Friday, 23 September 2022

Hadith palsu alasan Nabi saw mencium mulut Hasan dan leher Husein

 

 

Teks tular

 

Dalam sebuah riwayat disebutkan, saat masih kanak-kanak, suatu hari Imam Hasan dan Imam Husain a.s. masuk ke rumah Nabi saw. Beliau saw. menyambut kedatangan kedua cucunya dengan mencium mulut suci Imam Hasan a.s. dan mencium leher Imam Husain a.s.

 

Merasa dibezakan oleh datuknya, Imam Husain a.s. menghampiri ibundanya Fatimah Zahra, lalu bertanya, “Wahai Ibu, ciumlah mulutku ini, apakah mulut ini beraroma tidak sedap sehingga, Rasulullah saw. tidak mahu menciumnya?”

 

Sayyidah Fatimah a.s. pun menuruti permintaan putera tercintanya. Beliau a.s. mencium mulut mungilnya. Ternyata aroma yang tercium dari mulut Imam Husain lebih wangi daripada misik. Lantas Sayyidah Fatimah a.s. mengajak Imam Husain menghadap Rasulullah saw.

 

Sayyidah Fatimah a.s. bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayah, mengapa ayah membuat sedih puteraku, Al-Husain?”

 

“Tentang apakah itu, apa yang terjadi?” sahut Rasulullah saw. dengan kehairanan.

 

Sayyidah Fatimah a.s. menjawab, “Mengapa tadi ayah mencium Al-Hasan di mulutnya, sedangkan mencium Al-Husain di lehernya?”

 

Mendengar pertanyaan sang puteri, Rasulullah saw. menangis. Lalu beliau saw. berkata, “Wahai puteriku, Fatimah, mengapa aku mencium Al-Hasan di mulutnya? Itu lantaran mulut tersebut akan diracuni hingga Al-Hasan syahid kerananya. Sedangkan kenapa aku mencium Al-Husain di lehernya? Hal itu kerana leher tersebut akan disembelih hingga terpisah dari badannya.”

 

Mendengar ucapan sang ayah, Sayyidah Fatimah a.s. menangis.  Lalu beliau bertanya, “Ayah, bilakah hal itu akan terjadi?”

 

Rasul menjawab, “Kelak di suatu zaman ketika aku datuknya, engkau ibunya, Ali ayahnya dan Al-Hasan abangnya telah tiada.”

 

Jawapan ini membuat tangisan Sayyidah Fatimah a.s. semakin menjadi. Lalu beliau kembali bertanya kepada sang ayah, “Wahai ayah, lantas siapakah yang akan menangisi puteraku, Al-Husain dan siapakah yang akan menghidupkan acara duka untuknya?”

 

Rasulullah  menjawab, “Puteriku Fatimah, kelak di kemudian hari, para wanita umatku akan menangisi penderitaan wanita Ahlul Baitku dan para lelaki dari umatku akan menangisi Al-Husain beserta keluarganya. Mereka akan selalu menghidupkan acara-acara duka untuknya secara turun menurun. Dan di hari kiamat kelak, engkaulah yang akan memberikan syafaat kepada para wanita itu, dan aku sendiri yang akan mensyafaati kaum lelakinya dan setiap orang yang menangis untuk putraku, Al-Husain ini, lalu kita akan menuntun tangan-tangan mereka untuk memasuki syurga.

 

Takhrij

 

Teks hadith ini banyak ditemukan dalam web syiah, antaranya :

 

https://safinah-online.com/mengapa-ayah-membuat-putraku-husain-bersedih/

 

https://www.shiachat.com/forum/topic/16617-what-did-hussain-ra-said/

 

Hadith ini palsu, palsu yang terang lagi bersuluh rekaan syiah, kerana sinonim dengan acara duka mereka mengingati hari Karbala setiap tahun.

 

Hadith peristiwa terbunuhnya Husein telah diberitakan Nabi saw

 

1.

 

حدثنا شيبان حدثنا عمارة بن زاذان حدثنا ثابت البناني عن أنس بن مالك قال : استأذن ملك القطر ربه أن يزور النبي صلى الله عليه و سلم فأذن له وكان في يوم أم سلمه فقال النبي صلى الله عليه و سلم : ( يا أم سلمه احفظي علينا الباب لا يدخل علينا أحد ) قال : فبينما هي على الباب إذ جاء الحسين بن علي فاقتحم ففتح الباب فدخل فجعل النبي صلى الله عليه و سلم يلتزمه ويقبله فقال الملك : أتحبه ؟ قال ( نعم ) قال : إن أمتك ستقتله إن شئت أريتك المكان الذي تقتله فيه قال : ( نعم ) قال : فقبض قبضة من المكان الذي قتل به فأراه فجاء سهلة أو تراب أحمر فأخذته أم سلمة فجعلته في ثوبها

قال ثابت : فكنا نقول : إنها كربلاء

 

