصباح النيسابوري حدثنا أبو داود الخفاف سليمان بن داود قال قال إسحاق بن راهويه قال الله تعالى الرحمن على العرش استوى إجماع أهل العلم أنه فوق العرش استوى ويعلم كل شيء في أسفل الأرض السابعة


“Abu Bakr Al Khallal mengatakan, telah mengabarkan kepada kami Al Maruzi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada kami Muhammad bin Shobah An Naisaburi. Beliau katakan, telah mengabarkan pada kami Abu Daud Al Khanaf Sulaiman bin Daud. Beliau katakana, Ishaq bin Rahuwyah berkata, “Allah Ta’ala berfirman,


الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى


“Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy”[QS. Thaha: 5].

Para ulama sepakat (berijma’) bahawa Allah berada di atas ‘Arasy dan beristiwa’ (menetap tinggi) di atas-Nya. Namun Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di bawah-Nya, sampai di bawah lapis bumi yang ketujuh.[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179; Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194].


Az-Zahabi rahimahullah ketika membawakan perkataan Ishaq di atas, beliau rahimahullah mengatakan,


اسمع ويحك إلى هذا الإمام كيف نقل الإجماع على هذه المسألة كما نقله في زمانه قتيبة المذكور


“Dengarkanlah perkataan Imam yang satu ini. Lihatlah bagaimana beliau menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama) mengenai masalah ini. Sebagaimana pula ijma’ ini dinukil oleh Qutaibah di masanya.”[Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghafar hal. 179; Mukhtashar Al ‘Uluw hal. 194]


Imam Zahabi menyebut lagi;

"kata-kata Salaf dan imam-imam Sunnah bahkan sahabat-sahabt Nabi seperti yang disebutkan Allah dan rasulNYA; "Sesungguhnya Allah berada di atas langit-langitnya..,kata-kata Jahmiyyah yang pertama ialah Allah berada di merata-rata tempat, dan kata-kata ahli kalam yang terkemudian dikalangan Muktazilah, Mathurdiyyah dan Asyaierah menyatakan; "Allah itu bukan di langit dan bukan di atas arasyhnya, tidak juga di atas langit-langitNYA, tidak didalam bumi dan tidak diluar bumi dan tidak juga tinggi di atas makhluk-makhluknya (al-Uluw az-Zahabi hal. 107 dan 195).

Berkata Ibnu Katsir Rahimahullah:

وأما قوله تعالى: { ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ } فللناس في هذا المقام مقالات كثيرة جدا، ليس هذا موضع بسطها، وإنما يُسلك في هذا المقام مذهب السلف الصالح: مالك، والأوزاعي، والثوري،والليث بن سعد، والشافعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه وغيرهم، من أئمة المسلمين قديما وحديثا، وهو إمرارها كما جاءت من غير تكييف ولا تشبيه ولا تعطيل. ...

 “Dan adapun FirmanNya Ta’ala: (ثم استوى على العرش) maka bagi manusia pada masalah ini pendapat yang banyak dan bukanlah di sini tempat membahaskannya dan sesungguhnya hendaklah diikuti dalam masalah ini mazhab Salaf As-Soleh: Malik, Auza’i, As-Tsaury, Al-Laith bin Saad, Asy-Syafi’i, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuwaih, dan selainnya daripada imam-imam muslimin dahulu dan sekarang iaitu melalukannya seperti mana datangnya tanpa takyif (memberi rupa), dan tidak pula tsaybih (penyerupaan), dan tidak pula ta’thil (membatalkan sifat)....” (Tafsir Ibnu Katsir 3/426-427).


Rujukan

https://celiktafsir.net/2015/11/06/isu-allah-tanpa-bertempat/

Fatwa Soaljawab Islam no. 219727

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 129671, 54039

https://nu.or.id/ilmu-tauhid/siapakah-yang-berkata-allah-ada-di-mana-mana-iHrkj

https://kedaibuku.ilmusunnah.com/tafsir-allah-istiwa-di-atas-arsy-sebagaimana-dalam-tafsir-ibn-katsir/

https://hadithanswers.com/ali-radiyallahu-anhu-responding-to-the-jews-regarding-aqidah-and-allah-taala/

Hadith 3 orang yang pasti mendapat pertolongan Allah swt

 

Matan hadith

 

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَوْنُهُمْ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ العَفَافَ

 

Terjemahan

 

Ada tiga orang yang Allah wajibkan atas diriNya untuk menolong mereka, Orang yang berjihad di jalan Allah, Budak yang memiliki perjanjian yang berniat memenuhi perjanjiannya, dan orang yang menikah dengan niat menjaga kesucian diri dari perzinahan.”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 1655, an-Nasaie no. 3217, Ibnu Majah no. 2518, Ahmad no. 7410, daripada Abu Hurairah ra. Hasan menurut Imam Tirmidzi.

 

Juga dihasankan oleh al-Baghawi dalam Syarahus Sunnah 5/6, Syeikh al-Albani dalam Sahih Tirmidzi, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Syarhus Sunnah no. 22239.

 

Syarah

 

1) Hadith yang mulia ini menunjukkan bahawa tiga perkara tersebut adalah urusan-urusan yang berat, kalaulah Allah tabaraka wa ta’ala tidak menolong seorang hamba maka ia tidak akan sanggup mengerjakannya, bahkan dalam seluruh urusan seorang hamba sentiasa memerlukan pertolongan Allah ‘azza wa jalla.

 

2) Mana yang paling berat?

 

Ath-Thibi rahimahullah berkata,

 

وَأَصْعَبُهَا الْعَفَافُ لِأَنَّهُ قَمْعُ الشَّهْوَةِ الْجِبِلِّيَّةِ الْمَرْكُوزَةِ فِيهِ

 

“Dan yang paling berat adalah menjaga kesucian diri dari penzinaan, kerana itu bererti memutus syahwat alamiah yang melekat kuat dalam diri seseorang.” (Tuhfat al-Ahwadzi, 5/242).

 

3) Besarnya pahala amalan-amalan tersebut, dan untuk meraihnya perlu usaha dan perjuangan.

 

4) Anjuran menolong orang-orang yang mengamalkannya, baik dengan harta mahupun dengan apa saja.

 

5) Orang yang menolong mereka akan mendapatkan pahala seperti mereka.

