Tuesday 21 March 2023

Hadith-hadith keutamaan isteri yang taat pada suami

 

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan:

 

فَإنَّ كُلَّ طَاعَةٍ كَانَتْ لِلْوَالِدَيْنِ انْتَقَلَتْ إِلَى الزَّوْجِ

 

(Ketika sudah menikah) semua ketaatan yang diberikan kepada kedua orang tua, telah berpindah kepada suaminya (Majmu’ al-Fatawa 32/261)

 

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

1.

 

أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ

 

Wanita mana saja yang meninggal dunia lantas suaminya redha padanya, maka ia akan masuk syurga (HR. Tirmidzi no. 1161 dan Ibnu Majah no. 1854, hadith hasan).

 

Yang dimaksudkan dengan hadith di atas adalah jika seorang wanita beriman itu meninggal dunia lantas ia benar-benar memperhatikan kewajipan terhadap suaminya sampai suami tersebut redha dengannya, maka ia dijamin masuk syurga. Boleh juga makna hadith tersebut adalah adanya pengampunan dosa atau Allah meredhainya. (Nuzhatul Muttaqin hal. 149).

 

 

2.

 

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

 

Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, Masuklah dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka (HR. Ahmad 1/191 dan Ibnu Hibban 9/471, sahih).

 

 

3. Dari Abu Hurairah ra,

 

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

 

Pernah ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci (HR. An-Nasaie no. 3231 dan Ahmad 2/251, hasan sahih).

 

4. Keutamaan isteri menyenangkan suami walaupun sekadar menunjukkan muka yang berseri

 

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

 

Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya (HR. Abu Daud no. 1664, sahih)

 

5.

 

وَنِسَاؤُكُمْ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ: اَلْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا؛ اَلَّتِي إِذَا غَضِبَ جَائَتْ حَتَّى تَضَعَ يَدَهَا فِيْ يَدِ زَوْجِهَا وَتَقُوْلُ: لاَ أَذُوْقُ غَمْضًا حَتَّى تَرْضَى

 

Wanita-wanita kalian yang menjadi penghuni Syurga adalah yang penuh kasih sayang, banyak anak, dan banyak kembali (setia) kepada suaminya yang apabila suaminya marah, ia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata, ‘Aku tidak dapat tidur nyenyak hingga engkau redha (HR. ath-Thabarani dalam Mu’jamul Kabir no. 307 dan Mu’jamul Ausath no. 5644, hasan)

 

 

فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ

 

Perhatikanlah bagaimana hubunganmu dengannya kerana suamimu (merupakan) Syurgamu dan Nerakamu (HR. Ibnu Abi Syaibah no. 17293, sahih).

 

 

6.

 

 

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِىءَ (فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا) لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

 

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur (untuk jima’/bersetubuh) dan si isteri menolaknya [sehingga (membuat) suaminya murka], maka si isteri akan dilaknat oleh Malaikat hingga (waktu) Subuh (HR.Bukhari no. 3237 dan Muslim no. 1436)

 

 

7.

 

 

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ رَبِّّهَا حَتَّى تُؤَدِّى حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى قَتَبٍ لَمْ تَمْنَعْهُ

 

Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan boleh menunaikan hak Allah sebelum ia menunaikan hak suaminya. Andaikan suami meminta dirinya padahal ia sedang berada di atas belakang (pelana) unta, maka ia (isteri) tetap tidak boleh menolak (HR. Ibnu Majah no. 1853, Ahmad 4/381, Ibnu Hibban no. 1290).

 

Dalam Islam, seorang isteri dilarang berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya, apabila suami berada di rumahnya (tidak musafir).

 

Berdasarkan hadith Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

 

لاَ تَصُمِ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، وَلاَ تَأْذَنْ فِيْ بَيْتِهِ وَهُوَ شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، وَمَا أَنْفَقَتْ مِنْ كَسْبِهِ مِنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّ نِصْفَ أَجْرِهِ لَهُ.

 

Tidak boleh seorang wanita puasa (sunat) sedangkan suaminya ada (tidak musafir) kecuali dengan izinnya. Tidak boleh ia mengizinkan seseorang memasuki rumahnya kecuali dengan izinnya dan apabila ia menginfakkan harta dari usaha suaminya tanpa perintahnya, maka separuh ganjarannya adalah untuk suaminya (HR. Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

 

 

Dalam hadith ini terdapat tiga faedah:

 

-Dilarang puasa sunat kecuali dengan izin suami.

 

-Tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumah, kecuali dengan izin suami.

 

-Apabila seorang isteri infaq/sedekah hendaknya dengan izin suami.

 

Para fuqaha telah sepakat bahawa seorang wanita tidak diperkenankan untuk melaksanakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah 28/99).

 

Imam Nawawi menerangkan:-

 

Larangan pada hadith di atas dimaksudkan untuk puasa tathawwu’ dan puasa sunnah yang tidak ditentukan waktunya. Menurut ulama Syafi’iyah, larangan yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah larangan haram (Syarah Sahih Muslim 7/115)

 

Imam an-Nawawi berkata:

 

Hal ini kerana suami mempunyai hak untuk “bersenang-senang” dengan isterinya setiap hari. Hak suami ini sekaligus merupakan kewajipan seorang isteri untuk melayani suaminya setiap saat. Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan dengan alasan melaksanakan amalan sunnah atau amalan wajib yang dapat ditunda pelaksanaannya (Syarah Sahih Muslim 7/115).

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullaah mengatakan:-

 

Dalam hadith ini terdapat petunjuk bahawa hak suami lebih utama dari amalan sunnah, kerana hak suami merupakan kewajipan bagi isteri. Melaksanakan kewajipan harus didahulukan daripada melaksanakan amalan sunnah (Fathul Bari 9/296).

 

 

8.

 

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ

 

Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud pada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajipan isteri (HR. Abu Daud no. 2140, Tirmidzi no. 1159, Ibnu Majah no. 1852 dan Ahmad 4/381, sahih).

 

 

Walaubagaimanapun, ketaatan isteri pada suami itu bukanlah mutlak:-

 

Jika isteri diperintah suami untuk tidak bertudung, berdandan berlebihan di hadapan lelaki lain, meninggalkan solat lima waktu, atau bersetubuh di saat haid, atau perlanggaran syariat yang lainnya, maka perintah dalam maksiat semacam ini tidak boleh ditaati.

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ

 

Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat. Ketaatan itu hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan) (HR. Bukhari no. 7145 dan Muslim no. 1840)

 

 

Dan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memperingatkan,

 

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ

 

Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah (HR. Ahmad 1/131, sanadnya sahih).

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...