Tuesday 21 March 2023

Puisi pujian Hassan bin Tsabit kepada Rasulullah saw

 

 

وَأَحْسَنُ مِنْكَ لَمْ تَرَ قَطُّ عَيْنِى

وَأَجْمَلُ مِنكَ لَمْ تَلِدِ النِّسَآءُ

خُلِقْتَ مُبَرَّأً مِنْ كُلِّ عَيْبٍ

كَأَنَّكَ قَدْ خُلِقْتَ كَمَا تَشَآءُ

 

Tak pernah ada mata yang pernah melihat

 

Manusia setampan dirimu

 

Tak ada perempuan yang melahirkan

 

Manusia seelok rupamu

 

Engkau diciptakan bersih dari segala noda

 

Seakan-akan engkau menciptakan dirimu

 

Sebagaimana kehendakmu

 

 

Takhrij

 

Ianya tsabit kepada Hasan bin Tsabit tetapi tidak dapat ditentukan sahih atau tidak (Multaqa Ahlil Hadith 81/268)

 

Puisi tersebut disandarkan kepada Hassan bin Thabit, sepertimana terdapat dalam Diwan Hassan Bin Tsabit hal. 21 menurut semakan Dr. Khalid Arafat dalam Ziyadan min Ghair Makhtutath al-Diwan 1/441.

 

Puisi tersebut tidaklah mengandungi sesuatu yang tercela, dan tidak juga terdapat pujian yang melampau* di dalamnya.

 

Gambaran Rasulullah saw dengan rupa paras yang baik memang terdapat sandaran yang banyak di dalam hadith-hadith, dan sifat yang digambarkan juga tidak bersalahan begitu juga ketinggian akhlak dan ketika Nabi saw itu adalah perkara yang tidak diragui (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 265513).

 

*“Seakan-akan engkau menciptakan dirimu Sebagaimana kehendakmu”, ketika menjelaskan baris syair ini, Syeikh Abdur Rahman bin Nassir al-Barrak, beliau berkata itu adalah pernyataan hiperbola yang dapat diterima. Kerana dia menyebutkan makna dengan wajah perumpamaan, dan dia berkata: (Seakan-akan engkau); Dia tidak mengatakan: "Engkau menciptakan sebagaimana kehendakmu." Ini adalah pujian Allah atas Nabi-Nya, pujian Allah kepada orang-orang yang memuji baginda.

 

Walaubagaimanapun Syeikh Abdul Fattah Abu Guddah pula menilai syair ini tidak sahih kerana ketiadaan sanad yang dapat dipertanggungjawabkan baik dalam kitab-kitab hadith atau kitab sejarah yang muktabar. Ia dikuatkan lagi oleh penilaian tidak sahih oleh Syeikh Muḥammad ʿAwwamah kerana ayat pada rangkap kedua itu tidak benar dalam ilmu riwayat dan dirayah (Fatwa Soaljawab Islam Hanafi no. 117692).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 265513

 

Fatwa Soaljawab Islam Hanafi no. 117692

 

https://al-maktaba.org/book/31621/40270

 

https://sh-albarrak.com/article/19933

 

https://islamicportal.co.uk/authenticity-of-hassan-ibn-thabits-poem/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...