Dari Anas bin Malik, “Malaikat hujan memohon izin dari Allah untuk mengunjungi nabi saw. lalu diizinkan.” Pada hari tersebut beliau bersama Ummu Salamah. Nabi berkata, “Wahai Ummu Salamah, jagalah pintu dan jangan biarkan seorangpun masuk.” Ketika dia (Ummu Salamah) dekat pintu, Husain bin Ali membuka pintu dan masuk ke ruangan. Kemudian nabi saw. mulai memeluk dan menciumnya. Malaikat bertanya “Apakah engkau mencintainya?” Dijawab, “Ya” Malaikat berkata: “Sesungguhnya umatmu akan membunuhnya. Jika engkau berkenan, aku akan menunjukkan tempat di mana mereka membunuhnya.” Nabi menjawab, “Ya.” Maka ia mengambil segenggam tanah dari tempat dia terbunuh dan menunjukkannya dalam bentuk sahlah atau tanah merah. Maka Ummu Salamah mengambil dan menyimpan di bajunya. Tsabit berkata, “Kami mengatakan ia berasal dari Karbala.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya 6/129 no. 3402, Ahmad no. 13563, Ibnu Hibban no. 6742, al-Baghawi dalam Mu’jam Sahabah no. 411, daripada Anas ra.

 

Hussain Salim Asad menilai hadith ini hasan.

 

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini hasan dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dengan pengumpulan semua jalan riwayatnya dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1171.

 

 

2.

 

 

أنَّها دخلَتْ على رَسولِ اللهِ ﷺ فقالَتْ: يا رَسولَ اللهِ، إنِّي رأيْتُ حُلمًا مُنكَرًا اللَّيلةَ، قالَ: «وما هو؟» قالَتْ: إنَّه شَديدٌ، قالَ: «وما هو؟» قالَتْ: رأيْتُ كأنَّ قِطْعةً من جسَدِكَ قُطِعَتْ ووُضِعَتْ في حِجْري، فقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: «رأيْتِ خَيرًا، تلِدُ فاطِمةُ إنْ شاءَ اللهُ غُلامًا، فيَكونُ في حِجرِكِ»، فولَدَتْ فاطِمةُ الحُسينَ، فكانَ في حِجْري كما قالَ رَسولُ اللهِ ﷺ، فدخَلْتُ يومًا إلى رَسولِ اللهِ ﷺ فوضَعْتُه في حِجْرِه، ثمَّ حانَتْ منِّي الْتِفاتةٌ، فإذا عَيْنا رَسولِ اللهِ ﷺ تُهْريقانِ الدُّموعَ، قالَتْ: فقلْتُ: يا نَبيَّ اللهِ، بأبي أنتَ وأمِّي ما لكَ؟ قالَ: «أتاني جِبْريلُ عليه السَّلامُ، فأخْبَرَني أنَّ أُمَّتي ستَقتُلُ ابْني هذا»، فقلْتُ: هذا؟ فقالَ: «نعمْ، وأتاني بتُربةٍ من تُربتِه حَمْراءَ

 

Dari Ummul Fadhl binti Al-Harits Dia menemui Rasullah saw. dan berkata, “Wahai rasulullah, tadi malam saya mendapat mimpi yang kurang jelas.” Nabi berkata, “Apa itu?” Dia berkata, “Sangat sedih”. Nabi berkata “Apa itu?” Dia berkata: “Saya melihat seolah-olah bahagian dari tubuhmu terpotong dan diletakkan didadaku.” Nabi berkata “Engkau melihat hal baik. Insya Allah Fatimah akan melahirkan bayi laki-laki dan diletakkan di dadamu.” Maka Fatimah melahirkan Husain dan dia ada di dadaku seperti yang pernah Rasulullah katakan kepadaku. Maka suatu hari aku menemui Rasulullah dan meletakkan Husain di dadanya. Kemudian nabi memalingkan wajahnya ke samping dan saya melihat air mata nabi berlinang. Saya bertanya, “Wahai nabi Allah, demi ayah dan ibuku, apa yang terjadi?” Beliau saw. berkata, “Jibril mendatangiku dan mengabarkan bahawa umatku akan membunuh puteraku ini—yakni Husain—dan membawakanku sedikit tanah merah.”

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 4886, daripada Ummu Fadhl binti Harits ra.

 

Al-Hakim menilai hadith ini sahih berdasarkan syarat sahihain, tetapi az-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dengan syawahid dalam Silsilah Hadith Sahih no. 821.

 

3.

 

حدَّثني عبدُ اللهِ بنُ سعيدٍ، عن أبيهِ، عن عائشةَ، أو أمِّ سلَمةَ -قال وَكيعٌ: شكَّ هو؛ يَعني عبدَ اللهِ بنَ سعيدٍ- أنَّ النَّبيَّ ﷺ قالَ لإحداهُما: لقد دَخَلَ علَيَّ البيتَ ملَكٌ لم يَدخُلْ علَيَّ قبْلَها، فقال لي: إنَّ ابنَكَ هذا حُسيْنٌ مقتولٌ، وإن شِئتَ أَريتُكَ مِن تُربةِ الأرضِ التي يُقتَلُ بها. قال: فأَخرَجَ تُربةً حَمراءَ

 

Waki' menceritakan kepada kami, dia berkata: Abdullah bin Sa'id menceritakan kepadaku dari ayahnya, dari Aisyah atau Ummu Salamah -Waki' berkata: Dia ragu-ragu (yakni Abdullah bin Sa'id), bahawa Nabi SAW bersabda kepada salah seorang dari keduanya, "Tadi seorang

malaikat masuk rumah untuk menemuiku, padahal sebelumnya dia tidak pernah masuk lalu dia berkata kepadaku, 'Sesungguhnya cucumu (Husain) akan terbunuh, lalu engkau mahu akan ku perlihatkan kepadamu tanah tempat dia dibunuh' Perawi berkata, “Lalu malaikat tersebut mengeluarkan tanah berwarna merah”.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 26524, Fadhail as-Sahabah no. 1357, At-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 3/106, 108, daripada Ummu Salamah ra.