 

(Disarikan dari Faidhul Qadir 3/317).

Hadith penunggang agama (kulit kambing berhati serigala)

 

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda:

 

“Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan agama, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, “Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku? Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.” [HR.Tirmidzi  no. 2404]

 

Hadith ini, jika ditinjau dari semua jalan periwayatannya maka termasuk hadith dhaif (lemah), akan tetapi masing-masing darinya menguatkan yang lain. 

Al-Mundziri menukilkan penetapan hasan oleh At-Tirmidzi ini dan mengakui kebenarannya. Oleh kerana itulah kedudukan hadith-hadith ini adalah hasan li ghairihi atau dhaif yang dikuatkan.

 

Manakala, hadith ini dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani

 

 

Hadith anjuran memikirkan ciptaan Allah tetapi bukan Zat Allah

 

Matan hadith

 

تفكروا في الخلق ولا تفكروا في الخالق

 

Terjemahan

 

Fikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah, tetapi jangan sesekali kamu memikiri tentang zat khaliq.

 

Takhrij

 

HR. Abu Syaikh dalam 'Azhamah no. 5; al-Baihaqi dalam Asma wa Sifat no. 887, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2318, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 2470 dan beliau menghasankan semula dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1788

 

Manakala dari jalur Abu Hurairah ra diriwayatkan oleh ar-Rafaie dalam al-Tadwin 1/280, dan didhaifkan pula oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 7/441.

Doa perlindungan dari azab api neraka (اللهم اجعلنا من عتقائك من النار)

 

Doa

 

اللهم اجعلنا من عتقائك من النار

 

Penjelasan

 

 

Doa ini adalah terbitan daripada beberapa hadith  yang menyatakan kelebihan bulan Ramadan.

 

1.       Riwayat Abu Hurairah atau Abu Sa'id RA:

 

إِنَّ لِلَّهِ عُتَقَاءَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ عَبْدٍ مِنْهُمْ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

 

Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan pada setiap siang dan malam, setiap dari mereka mempunyai doa yang mustajab. [Musnad Ahmad no.7450]. Sanadnya sahih menurut Al-Arnauth (Takhrij Al-Musnad no.7450) dan Ahmad Syakir (Musnad Ahmad 13/188). Al-Haithami berkata: Perawinya perawi Al-Sahih (Majmu' Al-Zawaid 10/219).

 

 

2.       Riwayat Abu Hurairah RA:

 

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِى مُنَادٍ يَا بَاغِىَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِىَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

 

Pada malam pertama bulan Ramadan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta berserulah seorang menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah, wahai yang mengharapkan keburukan berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka pada setiap malam. [Jami' Al-Tirmizi no.682; Sunan Ibnu Majah no.1642; dll]. Sahih menurut Ibnu Khuzaimah (Sahih Ibnu Khuzaimah no. 1774); Ibnu Hibban (Sahih Ibnu Hibban no.3435) dan Al-Hakim (Al-Mustadrak no.1460 (1/421)).

 

 

3.       Riwayat Jabir bin Abdullah RA:

 

 إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ وَذَلِكَ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ

 

Sesungguhnya Allah di setiap berbuka memberikan pembebasan, dan itu terjadi setiap malam. [Sunan Ibnu Majah no.1643]. Hasan sahih menurut Al-Albani.

 

 

4.       Riwayat Abu Umamah RA:

 

إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَمنَ النارِ

 

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla di setiap berbuka memberikan pembebasan dari api neraka. [Musnad Ahmad no.22202; Al-Mu'jam Al-Kabir li Al-Tabarani no. 8089 (8/340); Syu'ab Al-Iman li Al-Baihaqi no.3605; dll]. Sahih lighairihi menurut Al-Arnauth (Takhrij Al-Musnad); Hasan menurut Al-Wadai'i (Sahih Al-Musnad no.494) dan Al-Albani (Sahih Al-Targhib no.987)

 

5.       Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri RA:

 

إن لله تبارك وتعالى عتقاء في كل يوم وليلة ( يعني في رمضان ) , وإن لكل مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة

 

Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan pembebasan pada setiap malam (yakni di bulan Ramadan) dan sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang mustajab. [Kasyf Al-Asrar li Al-Bazzar no.962 & Al-Mu'jam Al-Ausath 6/275]. Al-Haithami berkata: Aban bin Abi 'Aiyas adalah dhaif (Majmu' Al-Zawaid 3/146); Sanadnya lemah menurut Al-Dimyathi (Al-Matjar Al-Rabih no.132) dan Al-Arnaut (Takhrij Al-Musnad no.12/421).

 

 

Meminta perlindungan dari azab api neraka itu dianjurkan sepertimana tsabit dalam hadith antaranya:-

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

 

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (HR. Ahmad no. 12585, an-Nasaie no. 5521, Tirmidzi no. 2572).  Hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh al-Arnauth dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani.

 

Matan doa di atas tidak ditemui asalnya dalam kitab hadith, setakat pencarian saya.

 

Malah Syeikh Utsaimin berkata doa ini tidak sahih datangnya dari Nabi saw.  Walaupun tidak ditemui asal, tetapi upaya meminta perlindungan/dimerdekakan dari azab neraka itu tsabit dari nas. Hukum berdoa dengan doa yang tidak datang dari nas yang sahih sekalipun dhaif berat dan maudhu adalah dbolehkan selagi tidak bertetangan dengan syarak (Liqa’at al-Bab Maftuh 27/122).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 131985

 

Fatwapedia no. 5182

Status hadith-hadith seputar Ramadhan terpilih yang berlegar di tengah masyarakat

 

1

Puasa mengukuhkan Islam

 

Matan hadith

بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، والحج ، وصوم رمضان

 

Terjemahan

Islam dibangun di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada ilah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16 daripada Ibnu Umar ra. Sahih ijma’.

 

2

Puasa Ramadhan menghapuskan segala dosa yang lalu

 

Matan hadith

من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه

            

Terjemahan

Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redhaNya, akan diampuni segala dosa yang lalu.

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 2014 dan Muslim no. 760 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

 

Dosa tersebut tidak termasuk dosa besar

 

الصلوات الخمس . والجمعة إلى الجمعة . ورمضان إلى رمضان . مكفرات ما بينهن . إذا اجتنب الكبائر

 

Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramdhan ke Ramadhan menghapuskan dosa di antara keduanya apabila dosa besar dijauhi (HR. Muslim no. 233, daripada Abu Hurairah ra)

 

3

Apabila tiba Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan

 

Matan hadith

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

 

Terjemahan

Jika telah datang bulan Ramadhan maka pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dengan rantai.

