Thursday, 21 July 2022

Hadith meninggalkan solat asar akan menghapuskan amalannya

 

Matan hadith

 

 

عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه

 

Terjemahan

 

Dari Abu Qilabah bahwa Abu Al Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, “Kami pernah bersama Buraidah pada suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, “Segeralah laksanakan solat, kerana Nabi SAW pernah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah hapuslah amalnya.”

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 559

 

Syarah

 

Kata Al Muhallab, maknanya adalah meninggalkan dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya padahal mampu untuk menunaikannya (Syarah Al Bukhari karya Ibnu Batthal 3/221).

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Terhapusnya amalan tidaklah ditetapkan melainkan pada amalan yang termasuk dosa besar. Begitu solat meninggalkan solat Asar lebih parah daripada meninggalkan solat lainnya. Kerana solat Asar disebut dengan solat wustha yang dikhususkan dalam perintah untuk dijaga. Solat Asar ini juga diwajibkan kepada orang sebelum kita di mana mereka melalaikan solat ini. Jadi, siapa saja yang menjaga solat Ashar, maka ia mendapatkan dua ganjaran.”  (Majmu’atul Fatawa 22/54).

 

Ibnul Qayyim  berkata, “Yang nampak dari hadith, meninggalkan amalan itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan secara total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan amalnya batal seluruhnya. Kedua, meninggalkan pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut. Jadi kerana meninggalkan secara umum, maka amalnya batal secara umum. Lalu meninggalkan solat tertentu, maka amalnya batal pada hari tertentu.” (Ash Shalah hal. 59).

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...