 

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini hasan dengan pengumpulan semua jalan riwayat.

 

 

4.

 

عن عبد الله بن نجي عن أبيه أنه سار مع علي وكان صاحب مطهرته فلما حاذى نينوى وهو منطلق إلى صفين فنادى علي : إصبر أبا عبد الله إصبر أبا عبد الله بشط الفرات قلت : وماذا يا أبا عبد الله ؟ قال : دخلت على النبي صلى الله عليه و سلم ذات يوم وعيناه تفيضان قال : قلت : يا نبي الله : أغضبك أحد ؟ ما شأن عينيك تفيضان ؟ قال : بل قام جبريل قبل فحدثني أن الحسين يقتل بشط الفرات  فقال : هل لك أن أشمك من تربته ؟ قال قلت : نعم قال : فمد يده فقبض قبضة من تراب فأعطانيها فلم أملك عيني أن فاضتا

 

Dari Abdullah bin Naji dari ayahnya, dia bepergian bersama Ali. Mereka tiba di Nainawa, dan dia hendak menuju Shiffin [untuk perang melawan Muawiyah]. Maka Ali berseru: “Bersabarlah, wahai Abu Abdillah! Bersabarlah Abu Abdillah di tepi sungai Eufrat!” Saya berkata, “Apa maksud ‘Wahai Abu Abdillah’?” Dia (Ali) berkata, “Suatu hari saya menemui nabi dan matanya tak henti-henti menangis (tafîdhân).” Dia (Ali) berkata, “Wahai nabi Allah, apakah seseorang membuatmu marah? Apa yang membuat matamu terus-menerus menangis?” Jawabnya, “Tidak. Jibril baru saja pergi. Dia memberitahuku bahawa Husain akan dibunuh di tepi sungai Eufrat.” Jibril berkata, “Maukah engkau mencium bagian dari tanah tersebut?” Nabi Menjawab: “Ya.” Maka ia melebarkan tangannya yang penuh dengan tanah dan aku mengambilnya. Kemudian aku tidak mampu menahan mata ini untuk menangis.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 648, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 884 dan Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 363 daripada Ali ra.

 

Sanadnya sahih menurut pentahqiq Musnad Abu Ya’la Husain Salim Asad 1/298 no. 363.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Arnauth.

 

Sanadnya dhaif, tetapi mempunyai syawahid menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadiith Sahih 3/159

Hadith meminta tolong kepada makhluk

 

 

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

 

إنَّ للهِ ملائكةً في الأرضِ سِوى الحَفَظةِ يكتُبون ما يسقُطُ مِن وَرِقِ الشَّجَرِ فإذا أصاب أحدُكم عَرْجةً بأرضٍ فَلاةٍ فليُنادِ أعينوا عبادَ اللهِ

 

Sesungguhnya Allah memiliki malaikat di bumi selain Hafadzah yang menulis daun-daun yang jatuh dari pohonnya. Jika kalian ditimpa kesulitan di suatu daerah (bumi) yang tidak ada seseorang yang kau kenal,  maka hendaklah mengatakan: Tolonglah aku, wahai para hamba Allah

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 4922, daripada Ibnu Abbas ra

 

Al-Bazzar sendiri mengisyaratkan kelemahan hadith ini kerana gharibnya sanad tersebut.

 

al-Haithami mengatakan: Perawi-perawinya terpercaya (Majma Zawaid 10/1350)

 

Hadith ini dinilai gharib jiddan akan tetapi sanadnya hasan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 5/151.

 

Hadith ini jika sahih sekalipun, ia cuma perkataan Ibnu Abbas sahaja bukan Nabi saw, sepertimana diterangkan oleh al-Baihaqi dalam al-Adab hal. 269 dan yang dirajihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif  2/112.

 

 

2.

 

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عُمَرَ بْنِ شَقِيقٍ ، حَدَّثَنَا مَعْرُوفُ بْنُ حَسَّانَ ، عَنْ سَعِيدٍ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا انْفَلَتَتْ دَابَّةُ أَحَدِكُمْ بِأَرْضٍ فَلاةٍ فَلْيُنَادِ : يَا عِبَادَ اللَّهِ احْبِسُوا ! يَا عَبَّادَ اللَّهِ احْبِسُوا ! فَإِنَّ لِلَّهِ حَاضِرًا فِي الأَرْضِ سَيَحْبِسُهُ ” .

 

Telah berkata kepada kami Hasan bin Umar bin Syaqiq, berkata kepada kami Ma’ruf bin Hasan, dari Sa’id, dari Qatadah, dari Ibnu Buraidah, dari Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila terlepas binatangnya salah seorang di antara kalian di tanah lapang, maka hendaknya dia menyeru : “Wahai hamba-hamba Allah tahanlah, wahai hamba-hamba Allah tahanlah” kerana sesungguhnya Allah memiliki hamba yang akan hadir yang akan menahannya.