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 3277 dan Muslim no. 1079 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

 

4

Orang berpuasa dijauhkan dari neraka selama 70 tahun

 

Matan hadith

لا يصوم عبد يوما في سبيل الله إلا باعد ذلك اليوم النار عن وجهه سبعين خريفا

 

Terjemahan

Tiadalah berpuasa seorang hamba satu hari pada jalan Allah, melainkan Allah akan jauhkan dirinya dari api neraka selama 70 tahun.

 

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 1623, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Disahihkan Syeikh al-Albani.

 

5

Orang berpuasa mendapat syafaat dari puasa dan al-Quran

 

Matan hadith

الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة يقول الصيام أي رب منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ويقول القرآن منعته النوم بالليل فشفعني فيه قال فيشفعان

 

Terjemahan

Puasa dan al-Quraan akan memberi syafaat pada seorang hamba di Hari Kiamat. Puasa berkata," duhai Tuhan, kerana aku dia menahan makan dan syahwatnya di siang hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat kepadanya". Berkata pula al-Quran, "akulah yg menyebabkan dia tidak tidur di malam hari, maka izinlah daku untuk memberi syafaat untuknya". Maka syafaat keduanya diluluskan.

 

Takhrij

HR. Ahmad no. 6626 dan hakim no. 2036, daripada Abdullah bin ‘Amru ra. Sanadnya sahih menurut Ahmad Syakir. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’3882

 

6

Puasa menjadi perisai dalam kehidupan harian

 

Matan hadith

                الصيام جنة ، فلا يرفث ولا يجهل ، وإن امرؤ قاتله أو شاتمه ، فليقل إني صائم – مرتين

 

Terjemahan

Puasa adalah perisai, maka janganlah dia berkata kotor dan cacimaki. Jika dia dicabar untuk bergaduh atau dicaci, ucapkan "aku sedang berpuasa”, dua kali.

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 1894 dan Muslim no. 1151 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

 

7

Puasa dapat menyihatkan badan

 

Matan hadith

صوموا تصحوا

 

Terjemahan

Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat.

 

Takhrij

HR. Thabarani dalam al-Awsath 2/225, daripada Ali bin Abi Thalib ra. Didhaifkan al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 3/108 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 253. As-Saghani menilai hadith ini palsu dalam al-Madhuatnya no. 51.

 

Manakala dari jalur Abu Hurairah ra pula:

 

اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا

 

Berperanglah kamu, nescaya kamu mendapat ghanimah, berpuasalah, nescaya kamu akan sihat dan kembaralah, nescaya kamu akan kaya HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 8312).

 

Hadith ini sanadnya dinilai sangat lemah oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad 14/508 dan hadith ini dinilai mungkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5188.

 

Akan tetapi ada ulama yang menilai hasan hadith ini, antaranya al-Haitami al-Makki dalam al-Zawajir 1/197.

 

Memang terdapat kajian ilmiah bahawa puasa itu dapat menyihatkan tubuh, makna dari hadith dhaif ini benar, namun tetap yang dilarang di sini adalah penyandarannya kepada Nabi shallallahu’alaihi wa sallam.

 

8

Berbuka dengan rutab, tamar, air

 

Matan hadith

كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر قبل أن يصلي على رطبات ، فإن لم تكن رطبات فتميرات ، فإن لم تكن تميرات ، حسا حسوات من ماء

 

Terjemahan

Nabi saw berbuka dengan kurma rutab (kurma segar) sebelum solat. Jika tidak ada, dengan kurma kering, kalau tidak ada mencukupi dgn beberapa teguk air.

 

Takhrij

HR. Abu Daud no. 2356, Tirmidzi no. 696, daripada Anas bin Malik ra. Dihasankan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Takhrij Misykatul Masabih 2/322. Juga disahihkan Syeikh al-Albani.

 

9

Jibril tadarrus bersama Nabi saw sepanjang Ramadhan

 

Matan hadith

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

 

Terjemahan

Dari Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah saw adalah manusia yang paling lembut terutama pada bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril As menemuinya, dan adalah Jibril mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan, dimana Jibril mengajarkannya Al-Quran. Sungguh Rasulullah saw orang yang paling lembut daripada angin yang berhembus.

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 6, daripada Ibnu Abbas ra. Sahih ijma.

 

10

Orang berpuasa memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan

 

Matan hadith

إن في الجنة بابا يقال له الريان ، يدخل منه الصائمون يوم القيامة ، لا يدخل منه أحد غيرهم ، يقال أين الصائمون ، فيقومون لا يدخل منه أحد غيرهم ، فإذا دخلوا أغلق ، فلن يدخل منه أحد .

Terjemahan

Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebuah pintu bernama "ar-Rayyan" (Pintu penghilang Dahaga). Masuklah kelak orang berpuasa melaluinya, hanya mereka sahaja yang boleh memasukinya. Maka akan diseru, "di manakah segala orang yang berpuasa?" Bila semua sudah masuk, maka pintu pun ditutup.

Takhrij

HR. Bukhari no. 1896, daripada Sahl bin Sa’id ra. Sahih ijma.

 

11

Puasa menjadi benteng neraka

 

Matan hadith

قال ربكم : الصوم جنة من النار ، ولي الصوم وأنا أجزي به يدع شهوته وطعامه وشرابه من أجلي لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك

.

Terjemahan

Allah berfirman, "Puasa adalah benteng neraka. Puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya sendiri lantaran dia telah meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah.

 

Takhrij

HR. Thabarani dan Baghawi sepertimana di sebutkan Syeikh Zakariya dalam ‘Umairat Ahadith Qudsiyah Sahihah hal. 62, sahih lighairih.

 

Penguat:

 

يقول الله عز وجل : الصوم لي وأنا أجزي به ، يدع شهوته وأكله وشربه من أجلي ، والصوم جنة

 

Firman Allah: " Puasa itu untukKu, dan Akulah yang akan membalasNya kerana dia meninggalkan syahwat, makan dan minumnya keranaKu; Puasa itu benteng." (HR Bukhari no. 7492, daripada Abu Hurairah. ra)

 

12

Segeralah berbuka

 

Matan hadith

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

 

Terjemahan

Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka segera berbuka

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 1957 dan Muslim no. 1098, daripada Sahl bin Sa’id ra. Sahih ijma’.

