Matan hadith
عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِي ﷺ قَالَ: هَلْ تَدْرِيْنَ مَا هَذِهِ اللَّيْلَة؟
قَالَتْ: مَا فِيْهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ فَقَالَ: فِيْهَا أَنْ يُكْتَبَ كُلُّ
مَوْلُوْدِ بَنِي آَدَمَ فِي هَذِهِ السَّنَةِ، وَفِيْهَا أَنْ يُكْتَبَ كُلُّ
هَالِكٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فِي هَذِهِ السَّنَةِ، وَفِيْهَا تُرْفَعُ
أَعْمَالُهُمْ، وَفِيْهَا تَنْزِلُ أَرْزَاقُهُمْ
Terjemahan
Dari Aisyah, dari Nabi Muhammad,
beliau bertanya: "Apakah kamu tahu ada apa dengan malam ini?"
Sayyidah Aisyah kembali bertanya: "Ada apa di dalamnya, wahai
Rasulullah?" Maka nabi menjawab: "Di dalamnya ditulis semua anak yang
dilahirkan dari keturunan Nabi Adam pada tahun ini.
Takhrij
HR. Baihaqi dalam al-Da’watul
Kabir 2/145, sanadnya dhaif menurut al-Baihaqi
Tidak ditemui sanadnya menurut
Syeikh al-Albani dan beliau cenderung hadith tersebut dhaif, dalam Takhrij Misykatul
Mashabih no. 1257.
Walaubagaimanapun terdapat
beberapa pandangan ulama terkemudian menggunakan ayat di bawah sebagai hujah:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا
كُنَّا مُنْذِرِينَ. فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
Demi Kitab (Al Quran) yang
menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi
dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala
urusan yang penuh hikmah (QS. Ad-Dukhan: 2-4).
Kebanyakan salaf mentafsirkan
malam yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah lailatulqadar, sedangkan
sebahagian lain (seperti Ikrimah [Tafsir Al-Qurtubi 16/126], berpendapat bahawa
malam yang dimaksudkan adalah Nisfu Syaaban,
juga dimasyhurkan oleh Sayyid Muhammad al-Maliki (Madza fi Sya'ban hal.
72-75)
Akan tetapi pandangan di atas
(malam Nisfu Syaaban) lebih awal telah dibantah oleh at-Thabari (Tafsir
Ath-Thabari 11/221) dan Ibnu Katsir.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Kathir
rahimahullah dalam Tafsirnya 7/246:
ومن قال : إنها ليلة النصف من شعبان -كما روي عن عكرمة-فقد أبعد النَّجْعَة
فإن نص القرآن أنها في رمضان
Kerana itu, siapa yang
mengatakan, yang dimaksudkan malam pada ayat di atas adalah malam nisfu syaban
(sebagaimana riwayat dari Ikrimah) maka itu pendapat yang terlalu jauh, kerana
nas Al-Quran dengan tegas bahawa malam itu terjadi di bulan ramadhan.
Hadith dhaif penetapan ajal:
Rasulullah sallallahu alaihi wa
sallam bersabda :
تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان ، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج
اسمه في الموتى
Ajal (umur) diputuskan dari
Syaaban ke Syaaban. Hingga seseorang (dikala) menikah dan mempunyai anak maka
namanya sudah keluar (dalam catatan) orang yang mati (HR. Ibnu Zanzawaih dan
Ad-Dailami sepertimana disebutkan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6607 dari Abu
Hurairah)
Hadith ini dilemahkan oleh as-
Syaukani dalam Fathul Qadir 4/801.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6607.
أخرج أبو يعلى عن عائشة أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصوم شعبان كله ،
فسألته ؟ قال : (إن الله يكتب فيه كل نفس ميتة تلك السنة ، فأحب أن يأتيني أجلي
وأنا صائم
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dari
Aisyah ra. sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa sallam sering berpuasa pada bulan Syaaban.
Maka saya bertanya kepadanya? (beliau) menjawab, "Sesungguhnya pada bulan
itu, Allah telah menetapkan jiwa yang mati pada tahun itu, dan aku ingin ketika
ajal menjemput, aku dalam keadaan berpuasa
(HR. Abu Ya’la dalam Al-Musnad 8/311).
-Dalam sanadnya terdapat Suwaid
bin Said Al-hadatsani, Muslim bin Khalid Az-Zinji dan Turaif, mereka itu
semuanya dilemahkan sebagaimana tercantum dalam kitab-kitab tarajim (biografi
para perawi hadith).
Ad-Dainuri meriwayatkan dalam
kitab Al-Mujalasah dari Rasyid bin Sa’ad sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa
sallam bersabda:
في ليلة النصف من شعبان يوحي الله إلى ملك الموت بقبض كل نفس يريد قبضها في
تلك السنة
Pada malam pertengahan Syaaban,
Allah memberikan wahyu kepada malaikat maut untuk mencabut setiap jiwa yang
ingin dicabutnya pada tahun itu (Al-Mujalasah wa Jawahirul Ilmi, hal. 206).