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 5269, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 10/10518 dan Ibnu As-Sunni hadith marfu’, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa-al-Lailah no. 508, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Sanadnya didhaifkan oleh Al-Bushiri dalam Itahaf al-Khiyarah 6/123.

Dhaif juga menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/132 Ibnu Hajar dalam Syarah al-Azdkar 5/150 dan as-Sakhawi dalam al-Ibtihaj bi Adzkar al-Musafir wal Haaj hal. 39.

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhifah no. 655

 
3. 


إذَا أَضَلَّ أَحَدُكُمْ شَيْئًا ، أَوْ أَرَادَ أَحَدُكُمْ عَوْنًا ، وَهُوَ بِأَرْضٍ لَيْسَ بِهَا أَنِيسٌ ، فَلْيَقُلْ : يَا عِبَادَ اللَّهِ أَغِيثُونِي ، يَا عِبَادَ اللَّهِ أَغِيثُونِي ، فَإِنَّ لِلَّهِ عِبَادًا لا نَرَاهُمْ


Jika salah seorang di antara kalian kehilangan sesuatu, atau salah seorang di antara kalian memerlukan pertolongan, sedangkan ia berada di suatu tempat yang tidak ada penduduknya, maka hendaklah ia mengucapkan, 'Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku, wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku,' kerana sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang tidak kita lihat


Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 17/117, daripada ‘Utbah ibn Ghazwan ra. 


Hadith dhaif, kerana terdapat beberapa kelemahan antaranya kelemahan perawi bernama ‘Abd ar-Rahmaan ibn Shuraik ibn ‘Abdullah an-Nakha‘i al-Kufi,dia dilemahkan oleh Abu Hatim dan al-Hafiz (Jarh wa Ta'adil 5/224,Tahzibut Tahdzib 6/176); Syuraik pula menurut Ibnu Hajar shaduq akan tetapi dia berbuat salah dan ingatannya terjejas selepas dilantik menjadi qadhi di Kufah (Taqribut Tahdzib hal. 266); dan terputus sanad: Zaid bin Ali al-Hussain tidak bertemu dengan 'Utbah atau mendengar dari beliau, tempoh waktu antara kematian 'Utbah dan kelahiran Zaid adalah 60 tahun (Tahzibut Tahdzib 2/249, 4/64). Hal ini juga disebutkan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/93

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 383.



Atsar Imam Ahmad rah

حججت خمس حجج منها ثنتين [راكبا] وثلاثة ماشيا، أو ثنتين ماشيا وثلاثة راكبا، فضللت الطريق في حجة وكنت ماشيا، فجعلت أقول: (يا عباد الله دلونا على الطريق!) فلم أزل أقول ذلك حتى وقعت على الطريق.


Aku mengerjakan haji sebanyak lima kali, dua kali dengan menunggang dan tiga kali dengan berjalan kaki – atau dua kali berjalan kaki dan tiga kali dengan menunggang – lalu aku tersesat dalam satu kali yang aku pergi dengan berjalan kaki. Aku pun berkata, ‘wahai hamba-hamba Allah, tunjuklah jalan kepada kami.’ Aku tidak henti-henti mengucapkannya sehingga aku berada di atas jalan (yang sebenar).’ 


Takhrij

AR. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Masail Imam Ahmad hal. 245; Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 5/298, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7697

Para perawinya tsiqah


Konteks hadith


Meminta sesuatu pertolongan akan hal-hal yang mutlak milik Allah dan Dia saja yang berkuasa untuk mengurniakanNya, maka wajib minta kepada Allah, seperti mintak turun hujan, panjangkan nyawa, kurniakan rezeki dll. Jika perkara-perkara seperti ini diminta kepada makhluk, maka ia sebuah kesyirikan.


Manakala bagi meminta pertolongan atas perkara perkara yang manusia/makhluk, tidak menjadi masalah untuk memohon bantuan dari mereka dengan syarat:


-dia masih hidup

-bantuan yang diminta itu, mestilah dia juga mampu melakukannya (Majmu Fatawa 1/370).


Syaikh Al Albani membahas hadith ini secara terperinci dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 656, beliau rahimahullah berkata:


Selain kerana hadith ini dhaif, tidak ada dalam nas yang menunjukkan bolehnya meminta pertolongan kepada orang yang sudah meninggal, seperti para wali dan orang-orang soleh, kerana jelas sekali bahawa yang dimaksudkan dengan hamba-hamba Allah di sini adalah selain manusia.


Hal ini berdasarkan pada kenyataan bahawa dalam hadith-hadith di atas,  beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki (malaikat) di muka bumi yang akan mengembalikannya kepada kalian," dan dalam hadith ini beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang tidak dapat kita lihat."


Penjelasan ini hanya berlaku untuk para malaikat atau jin, kerana mereka adalah makhluk yang tidak biasa kita lihat. ... Oleh kerana itu, tidak boleh memasukkan ke dalam golongan jin dan manusia yang mereka sebut sebagai "ahli ghaib", seperti para auliya' dan orang-orang soleh, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Memohon pertolongan kepada mereka dan meminta bantuan mereka adalah kesyirikan yang terang-terangan, kerana mereka tidak mampu mendengar doa, dan kalaupun mereka mampu mendengarnya, mereka tidak akan dapat menjawab dan mengabulkannya.