 

Manakala hadith yang sama dari sanad Abu Dzarr dan Abu Hurairah ra. maka ia dhaif.

-          لا تزال أمتي بخير ما أخروا السحور وعجلوا الفطور

Akan sentiasa ummatku berada dalam kebaikan selagi mereka mengakhirkan (makan) sahur dan menyegerakan berbuka (HR. Ahmad, didhaifkan As-Syaukani dalam al-Dirari al-Mudhiyah no. 175)

 

-          قال الله إن أحب عبادى إلى أعجلهم فطرا

Allah Allah S.W.T berfirman :"Sesungguhnya hamba-hambaKu yg amat Ku cintai ialah yang segera berbuka." (HR. Ahmad no. 7240, Tirmidzi no. 700, Ibn Hibban no. 3507, al-Baihaqi no. 7909, Abu Ya`laa no. 5974 dan al-Thabrani awsath no. 149, didhaifkan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Tirmidzi dan Ahmad Syakir dalam Taáliq Musnad 12/232).

 

13

Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan

 

Matan hadith

للصائم فرحتان يفرحهما : إذا أفطر فرح ، وإذا لقي ربه فرح بصومه

 

Terjemahan

Orang berpuasa itu ada dua kegembiraan: ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya (kelak).

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

 

14

Orang berpuasa mendapat 5 ganjaran besar

 

Matan hadith

أعطيت أمتي في شهر رمضان خمسا لم يعطهن نبي قبلي أما واحدة ؛ فإنه إذا كان أول ليلة من شهر رمضان ينظر الله عز وجل إليهم ، ومن نظر الله إليه لم يعذبه أبدا . وأما الثانية ؛ فإن خلوف أفواههم حين يمسون أطيب عند الله من ريح المسك . وأما الثالثة ؛ فإن الملائكة تستغفر لهم في كل يوم وليلة وأما الرابعة فإن الله عز وجل يأمر جنته فيقول لها : استعدي وتزيني لعبادي ، أوشك أن يستريحوا من تعب الدنيا إلى داري وكرامتي . وأما الخامسة ؛ فإنه إذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعا فقال رجل من القوم : أهي ليلة القدر ؟ فقال : لا ، ألم تر إلى العمال يعملون ، فإذا فرغوا من أعمالهم وفوا أجورهم

 

Terjemahan

Telah dikurniakan kepada ummatku di bulan Ramadhan yang belum pernah diberikan kepada Nabi sebelumku:

 

1. di awal Ramadhan, Allah memerhatikan ummatku, sesiapa yang masuk dalam perhatianNya, tidak akan diazab untuk selama-lamanya.

 

2. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi

 

3. Para Malaikat memohon keampunan untuk mereka siang dan malam

 

4. Allah memerintahkan syurga supaya mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin menunggu kedatangan mereka

 

5. di akhir malam Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka

 

Seorang bertanya," apakah itu malam laylatul Qadr?" Sabda baginda," bukankah engkau pernah melihat buruh yg telah bekerja, apabila mereka selesai melaksanakan pekerjaan mereka nescaya mereka akan diupah dgn sempurna?

 

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3603, daripada Jabir bin Abdillah ra. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 5081.

 

15

Malaikat berselawat ke atas orang bersahur

 

Matan hadith

السَّحورُ أُكْلةُ بَرَكةٍ، فلا تَدَعوه، ولو أنْ يَجرَعَ أَحَدُكم جُرْعةً من ماءٍ؛ فإنَّ اللهَ وملائكتَه يُصلُّونَ على المُتَسَحِّرينَ

 

Terjemahan

Makan sahur itu berkat, sebab itu janganlah kamu abaikan walaupun dengan seteguk air; kerana Allah dan MalaikatNya berselawat atas orang yngg bersahur.

 

Takhrij

HR. Ahmad no. 11396, Thabarani dalam al-Awsath no. 8063, Ibni abi Syaibah no. 9013, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth. Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam  Sahih Jami’no. 3683.

 

Penguat:

 

تسحروا ، فإن في السحور بركة

Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat (HR. Bukhari no. 1923, daripada Anas bin Malik ra)

 

16

Orang berpuasa masuk syurga

 

Matan hadith

ن أبي أمامة قال : قلت : يا رسول الله دلني على عمل قال : عليك بالصوم فإنه لا عدل له

 

Terjemahan

Abu Umamah bertanya Nabi :saw, tentang apakah amal yngg dapat membawa ke syurga, Sabda baginda, "Puasalah, kerana tiada yg setanding dengnnya

 

Takhrij

HR. Ahmad no. 22149 dan Nasaie no. 2223. Disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth dan Syeikh al-Albani.

 

17

Mengalu-alukan kedatangan Ramadhan

 

Matan hadith

أتاكم رمضان سيد الشهر فمرحبابه وأهلا جاء شهر الصيام بالبركات فأكرمم به من زائر هوات

 

Terjemahan

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka ucapkan selamat datang kepadanya."Telah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan," maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu

 

Takhrij

Kalam ini adalah kepunyaan Ibnu Rejab al-Hanbali dalam Lathaif Maárif hal. 174

 

Hadith semakna lain

 

و يعلم الناس ما في هذا الشهر من الخيرات لتمنوا ان يكون رمضان السنة كلها

 

Jika manusia (umat Islam) tahu akan kelebihan yang ada bulan ini, maka tentulah mereka impikan Ramadhan sepanjang tahun (HR. Ibnu Khuzaimah no. 1886, daripada Ibnu Mas’ud ra).

 

Hadith juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 5273, at-Thabarani no. 967, Biahaqi dalam Syuabul Iman no. 3634.

 

Ibnu Jauzi berkata hadith ini palsu dalam Maudhuat 2/188-189 kerana perawi Jarir bin Ayyub al-Bajali adalah pendusta dan matruk dan mungkarul hadith (al-Majruhin 1/220, al-Kamil 2/133, Lisanul Mizan 2/101, Mizanul I’tidal 1/399).

