Tuesday 21 March 2023

Maksud hadith tidak minta diruqyahkan

 

Hadith yang dimaksudkan adalah adalah hadith sahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam Sahihnya no. 6472 dari Ibnu Abbas ra :

 

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتِي سَبْعُونَ ألْفًا بِغَيْرِ حِسابٍ، هُمُ الَّذِينَ لاَ يَسْتَرْقُونَ، ولاَ يَتَطَيَّرُونَ، وعَلى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

 

Di antara umatku ada 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab; mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah (jampi), tidak bertathayyur (menganggap sial), dan mereka bertawakkal hanya kepada Allah.”

 

Jika kita perhatikan dengan saksama, di dalam hadits disebutkan “لا يسترقون” yang ertinya tidak meminta diruqyah.

 

Di antara alasan yang disebutkan ulama kenapa meminta ruqyah boleh menghilangkan kesempatan untuk mendapatkan keutamaan masuk syurga tanpa hisab adalah,

 

a) Kerana meminta ruqyah menyebabkan kehinaan diri kerana meminta kepada orang lain, padahal ruqyah boleh saja  dilakukan oleh sendiri sendiri.

 

Jika seseorang memiliki hajat untuk meminta ruqyah maka ia masih berhak untuk mendapatkan keutamaan masuk syurga tanpa hisab.

 

Syaikh Abdul Aziz bin Baz rh berkata:

 

لا يسترقون يعني: ما يطلبون من يرقيهم، ولا يكتوون، وليس معناه تحريم هذا، لا بأس بالاسترقاء ولا بأس بالكي عند الحاجة إليهما، ولكن من صفاتهم ترك ذلك والاستغناء بالأسباب الأخرى، لا يطلبون من يرقيهم، ما يقول: يا فلان ارقني، ولكن إذا دعت الحاجة لا بأس، لا يخرجه ذلك إذا دعت الحاجة عن السبعين، ولهذا أمر النبي ﷺ عائشة أن تسترقي في بعض مرضها.

 

Tidak meminta ruqyah maksudnya tidak meminta pada orang lain agar ada yang meruqyah mereka dan tidak melakukan pengubatan dengan pengubatan kay (besi panas). Mereka mencukupkan diri dengan sebab kesembuhan yang lain dan tidak meminta ruqyah. Misalnya, seseorang berkata, “Wahai Fulan, ruqyahlah aku”. Hanya saja, jika ada hajat untuk meminta ruqyah, maka tidak mengapa untuk melakukannya dan hal itu tidak mengeluarkan pelakunya untuk mendapatkan keutamaan 70 ribu orang yang berhak masuk syurga tanpa hisab. Oleh kerana itu Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menyuruh ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha” meruqyah beliau saw. (Ad-Durar ats-Tsariyyah Min al-Fatawa al-Baziyah: 92).

 

Dari sini difahami bahawa maksud hadith tentang sifat-sifat mukmin yang masuk syurga tanpa hisab adalah orang-orang yang tidak meminta ruqyah atau doa pada orang lain, kecuali ada hajat yang sangat mendesak untuk meminta ruqyah. Mereka lebih menguatkan tawakalnya kepada Allah Azza wajalla.

 

b) Alasan lainnya adalah kerana ketika kita meminta orang lain meruqyah dan setelah ruqyah belum datang kesembuhan akan menyebabkan kita berburuk sangka dan menyalahkan kepada orang tersebut.

 

 

c) rukyah yang bertentangan syariat,  makruh/ mengandungi kesyirikan

 

Para ulama memahami hadith ruqyah itu dengan jenis ruqyah yang makruh. Dalilnya adalah Nabi Shallalllahu ‘alaihi wasallam menyebutkan ruqyah itu bersama dengan pengubatan kay dan thayarah sedang keduanya makruh. (Jami’ul Ulum Wal Hikam hal. 489-490)

 

Imam Nawawi menjelaskan:

 

المدح في ترك الرقى المراد بها الرقى التي هي من كلام الكفار، والرقى المجهولة، والتي بغير العربية، وما لا يعرف معناها، فهذه مذمومة لاحتمال أن معناها كفر، أو قريب منه، أو مكروه وأما الرقى بآيات القرآن وبالأذكار المعروفة فلا نهي فيه، بل هو سنة.

 

Pujian dalam meninggalkan ruqyah maksudnya adalah ruqyah yang berasal dari perkataan orang-orang kafir dan ruqyah (jampi-jampi) yang tidak dikenal (majhul) yang tidak berbahasa Arab serta tidak diketahui maknanya. Ruqyah seperti ini adalah tercela, kerana mengandungi kemungkinan memiliki erti yang kafir atau dekat dengan kekafiran. Setidak-tidaknya makruh. Adapun ruqyah dengan ayat-ayat al-Qur’an atau zikir-zikir yang dikenali, maka tidak terlarang, bahkan sunnah. (Syarah Sahih Muslim 14/341).