Hal ini telah disebutkan dengan jelas dalam banyak ayat, di antaranya firman Allah swt: yang ertinya:


Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui (QS. Fatir: 13-14).



Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 132642, 181206

Hadith kelebihan mencintai alim dan ulama

 

 

1.

 

إن من الناس أناسا يدخلون الجنة مجانا. قالوا: يا رسول الله، من هم؟ قال: من كان في قلبه من حب العلماء مثقال ذرة. وإن من الناس أناسا يدخلون النار مجانا. قالوا: يا رسول الله! من هم؟ قال: من كان في قلبه من بغض العلماء مثقال ذرة.

 

"Sesungguhnya ada di antara manusia orang orang yang masuk syurga dengan percuma." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" Baginda bersabda: "Mereka yang di dalam hatinya terdapat rasa kecintaan kepada para Ulama seberat timbangan sebutir debu. Dan sesungguhnya di antara manusia ada orang orang yang masuk Neraka dengan percuma." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" Baginda bersabda: "Mereka yang terdapat di dalam hatinya rasa benci seberat sebutir debu kepada para Ulama

 

 

Takhrij

 

HN. Syeikh Zainal Abidin al-Fathani dalam Aqidah al-Najin (t) hal. 224, Syeikh Muhammad Daud Fathani dalam Mathla' al-Badrain hal. 4, Pustaka Nasional, tanpa sanad.

 

 

2.

 

من أحب العلماء لم يكتب عليه خطيئة أيام حياته

 

Barangsiapa mengasihi para Ulama tidak dituliskan kesalahannya selama tempoh hidupnya

 

Takhrij

 

HN. Syeikh Muhammad Daud Fathani dalam Mathla' al-Badrain hal. 4, Pustaka Nasional, tanpa sanad.

 

Juga terdapat hadith yang matannya hampir sama yang diriwayatkan oleh ad-Dailami dalam Musnad Firdaus  no. 5805 (dari  dalam Abu Hurairah ra), juga diriwayatkan oleh Muhammad bin Abdul Wahid al- Daqaq dalam  Mu’jam Masyaikh no. 7, (dari Anas ra).

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini tiada asal dalam al-'Ilal Mutanahiyah 1/107 no. 143.

 

Dimuatkan oleh Ibnu Iraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 1/318 no. 102

 

 

3.

 

من أعان عالما أو متعلما ولو بشرية ما ، فكأنما بنى الكعبة سبعين مرة

 

Barangsiapa menolong seorang alim atau seorang yang belajar ilmu walaupun dengan seteguk air maka sesungguhnya ia seolah-olah membina Kaabah sebanyak tujuh puluh kali.

 

Takhrij

 

HN. Syeikh Zainal Abidin al-Fathani dalam Aqidah al-Najin (t) hal. 224, Syeikh Muhammad Daud Fathani dalam Mathla' al-Badrain hal. 4 Pustaka Nasional, tanpa sanad.

 

 

Rujukan

 

https://tinyurl.com/bdemfj5x

Atsar tanda kiamat: Hadith palsu bertebaran di jalan-jalan dan pasar-pasar

 

 

Abu al-‘Aliyah berkata:

 

أَبِي الْعَالِيَةِ قَال: لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمْشِي إِبْلِيسُ فِي الطُّرُقِ وَالأَسْوَاقِ فَيَقُولُ: حَدَّثني فُلانٌ عَنْ فُلانٍ عَنْ فُلانٍ عَنْ نَبِيِّ اللَّهِ بكذا وكذا

 

Tidak berlaku kiamat sehingga berjalan iblis di jalan-jalan dan pasar-pasar, ia berkata, berkata kepada ku fulan dari si fulan Rasulullah saw bersabda begini dan begitu

 

al-Kamil fi Dhuafa' 1/116

Hadith kelebihan batu akik

 

 

Matan hadith

 

تحتموا بالعقيق فإنه ينفي القر

 

Terjemahan

 

Kenakanlah cincin, sebab ia dapat menghilangkan kefakiran

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 13/351, daripada Anas ra.

 

Hadith palsu menurut az-Zahabi Mizanul I'tidal 1/530.

 

Al-‘Ajluni dalam Kasyf Al-Khafa’ 1/299-300, no. 958 mengatakan, “Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adi, dari Anas. Ibnu ‘Adi mengatakan, bahawa hadits tersebut batil. Di dalam perawinya terdapat Al-Husain bin Ibrahim yang tidak diketahui identitinya.

 

Makanya Ibnul Jauzi menghukuminya sebagai hadith palsu dan disepakati oleh As-Suyuthi.

 

Hadith palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 227

Hadith orang miskin masuk syurga lebih awal dari orang kaya

 

 

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma,

 

إِنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ يَسْبِقُونَ الأَغْنِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى الْجَنَّةِ بِأَرْبَعِينَ خَرِيفًا

 

Sesungguhnya kaum muhajirin yang miskin, mereka mendahului masuk syurga pada hari kiamat, 40 tahun sebelum orang kaya (HR. Ahmad no. 6735, Muslim no. 7654, dan Ibnu Hibban no. 678).