 

Hadith ini juga dinilai palsu oleh As-Suyuthi dalam Al-Aala’I al-Mashnu’ah fi Ahadits al-Maudhu’ah 2/84 dan as-Syaukani dalam Al-Fawaid al-majmu’ah fi Al-Ahadits al-Maudhu’ah hal. 88.

 

18

Ramadhan penghapus dosa-dosa lampau

 

Matan hadith

من صام رمضان ، وعرف حدوده ، وتحفظ ما ينبغي له أن يتحفظ ؛ كفر ما قبله

 

Terjemahan

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan mematuhi garis panduan dan menjaga batasannya, maka dia terjaga dan ditutup dosa-dosa lampaunya.

 

Takhrij

HR. Ahmad no. 11524, daripada Abi Sa’id al-Khudry ra. Sanadnya dihasankan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib 2/112. Syeikh al-Arnauth menghasankan hadith ini dalam Takhrij Musnad dan mendhaifkkannya dalam Taáliq Sahih Ibnu Hibban no. 3433. Manakala Syeikh al-Albani mendhaifkannya dalam Dhaif Targhib no. 584.

 

Penguat:

 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda

 

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

 

 

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu (HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760)

 

19

Puasa melatih sifat sabar

 

Matan hadith

الصوم نصف الصبر

Terjemahan

Puasa adalah sebahagian dari kesabaran

 

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 3519, Darimi no. 659, daripada lelaki dari bani Sulaim. Dihasankan oleh Imam Tirmidzi. Dan didhaifkan oleh Syeikh al-Albani.

 

Akan tetapi fiqhnya benar. Puasa memang melatih seseorang itu akan sifat sabar.

 

صومُ شهرِ الصبرِ وثلاثةِ أيامٍ من كلٍّ شهرٍ يُذهبنَ وَحَرَ الصَّدرِ

 

Puasa, bulan sabar dan (puasa) tiga hari dalam sebulan dapat melenyapkan kedengkian dalam dada (HR. Bukhari dalam Tarikh al-Kabir 7/239, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’no. 3804).

 

20

Mulut orang berpuasa berbau kasturi

 

Matan hadith

والَّذي نفسُ محمَّدٍ بيدِهِ لخَلوفُ فمِ الصّائمِ أطيبُ عندَ اللَّهِ من ريحِ المسكِ

 

Terjemahan

Demi Zat yang diriku dalam genggamannya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum dari bau wangian misk (kasturi)

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 1904, daripada Abu Hurairah ra.  Sahih ijma’.

 

Pendapat yang rajih ialah apa yngg diamalkan oleh Imam Bukhari; yakni sunnah bersugi sepanjang hari di bulan Ramadhan, bau mulut orang berpuasa itu adalah bau maknawi, di sisi Allah jika dia banyak berzikir, membaca al-Quran dan berdakwah di bulan Ramadhan. Maka pendapat yang memakruhkan bersugi sebelah petang itu adalah pendapat yang lemah.

 

21

Dapat 700 kali ganda pahala kebajikan

 

Matan hadith

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : " إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ

 

Terjemahan

Setiap amalan anak cucu Adam akan dilipat gandakan pahalanya dengan 10-700 kali ganda. Allah SWT berfirman ," kecuali puasa, sesungguhnya puasa untukKu dan Aku yang (layak) memberi pembalasan kepadanya

 

Takhrij

HR. Muslim no. 1151, daripada Abu Hurairah ra. Sahih Ijma’.

 

22

Bergembira masuknya Ramadhan

 

Matan hadith

مَنْ فَرِحَ بِدُخُوْلِ رَمَضَانَ حَرَّمَ اللهُ جَسَدَهُ عَلَى النِّيْرَانِ

 

إذا كان أول ليلة من رمضان يقول تعالى مَنْ ذَا الَّذِيْ يحبنا ونحبه , ومَنْ ذَا الَّذِيْ يَطْلُبُنَا

فنطلبه , و مَنْ ذَا الَّذِيْ يستغفرنا فنغفر له بحرمة رمضان , فيأمر الله الكرام الكاتبين في شهر رمضان أن يكتبوا لهم الحسنات ولا يكتبوا عليهم السيئات ويمحو الله ذنوبهم الماضية.

 

 

Terjemahan

Barangsiapa yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah mengharamkan jasadnya dari neraka

 

Jika telah masuk hari pertama dari Bulan Ramadhan, Allah Ta’ala berfirman: “Siapakah yang mencintai kami maka kamu akan mencintainya, dan siapakah yang mencari kami maka kami akan mencarinya, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada kami maka kami akan mengampuninya dengan kehormatan kedudukan Bulan Ramadhan. Maka Allah pun memerintahkan kepada para Malaikat pencatat amal (al-Kiram al-Katibiin) dalam Bulan Ramadhan untuk menuliskan kebaikan-kebaikan mereka dan tidak mencatat keburukan/dosa-dosa mereka dan Allah menghapus dosa-dosa mereka yang telah lalu

 

Takhrij

HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 7, tanpa sanad.

 

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

 

Dinilai palsu oleh KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-hadith Bermasalah hal. 180-181.

 

23

Syurga merindukan empat orang

 

Matan hadith

الجنة مشتاقة إلى أربعة نفر : تالى القرآن و حافظ اللسان ومطعم الجيعان والصائمين في شهر رمضان

 

Terjemahan

Syurga merindukan empat orang; Orang yang selalu membaca al-Quran, orang yang menjaga lisannya, orang yang memberi makan orang lain yang kelaparan dan orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

 

Takhrij

HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 7, tanpa sanad. Dan juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Mustadrak al-Wasail no. 8254.

 

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

 

Hadith palsu Durar Saniyyah no. 665

 

Dinilai palsu oleh KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-hadith Bermasalah hal. 185-187.

 

24

Makhluk berteriak  bila masuk bulan Ramadhan

 

Matan hadith

إذا هل هلال رمضان صاح العرش والكرسي والملائكة وما دونهم

 

Terjemahan

Apabila hilal Bulan Ramadhan mulai terbit, maka ‘Arsy, Kursi dan para Malaikat serta makhluk yang ada di alam bawahnya akan berteriak…..

 

Takhrij

HN. Syeikh Utsman Khubawiy dalam Durratun Nasihin hal. 8, tanpa sanad.