 

Imam Nawawi turut mengatakan :

 

والمختار الأول وقد نقلوا الإجماع على جواز الرقى بالآيات، وأذكار الله تعالى قال المازري: جميع الرقى جائزة إذا كانت بكتاب الله أو بذكره، ومنهي عنها إذا كانت باللغة العجمية، أو بما لا يدرى معناه، لجواز أن يكون فيه كفر

 

Pendapat yang terpilih adalah yang pertama. Para ulama bahkan ada yang menukilan adanya ijma (konsensus) atas bolehnya ruqyah dengan ayat- -ayat al-Qur’an dan zikir-zikir kepada Allah Ta’ala. Al-Maziri berkata : seluruh ruqyah diperbolehkan apabila menggunakan kitabullah atau zikir.  Dan ruqyah akan terlarang apabila menggunakan bahasa selain Arab atau yang tidak difahami maknanya, kerana adanya kemungkinan terkandung kekufuran di dalamnya (Syarah Sahih Muslim 14/169).

 

d) ruqyah mampu mengurangkan rasa tawakal

 

Imam an-Nawawi menjelaskan lagi  bahawa hadith itu menunjukkan keutamaan (AFDHALIYAH) saja, beliau berkata :

 

إن المدح في ترك الرقى للأفضلية، وبيان التوكل والذي فعل الرقى، وأذن فيها لبيان الجواز مع أن تركها أفضل، وبهذا قال ابن عبد البر

 

Sesungguhnya pujian utk meninggalkan ruqyah adalah untuk afdhaliyah semata, dan menerangkan rasa tawakal (yang kurang) bagi orang yang melakukan ruqyah. Dizinkan utk melakukannya sebagai keterangan akan bolehnya hal ini walaupun meninggalkannya adalah lebih afdhal. Demikian ini pendapat Ibnu Abdil Barr. (Syarah Sahih Muslim 14/169).

 

Dia akan bergantung kepada peruqyah. Ia merasa apabila tidak diruqyah oleh ustaz fulan, maka tidak sembuh, padahal hakikat ruqyah adalah doa, seharusnya ia lebih berhak untuk berdoa kepada Allah.

 

Syaikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh menjelaskan,

 

لأن الطالب للرقية يكون في قلبه ميل للراقي ، حتى يرفع ما به من جهة السبب . وهذا النفي الوارد في قوله : « لا يسترقون » ؛ لأن الناس في شأن الرقية تتعلق قلوبهم بها جدا أكثر من تعلقهم بالطب ونحوه

 

Kerana meminta ruqyah akan menyebabkan hati cenderung (ketergantungan hati) kepada peruqyah, sampai ia boleh menyangka peruqyah adalah penyebab kesembuhan. Inilah maksud menafikan dalam hadith “tidak minta diruqyah”, kerana manusia terkait ruqyah boleh jadi hari mereka lebih bergantung pada mereka pada ruqyah daripada pengubatan perubatan atau sejenisnya,” (At-Tamhid hal. 33, Darut Tauhid)

 

 

Yang lebih berhati-hati

 

Fatwa dari Al-Lajnah Ad-Daimah juga menjelaskan bahawa meminta diruqyah hukumnya mubah.

 

طلب الدعاء وطلب الرقية مباحان ، وتركهما والاستغناء عن الناس وقيامه بهما لنفسه أحسن

 

Meminta didoakan dan meminta diruqyah keduanya hukumnya mubah. Meninggalkan keduanya dan tidak bergantung dengan manusia serta melakukannya sendiri lebih baik  (Fatwa Al-Lajnah 24/261).

 

Dari kedua pendapat ini, yang lebih menenangkan adalah kita berusaha semampu mungkin tidak meminta diruqyah oleh orang lain, tetapi kita hendaknya meruqyah diri sendiri dan langsung meminta kepada Allah di waktu dan tempat yang mustajab.

 

 

Rujukan

 

https://bimbinganislam.com/keutamaan-tidak-meminta-diruqyah/

 

https://wahdah.or.id/benarkah-seorang-yang-meruqyah-tidak-berhak-masuk-surga-tanpa-hisab-dan-tanpa-azab/

 

https://abusalma.net/2016/03/06/larangan-meminta-diruqyah.html

 

https://muslim.or.id/42525-minta-diruqyah-dan-masuk-surga-tanpa-hisab.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...