 

عن عبد الله بن عمر قال اشتكى فقراء المهاجرين إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ما فضل الله به عليهم أغنياءهم فقال يا معشر الفقراء ألا أبشركم أن فقراء المؤمنين يدخلون الجنة قبل أغنيائهم بنصف يوم خمس مائة عام

 

Dari Abdullah bin Umar RA, ia bercerita, orang-orang miskin dari kalangan muhajirin mengadu kepada Rasulullah atas kelebihan yang Allah anugerahkan kepada orang-orang beriman yang kaya. Rasulullah bersabda, ‘Wahai orang-orang miskin, mahukah kuberikan khabar gembira kepada kalian? Sungguh, Orang-orang beriman yang fakir kelak akan masuk syurga terlebih dahulu setengah hari yang setara 500 tahun lamanya daripada orang kaya,’” (HR. Ibnu Majah no. 4124, sanadnya dhaif).

 

 

Dalam hadith lain, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُسْلِمِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِنِصْفِ يَوْمٍ، وَهُوَ خَمْسُ مِائَةِ عَامٍ

 

Orang muslim yang miskin akan masuk syurga sebelum orang muslim yang kaya dengan selisih setengah hari, yang itu setara dengan 500 tahun.” (HR. Ahmad no. 8521, Tirmidzi no. 2528, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

 

Dan hadith-hadith ini tidaklah bertentangan. Al-Qurthubi memahaminya bahawa perbezaan ini kembali kepada perbezaan keadaan orang miskin dan orang kaya yang berkaitan. Jika persaingan itu terjadi antara sesama Muhajirin, beza jarak masuk syurga antara miskin dan kaya kira-kira 40 tahun. Sementara selain Muhajirin, setengah hari di waktu kiamat, sepadan dengan 500 tahun. (at-Tadzkirah hal. 548).

 

Berikut adalah penjelasan Imam An-Nawawi perihal kriteria orang miskin yang masuk syurga lebih dahulu daripada orang-orang kaya.

 

 هم المحتاجون الذين ليس لهم كفايتهم وليسوا مرتكبين كبيرة من المعاصي هذا ما ظهر لنا

 

 Mereka yang berhajat pada sesuatu namun tidak dapat memenuhi keperluannya dan mereka tidak mengerjakan salah satu dosa besar dari sekian banyak maksiat. Ini (sifat orang miskin yang dimaksudkan) yang jelas pada kami (Fatawa Imam An-Nawawi hal. 63, DKI).

 

Orang miskin yang dimaksudkan, adalah mereka yang tidak memiliki kapasiti untuk memenuhi keperluan hidupnya. Namun demikian, mereka juga bersabar dan tidak melakukan dosa besar atau maksiat-maksiat berat lainnya baik zahir mahupun batin.  

 

Jadi bukan semata-mata fakir dan miskin, tetapi mereka yang tidak pesimis dan putus asa serta tidak menghalalkan segala cara untuk mengatasi keterbatasannya. Di samping itu, mereka adalah orang yang menjaga keimanan dan martabatnya.

 

 

Dan tempoh hisab manusia di akhirat itu berkadaran dengan jumlah harta yang dia ada, kerana setiap inci yang dia ada pasti akan ditanya:

 

Perkara ini ada disebut oleh Abu Barzah Al-Aslamiy RA yang berkata, Baginda SAW bersabda:

 

لاَ تَزُوْلُ قَدَمَا العَبْدِ يَوْمَ القِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فيمَا عَمِلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جَسَدِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ

 

Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehigga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, tentang ilmunya, iaitu apa yang telah ia perbuat dan tentang hartanya, dari mana ia dapatkannya dan ke mana ia belanjakannya serta mengenai anggota badannya yang telah digunakan (HR. Tirmidzi no. 2417, sahih al-Albani)

 

 

Hasan al-Bashri rah mengatakan,

 

ما من أحد إلا ولله عليه تبعة في نعمه غير سليمان بن داود عليه السلام فإنه قال: (هذا عطاؤنا .. ) الآية

 

Setiap kekayaan manusia, Allah berhak untuk menghisab kenikmatan yang dia miliki, kecuali Sulaiman bin Daud ‘alaihis salam. Kerana Allah menegaskan, “Inilah anugerah Kami…” (sampai akhir ayat)..(Tafsir Qurthubi 15/204).

Hadith bunyi deruan air telaga Kautsar

 

Matan hadith

 

إن الله أعطاني نهرا يقال له الكوثر في الجنة لا يدخل أحد أصبعيه في أذنيه إلا سمع خرير ذلك النهر قالت فقلت يا رسول الله وكيف ذلك قال أدخلي أصبعيك في أذنيك وشدي والذي تسمعين منهما من خرير الكوثر

 

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Allah memberiku satu telaga yang bernama Kautsar di dalam syurga, tidak ada satu orang pun yang memasukkan dua jarinya ke dalam kedua telinganya, kecuali dia akan mendengar suara aliran telaga tersebut. Aisyah berkata : “Aku berkata : ‘Ya Rasulallah! Bagaimana caranya?” Nabi menjawab, masukkan kedua jarimu kedalam kedua telingamu kemudian sumbatlah, apa yang kamu dengar di dalam kedua telinga, itu dari suara aliran Kautsar

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Jarir at-Thabari dalam Tafsirnya 30/207, al-Baihaqi dalam al-Ba'th wan-Nushur no. 130,daripada Aisyah ra.