 

Dengan demikian hadith tersebut tidak bersanad dan tidak lepas tapisan kesahihan tahap pertama. Kesimpulannya adalah ungkapan yang dianggap sebagai hadith Nabi ini berstatus la ashla lahu atau maudhu’ (palsu).

 

25

Qiyam Ramadhan dan mengharapkan keredhaan Allah swt

 

Matan hadith

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

 

Terjemahan

Barangsiapa yang qiyam (malam) Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah nescaya diampuni dosanya yang lampau

 

Takhrij

HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759 daripada Abu Hurairah ra. Sahih ijma’.

 

Adapun tambahan kalimah dari Sahih Ibnu Khuzaimah dari Abdurrahman bin Auf ra dinilai thabit dari segi maknanya kerana semakna dengan hadith sahih Bukhari di atas.

 

إن الله فرض صيام رمضان ، وسننت لكم قيامه ، فمن صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه

 

Sesungguhnya Allah memfardhukan puasa Ramadhan dan aku sunnahkan solat qiyam pada malamnya. Barangsiapa puasa (di siang hari) dan qiyam (di malamnya) kerana iman dan mengharapkan pahala, kelak akan bersih dari dosa-dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (HR. Ibnu Khuzaimah dalam Mukhtashar Al-Mukhtashar  no. 2201, didhaifkan al-Mizzi dan Musthafa Ahdzami. Syeikh Ahmad Syakir menilai sanad hadith ini sahih dalam Musnad Ahmad 3/128.

 

26

Solat tarawih 8 rakaat

 

Matan hadith

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

 

Terjemahan

Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya lebih dari sebelas rakaat.

                                                             

Takhrij

HR. Bukhari no. 1147, daripada Aisyah ra.

 

Adapun hadith dibawah, ia diperselisihkan kesahihannya:-

 

صلّى بنا رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم في شهرِ رمضانَ ثمانَ ركعاتٍ وأوتَر

 

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam solat bersama kami di bulan Ramadhan sebanyak lapan rakaat lalu beliau berwitir (HR. Ibnu Hibban no. 2409, Ibnu Khizaimah no. 1070, Thabarani dalam al-Awsath  no. 3733 daripada Jabir ra.)

 

Syeikh al-Arnauth mendaifkan sanadnya. Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 3/231, berkata sanad hadith ini tidak sempurna tetapi ia mempunyai penyokong. Syeikh al-Albani dalam Shalat tarawih 1/16-18 berkata sanadnya hasan lighairih.

 

27

Allah membanggakan hambaNya ketika bulan Ramadhan tiba

 

Matan hadith

اتاكم رمضان شهر بركة , يغشاكم الله فيه فينزل الرحمة ويحط الخطايا ويستجيب فيه الدعاء ينظر الله تعالى الى تنافسكم فيه ويباهي بكم ملائكته فأروا الله من أنفسكم خيرا فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز وجل

Terjemahan

Telah datang pada kalian Ramdhan bulan berkah , di bulan ini Allah mencurahkan Rahmat dan menghapus kesalahan dan mengabulkan doa , Allah swt memandang pada berlumba-lumba kalian dalam amal baik di bulan Ramadhan dan membangga-bangakan kalian pada malaikatnya maka Allah memperlihatkan kebaikan dari diri kalian , kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang terhalang tidak mendapatkan Rahmat Allah Azza wajalla

Takhrij

HR. Thabarani seperti disebutkan di dalam al-Targhib wa at-Tarhib al- Mundziri 2/60 daripada ‘Ubadah bin Shamit ra. Dihaifkan oleh al-Mundziri. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Dhaif targhib no. 592.

 

28

Afdhal sedekah semasa Ramadhan

 

Matan hadith

وأفضلُ الصدقةِ صدقةٌ في رمضانَ

 

Terjemahan

Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.

 

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 663, al-Bazzar  no. 6890, daripada Anas ra. Didhaifkan majoriti ahli hadith. Syeikh al-Albani menilai hadith ini juga dhaif dalam Dhaif Jami’no. 1019.

 

29

Ganjaran orang memberi makan orang berbuka puasa

 

Matan hadith

إنَّ في الجنَّةِ غُرفًا تُرى ظُهورُها من بطونِها وبطونُها من ظُهورِها، فقامَ أعرابيٌّ فقالَ: لمن هيَ يا رسولَ اللَّهِ؟ فقالَ: لمن أطابَ الكلامَ، وأطعمَ الطَّعامَ، وأدامَ الصِّيامَ، وصلّى باللَّيلِ والنّاسُ نيامٌ

Terjemahan

Sesungguhnya di syurga ada kamar luarnya dapat dilihat dari dalam , dan dalamnya dapat dilihat dari luar , sahabat bertanya : buat siapa ya Rasulullah ? Rasulullah menjawab , buat orang yang memperbaiki perkataan dan memberikan makanan dan selalu berpuasa dan solat di malam hari saat orang pada tidur.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 1983, daripada Aku bin abi Thalib ra. Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan.

 

30

Bacaan setelah solat witir

 

Matan hadith

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

 

Terjemahan

Adalah Rasulullah membaca dalam solat Witir dengan (surah Al-A’la), pada rakaat kedua membaca: (surah Al-Kaafirun), dan pada rakaat ketiga dengan membaca: (surah al-Ikhlas). Apabila beliau sudah salam, beliau membaca: (Subhanal Malikil Quddus) sebanyak tiga kali.

 

Takhrij

HR. Abu Daud no. 1430, Al-Nasaie no. 1701, Ibnu Majah no. 1171, Daripada Ubai bin Ka’ab ra. Disahihkan oleh Ibnu Daqiq al-Ied dalam al-Imam bi Ahadith al-Ahkam 1/229 dan Syeikh al-Albani.

 

Tambahan kalimah Rabbul Malaikati Warruh.

 

Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,

 

فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ :« سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ». ثَلاَثَ مَرَّاتٍ يَمُدُّ بِهَا صَوْتَهُ فِى الآخِرَةِ يَقُولُ :« رَبِّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ »

 

“Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan salam, beliau mengucapkan, ‘Subhaanal malikil qudduus’ sebanyak tiga kali dan di suara ketiga, beliau memanjangkan suaranya. Lalu beliau mengucapkan, ‘Rabbil malaikati war ruuh.’ ” (HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/40 dan Daruquthni 4/371. Tambahan ‘rabbil malaikati war ruuh’ adalah tambahan maqbulah yang diterima).