-Hadithnya mursal. Syeikh
al-Albani mendhaifkannya dalam kitab Dhaif Jami' no. 4019.
أخرج ابن جرير والبيهقي في " شعب الإيمان " عن الزهري ، عن عثمان
بن محمد بن المغيرة بن الأخنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (تقطع
الآجال من شعبان إلى شعبان ، حتى إن الرجل ينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى)
Ibnu Jarir dan Baihaqi
meriwayatkan dalam Syuabul Iman dari Az-Zuhri dari Utsman bin Muhammad bin Mughirah bin Al-Akhnas, dia
berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Ajal (umur)
diputuskan dari Syaaban ke Syaaban. Hingga sampai seseorang (dikala) menikah
dan mempunyai anak maka namanya sudah keluar (tercatat dalam catatan) orang
yang mati (Hadith munkar, Silsilah Hadith Dhaif no. 6607)
أخرج ابن أبي شيبة عن عطاء بن يسار قال : لم يكن رسول الله صلى الله عليه
وسلم في شهر أكثر صياما منه في شعبان ، وذلك أنه ينسخ فيه آجال من ينسخ في السنة
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya
dari Atha bin Yasar, dia berkata, pada malam pertengahan Syaaban diberikan
kepada malaikat maut catatan, lalu dikatakan (kepadanya), cabutlah (nyawa)
orang yang ada di catatan ini. Sesungguhnya seorang hamba menghamparkan tikar,
menikahi wanita dan membangun bangunan, namun namanya sudah tercantum di antara
orang yang mati.
-Ini sekedar ucapan Atha, dan
tidak menyebutkan sanadnya (silsilah para perawi).
أخرج الخطيب وابن النجار عن عائشة رضي الله عنها قالت : (كان رسول الله صلى
الله عليه وسلم يصوم شعبان كله حتى يصله برمضان ، ولم يكن يصوم شهرا تاما إلا
شعبان ، فقلت : يا رسول الله ! إن شعبان لَمِن أحب الشهور إليك أن تصومه ؟ فقال :
" نعم يا عائشة ! إنه ليس نفس تموت في سنة إلا كتب أجلها في شعبان ، فأحب أن
يكتب أجلي وأنا في عبادة ربي وعمل صالح)
Diriwayatkan oleh Al-Khatib dan
Ibnu Najjar dari Aisyah radhiallahu anha, dia berkata, "Rasulullah
sallallahu’alaihi wa sallam sering berpuasa pada bulan Syaaban bahkan beliau
melanjutkannya hingga di bulan Ramadhan.
Beliau tidak pernah melakukan puasa sebulan penuh kecuali di bulan Syaaban. Aku
bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah Syaaban apakah bulan Syaaban merupkan bulan
yang paling engkau cintai untuk berpuasa? Beliau menjawab: “Ya,
wahai Aisyah! Sesungguhnya tidaklah jiwa akan meninggal dunia dalam setahun
kecuali telah ditulis di bulan Syaaban. Maka aku senang ajalku dicatat dalam keadaan aku beribadah
kepada Tuhanku dan beramal saleh.
ولفظ ابن النجار : (يا عائشة ! إنه يكتب فيه ملك الموت من يقبض ، فأحب أن
لا ينسخ اسمي إلا وأنا صائم)
Dalam redaksi Ibnu Najjar
(Rasulullah bersabda), "Wahai Aisyah ! Sesungguhnya (di bulan itu)
malaikat maut mencatat siapa yang akan dicabut (nyawanya). Dan aku senang
namaku dicatat dalam keadaan berpuasa (HR. Al-Khatib dalam kitab Tarikh Baghdad
4/436).
-Dalam sanad riwayat ini ada Abu
Bilal Al-Asy’ari yang dilemahkan oleh Daruquthni sebagaimana terdapat dalam kitab Mizanul I’tidal 4/507.
-Di dalamnya juga ada Ahmad bin
Muhammad bin Humaid Al-Magdhub, Abu Ja’far Al-Muqri’. Ad-Daruquthni berkomentar
(tentangnya), "Dia tidak kuat (hafalannya), sehingga (darjat) hadithnya
lemah sekali.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 113939,
11722
https://konsultasisyariah.com/5541-solat-nisfu-syaban.html
https://rumaysho.com/11158-malam-nisfu-syaban-dan-amalan-nisfu-syaban.html
https://islam.nu.or.id/ubudiyah/apakah-takdir-seseorang-dicatat-pada-nisfu-syaban-IaM4c
No comments:
Post a Comment