 

Hadith palsu menurut Syeikh Muhammad Amru Abdul Latif dalam al-Takmil no. 1.

 

Palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' 1/170.

 

Palsu menurut Syeikh al-Fathani dalam Tadzkiratul Maudhuat no. 166.

 

Dhaif munqhati' menurut as-Sakhawi dalam al-Maqasid Hasanah 1/89.

 

Al-Mar'ie al-Karami menilaian hadith ini tidak tsabit dalam al-Fawaid al-Maudhuat no. 134.

Hadith menyapu wajah selepas solat

 

 

Hadith pertama, dari Anas bin Malik, katanya:

 

كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم و الحزن

 

Adalah Rasulullah jika telah selesai solat, maka dia usapkan dahinya dengan tangan kanannya, kemudian berkata: “Aku bersaksi tiada Ilah kecuali Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ya Allah hilangkanlah dariku kegelisahan dan kesedihan.”

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 3178, ad-Dua no. 658, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa Lailah no. 112,  dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali 2/176, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 6/64

 

Hadith ini dhaif jiddan (sangat lemah), bahkan sebahagian ulama mengatakan maudhu’ (palsu).

 

Imam Ibnu Rajab Al Hambali berkata dalam Fathul Barinya:

 

وله طرق عن أنس ،كلها واهية

 

Hadith ni memiliki banyak jalan dari Anas bin  Malik, semuanya lemah (Fathul Bari, pembahasan hadith no. 836)

 

Sanad hadith ini adalah dari Salam Al Madaini, dari Zaid Al ‘Ami dari Mu’awiyah, dari Qurrah, dari Anas … (lalu disebutkan hadith di atas)

 

Cacatnya hadith ini lantaran Salam Al Madaini dan Zaid Al ‘Ami. Salam Al Madaini adalah orang yang dtuduh sebagai pendusta, sedangkan Zaid Al ‘Ami adalah perawi dhaif.

 

Ibnu Hajar menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Futuhat Rabbaniyah 3/57.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1058.

 

Sementara, Imam Al Haithami mengutip dari Al Bazzar, bahawa Salam Al Madaini adalah layyinul hadith (hadithnya lemah). (Majma’  Zawaid 10/47).

 

Al Haithami juga mengatakan bahawa Zaid Al ‘Ami adalah dhaif dalam Majma Zawaid 1/230.

 

Imam Al Baihaqi juga menyatakan bahawa Zaid Al ‘Ami adalah dhaif (Al ‘Allamah Ibnu At Turkumani dalam Al Jauhar 3/46) begitu pula kata Imam Al ‘Iraqi (Takhrijul Ihya’ 6/290).

 

Al ‘Allamah As Sakhawi mengatakan, lebih dari satu orang menilai bahawa Zaid Al ‘Ami adalah tsiqah, namun jumhur menilainya dhaif (Maqasid Al-Hasanah 4/486)

 

Dan yang menilainya tsiqah adalah Imam Ahmad (Majma Zawaid 2/400).

 

Sementara Imam An Nasa’i mengatakan Zaid Al ‘Ami sebagai laisa bil qawwi (bukan orang kuat hafalannya). (Nashbur Rayyah 7/185; Al Musnad Al Jami’, 14/132), begitu pula kata Imam Abu Zur’ah (Al Jarh wat Ta’dil, 3/561).

 

 

Hadith kedua, dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘Anhu katanya:

 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ، ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول : « بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم ، اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت ، أعوذ بك من شر ما اقترفت ، وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا ومن عذاب الآخرة »

 

Adalah Rasulullah Shallalllahu ‘Alaihi wa Sallam jika telah selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangan kanan, kemudian dilanjutkan ke wajah sampai janggutnya. Lalu bersabda: “Dengan nama Allah yang Tidak ada Ilah selain Dia, yang Maha Mengetahui yang Ghaib dan Yang Tampak, Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah hilangkanlah dariku kegelisahan, kesedihan, dan keresahan. Ya Allah dengan memujiMu aku beranjak dan dengan dosaku aku mengakuinya. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang telah aku akui, dan aku berlidung kepadaMu dari beratnya cubaan kehidupan dunia dan siksaan akhirat

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Nu’aim, dalam Akhbar Ashbahan no. 40446, at-Thabarani dalam ad-Dua no. 658.

 

Hadith ini dhaif. Kerana di dalam sanadnya terdapat Daud Al Mihbar, pengarang kitab Al ‘Aql.

 

Imam Al Bukhari berkata tentang dia: munkarul hadith.

 

Imam Ahmad mengatakan: Dia tidak diketahui apa itu hadith.  (At Tarikh Al Kabir no. 837; Adh Dhu’afa Ash Shaghir hal. 45;  ad-Dhu’afa al-Uqaili 2/35).

 

Al Hafiz Az Zarkili mengatakan majoriti ulama menilainya dhaif. (Khairuddin Az Zarkili  Al A’lam, 2/334).

 

Ali Madini mengatakan Daud ini: hadithnya telah hilang.

 

Abu Zur’ah dan lainnya mengatakan: dhaif (lemah).