 

Dari Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam membaca di akhir witirnya,

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سُخْطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

 

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dengan keridhaanMu dari kemurkaanMu, dengan maafMu dari siksaMu, dan aku berlindung denganMu dariMu. Aku tidak mampu menghitung pujian kepadaMu sebagaimana Engkau telah memuji diriMu sendiri” (HR. Abu Daud no. 1427, al-Nasaie no. 1747, dan Ahmad no. 1294, Tirmidzi no. 3566, Ibnu Majah no. 1179. Disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar 3/25).

 

 

31

Tidurnya orang berpuasa itu ibadah

 

Matan hadith

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ ، وَصُمْتُهُ تَسْبِيْحٌ ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ

 

Terjemahan

Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya dikabulkan, dan amalannya pun akan dilipatgandakan pahalanya.

 

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1437, daripada Abdullah bin Abi Aufa ra.

 

Didhaifkan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’1/310, as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 9274 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’no. 5976.

 

Manakala hadith serupa dari jalan Ibnu Umar ra. juga dhaif (Jamius Saghir no. 5066, Silsilah hadith Dhaif no. 3784).

 

Manakala hadith,

الصائم في عبادة و إن كان راقدا على فراشه

 

Orang yang berpuasa itu senantiasa dalam ibadah meskipun sedang tidur di atas ranjangnya. (HR. Tammam 18/172 didhaifkan oleh Syeikh al-Albani di Silsilah Hadith Dhaif no. 653).

 

 

32

Hadith awal Ramadhan rahmat

 

Matan hadith

يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،

 

 

Terjemahan

Wahai manusia, bulan yang agung telah mendatangi kalian. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai ibadah tathawwu’ (sunnah). Barangsiapa pada bulan itu mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan,  ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, sedangkan kesabaran itu balasannya adalah syurga. Ia (juga) bulan tolong-menolong. Di dalamnya rezeki seorang mukmin ditambah. Barangsiapa pada bulan Ramadhan memberikan hidangan berbuka kepada seorang yang berpuasa, dosa-dosanya akan diampuni, diselamatkan dari api neraka dan memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi sedikitpun” Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.” Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan hidangan berbuka berupa sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

 

Takhrij

HR. Ibnu Khuzaimah no. 1887, daripada Salman al-Farisi ra. Beliau mengisyaratkan kedhaifan dengan menyebut “seandainya ia sahih”.

 

Didhaifkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib 2/115 dan Abu Hatim ar-Razi menilai hadith ini munkar dalam al-‘Ilal 2/50.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 871.

 

Al-‘Aini dalam Umdatul Qari 10/383 berkata sanadnya tidak diketahui asalnya.

 

Dinilai munkar oleh KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-hadith Bermasalah hal. 31-37.

 

 

33

Doa buka puasa

 

Matan hadith

اللهم لك صمت و بك امنت و على رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين

 

Terjemahan

Ya Allah, untukMu aku berpuasa, kepadaMu aku beriman, atas rezekiMu aku berbuka, aku memohon RahmatMu wahai Zat yang Maha Penyayang

 

Takhrij

Tidak dijumpai asal. Al Mulla Ali Al Qaari dalam kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Mashabih: “Adapun doa yang tersebar di masyarakat dengan tambahan ‘wabika aamantu’ sama sekali tidak ada asalnya, walau secara makna memang benar”.

 

Yang lebih baik darjatnya,

 

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

 

Rasa haus telah hilang, kerongkongan telah basah, semoga pahala didapatkan. Insya Allah (HR. Abu Daud no. 2357), Daruquthni 2/401, dan dihasankan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/232).

 

 

34

Tinggal puasa dengan sengaja

 

Matan hadith

من أفطر يوما من رمضان من غير رخصة لم يقضه وإن صام الدهر كله

 

Terjemahan

Orang yang sengaja tidak berpuasa pada suatu hari  di bulan Ramadhan, padahal ia bukan orang yang diberi keringanan, ia tidak akan dapat mengganti puasanya meski berpuasa terus menerus

 

Takhrij

HR. Bukhari dalam Al’Ilal Al Kabir no. 116, Abu Daud no. 2396, Tirmidzi no. 723, Daruquthni 2/441, 2/413, dan Al Baihaqi di Sunannya 4/228.

 

Majoriti mendhaifkkannya seperti al-Bukhari, Imam Ahmad dan Ibnu Hazam dalam al-Muhalla 6/183, Baihaqi dan Abnu Abdil Barr dalam at-Tamhid 7/173 dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4557.

 

Sebahagian mereka seperti ar-Razi dalam al-Ilal 2/17dan dihasankan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani  dalam Hiyatur Ruwah 2/329).

 

 

35

Zakat fitrah menandakan tamat Ramadhan

 

Matan hadith

أن شهر رمضان متعلق بين السماء والأرض لا يرفع إلا بزكاة الفطر

 

Terjemahan

Bulan Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali zakat fithri

 

Takhrij

HN. Al-Mundziri dalam Al-Tarhib 2/157. Juga didhaifkan oleh Syeikh  al-Albani dalam Silsilah Hadith dhaif no. 43.

 

 

36

Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.

 

Matan hadith

رجب شهر الله ، وشعبان شهري ، ورمضان شهر أمتي

 

Terjemahan

Rajab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku.

Takhrij

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3276, Ibnu Asakir dalam Mu’jam a;-Syuyukh no. 210 dan Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/124, daripada Anas bin Malik ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu. Begitu juga as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 47, as-Saghani dalam Maudhuat no. 72, az-Zahabi dalam Tarikhul Islam 28/351, Ibnu Qayyim dalam al-Manar Munif no. 76. Ibnu Hajar pula menilai hadith ini batil dalam Tabyin al-Ujab no. 20. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4400.

 

 

37

5 perkara yang membatalkan puasa

Matan hadith

خمس تفطر الصائم ، وتنقض الوضوء : الكذب ، والغيبة ، والنميمة ، والنظر بالشهوة ، واليمين الفاجرة

 

Terjemahan

Lima hal yang membatalkan puasa dan membatalkan wudhu: berbohong, ghibah, namimah, melihat lawan jenis dengan syahwat, dan bersumpah palsu.

 

Takhrij

HR. Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2979, al-Jauraqani dalam al-Abathil no. 338, daripada Anas bin Malik ra.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhu’at no. 1131

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1708.

 

Dinilai palsu oleh KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-hadith Bermasalah hal. 182-184.

 

Yang benar, ia adalah pembatal pahala sebagaimana hadith:

 

من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل ، فليس لله حاجة أن يدع طعامه وشرابه

 

Orang yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan mengamalkannya, serta mengganggu orang lain, maka Allah tidak perlukan terhadap puasanya.” (HR. Bukhari no. 6057)

 

 

38

Orang berpuasa akan dinikahi bidadari

 

Matan hadith

سمِعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ذاتَ يومٍ وأهلَّ رمضانُ فقال لو يعلمُ العبادُ ما رمضانُ لتمنَّت أمَّتي أن تكونَ السَّنةُ كلُّها رمضانَ فقال رجلٌ من خزاعةَ يا نبيَّ اللهِ حدِّثْنا فقال إنَّ الجنَّةَ لتُزيَّنَ لرمضانَ من رأسِ الحوْلِ إلى الحوْلِ فإذا كان أوَّلُ يومٍ من رمضانَ هبَّت ريحٌ من تحتِ العرشِ فصفَّقت ورقُ أشجارِ الجنَّةِ فتنظرُ الحورُ العينُ إلى ذلك فيقلن يا ربَّنا اجعلْ لنا من عبادِك في هذا الشَّهرِ أزواجًا نقرُّ بهم وتقرُّ أعينُهم بنا قال فما من عبدٍ يصومُ يومًا من رمضانَ إلَّا زُوِّج زوجةً من الحورِ العينِ في خيمةٍ من درَّةٍ كما نعت اللهُ عزَّ وجلَّ { حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ } على كلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون حُلَّةً ليس منها حُلَّةٌ على لونِ الأخرَى وتُعطَى سبعين لونًا من الطِّيبِ ليس منه لونٍ على ريحِ الآخرِ لكلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون ألفَ وصيفةٍ لحاجتِها وسبعون ألفَ وصيفٍ مع كلِّ وصيفٍ صفحةٌ من ذهبٍ فيها لونُ طعامٍ يجِدُ لآخرِ لُقمةٍ منها لذَّةً لم يجدْه لأوَّلِه ولكلِّ امرأةٍ منهنَّ سبعون سريرًا من ياقوتةٍ حمراءَ على كلِّ سريرٍ سبعون فراشًا بطائنُها من إستبرقٍ فوق كلِّ فراشٍ سبعون أريكةً ويُعطَى زوجُها مثلَ ذلك على سريرٍ من ياقوتٍ أحمرَ موشَّحًا بالدُّرِّ عليه سُوران من ذهبٍ هذا بكلِّ يومٍ صامه من رمضانَ سوَى ما عمِل من الحسناتِ

 

Terjemahan

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pada suatu hari menjelang Ramadhan, beliau bersabda, “Seandainya para hamba tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya umatku berangan-angan agar satu tahun seluruhnya bulan Ramadhan”. Lalu seorang dari Khuza’ah berkata, “Wahai Nabi Allah! Kabarilah kepada kami (keutamaan Ramadhan tersebut)!”.  Maka Rasulullah pun bersabda, “Sesungguhnya syurga dihiasi untuk (menghadapi) bulan Ramadhan dari permulaan tahun ke tahun (berikutnya). Maka apabila masuk hari pertama di bulan Ramadhan, bertiuplah angin dari bawah ‘Arasy, dan berdesirlah dedaunan pohon-pohon syurga. Kemudian para bidadari melihatnya , dan mereka berkata, Wahai Rabb kami, jadikanlah untuk kami dari hamba-hambaMu yang soleh di bulan ini para suami yang kami berbahagia dengan mereka dan mereka pun berbahagia dengan kami”. Beliau pun kembali bersabda, “Maka tidaklah seorang hamba pun berpuasa satu hari di bulan Ramadhan, melainkan ia pasti akan dinikahkan dengan isteri dari kalangan bidadari di dalam khemah yang terbuat dari mutiara, sebagaimana Allah sifatkan mereka dalam firman-Nya: (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipelihara dalam rumah (khemah). [QS. Ar-Rahman: 72]. Setiap orang dari bidadari-bidadari tersebut memiliki tujuh puluh jubah, yang masing-masingnya berwarna berbeza dari warna jubah yang lainnya. Para bidadari itu pun diberi tujuh puluh jenis wangian, yang masing-masingnya beraroma berbeza dari yang lainnya. Mereka pun memiliki tujuh puluh ribu pelayan, yang masing-masing dari pelayan tersebut membawa dulang dari emas yang di atasnya terdapat makanan yang setiap suapan dari makanan tersebut memiliki kelazatan yang berbeza dari kelazatan suapan-suapan berikutnya. Kemudian para bidadari itu pun memiliki tujuh puluh ranjang terbuat dari permata berwarna merah, yang di atas setiap ranjang tersebut terdapat permadani yang bantalannya terbuat dari sutera. Dan di atas setiap permadani tersebut terdapat dipan-dipan. Demikianlah para suami mereka pun diberi hal yang sama. Mereka berada di atas ranjang yang terbuat dari permata merah yang dihiasi oleh mutiara, dan berpagarkan emas. Ini adalah balasan untuk satu harinya di bulan Ramadhan, belum termasuk pahala lainnya dari amal-amal baik yang ia kerjakan”

 

Takhrij

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya sepertimana disebutkan dalam Mathalib ‘Aliyah no. 1032, as-Syasyi dalam Musnadnya no. 852, al-Asbahani dalam Targhib wa at-Tarhib no. 1765, Ibnu Abid Dunya dalam Fadhail Ramadhan no. 22, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3634, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat no. 1119 dan Ibnu Khuzaimah no. 1886, daripada Ibnu Mas’ud ra/ Abu Mas’ud al-Ghiffari ra. Yang benar menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Mathalib ‘A;iyah 1/397 adalah al-Ghiffari.

 

Hadith ini dinilai palsu oleh Ibnu Jauzi, as-Syaukani dalam Fawaid Majmuah hal. 88 dan Syeikh al-Albani no. 6294.

 

 

 

Warna

Status

Hijau

Kategori hadith sahih/ hasan

Merah

Kategori hadith dhaif


  

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...