 

Ad Daruquthni mengatakan: matruk (hadithnya ditinggalkan).

 

Abu Hatim mengatakan: hadithnya hilang dan tidak boleh dipercaya.

 

Ad Daruquthni mengatakan bahawa Daud Al Mihbar dalam kitab Al ‘Aql  telah memalsukan riwayat Maisarah bin Abdi Rabbih, lalu dia mencuri sanadnya dari Maisarah, dan membuat susunan sanad bukan dengan sanadnya Maisarah. Dia juga pernah mencuri sanad dari  Abdul Aziz bin Abi Raja’, dan Sulaiman bin ‘Isa Al Sajazi. (Mizan Al I’tidal 2/20 no. 2646).

 

Abu Hatim juga mengatakan: munkarul hadith. (Al Jarh wat Ta’dil 3/424 no. 1931)

 

Syeikh al-Albani dengan tegas mengatakan sanad hadith ini adalah maudhu’ (palsu) lantaran perilaku Daud yang suka memalsukan sanad ini. Beliau mengatakan Daud adalah orang yang dituduh sebagai pendusta. Sedangkan untuk Al Abbas bin Razin As Sulami, Syeikh al-Albani mengatakan: aku tidak mengenalnya.(Silsilah Hadith Dhaif no. 1059).

 

Walaupun hadith-hadith ini sangat lemah dan tidak boleh dijadikan dalil, namun telah terjadi perbezaan pendapat para ulama tentang mengusap wajah jika sekadar untuk membersihkan bekas-bekas sujud, seperti pasir, debu, tanah, dan lainnya.

 

Di antara mereka ada yang membolehkan, ada juga yang memakruhkan.

 

Ibnu Rajab mengatakan:

 

فأما مسح الوجه من أثر السجود بعد الصلاة ، فمفهوم ما روي عن ابن مسعودٍ وابن عباسٍ يدل على أنه غير مكروهٍ

وروى الميموني ، عن أحمد ، أنه كان اذا فرغ من صلاته مسح جبينه

 

Adapun mengusap wajah dari bekas sujud setelah solat selesai, maka boleh difahami dari apa yang diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas, yang menunjukkan bahawa hal itu tidak makruh. Al Maimuni meriwayatkan dari Imam Ahmad, bahawa dia mengusap dahinya jika selesai solat (Fathul Bari, pembahasan hadith no. 836)

 

Sebahagian ulama lain memakruhkannya, bahkan mengusap wajah merupakan penyebab hilangnya doa pengampunan dari malaikat.

 

Berikut penjelasan dari Imam Ibnu Rajab:

 

وكرهه طائفة ؛ لما فيه من إزالة أثر العبادة ، كما كرهوا التنشيف من الوضوء والسواك للصائم

وقال عبيد بن عميرٍ : لا تزال الملائكة تصلي على إلانسان ما دام أثر السجود في وجهه .

خَّرجه البيهقي بإسنادٍ صحيحٍ .

وحكى القاضي أبو يعلي روايةً عن أحمد ، أنه كان في وجهه شيء من أثر السجود فمسحه رجل ، فغضب ، وقال : قطعت استغفار الملائكة عني . وذكر إسنادها عنه ، وفيه رجل غير مسمىً .

وبوب النسائي ((باب : ترك مسح الجبهة بعد التسليم )) ، ثم خرج حديث أبي سعيد الخدري الذي خَّرجه البخاري هاهنا ، وفي آخره : قال ابو سعيدٍ : مطرنا ليلة أحدى وعشرين ، فوكف المسجد في مصلى النبي – صلى الله عليه وسلم – ، فنظرت إليه وقد انصرف من صلاة الصبح ، ووجهه مبتل طيناً وماءً .

 

Sekelompok ulama memakruhkannya, dengan alasan hal itu merupakan penghilangan atas bekas-bekas ibadah, sebagaimana mereka memakruhkan mengelap air wudhu (dibadan) dan bersiwak bagi yang berpuasa. Berkata ‘Ubaid bin ‘Amir: “Malaikat sentiasa berselawat atas manusia selama bekas sujudnya masih ada di wajahnya.” (Riwayat Al Baihaqi dengan sanad sahih)

 

Al Qadhi Abu Ya’la menceritakan sebuah riwayat dari Imam Ahmad, bahawa  ada bekas sujud di wajahnya lalu ada seorang laki-laki yang mengusapnya, maka beliau pun marah, dan berkata: “Kau telah memutuskan istighfarnya malaikat dariku.” Abu Ya’la menyebutkan sanadnya darinya, dan didalamnya terdapat seseorang perawi yang tanpa nama.

 

Imam An Nasaie membuat bab: Meninggalkan Mengusap Wajah Setelah Salam. Beliau mengeluarkan sebuah hadith dari Abu Said Al Khudri, yang telah dikeluarkan pula oleh Imam Bukhari di sini, dibagian akhirnya berbunyi: Berkata Abu Said: “Kami kehujanan pada malam ke 21 (bulan Ramadhan), lalu air di masjid mengalir ke tempat solat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka kami memandang kepadanya, beliau telah selesai dari solat subuh, dan wajahnya terlihat sisa tanah dan air.” (Fathul Bari Ibn Rajab hadith no. 836)

 

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...