Matan hadith
قال صلى الله عليه وسلم: يكون منبرُ إبراهيم عليه السلام
عن يمين العرش، ومنبري عن يسار العرش، فقيل: يا رسولَ الله أنت أفضلُ من إبراهيم، واليمين
أفضلُ من اليسار فكيف جُعل إبراهيم عن يمين العرش وأنت عن يساره؟
فقال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: الطريق الى الجنة عن
يمين العرش، والطريق إلى النار عن يساره، فأكونُ على طريق النار أنظر مَن يُؤمرُ به
من أمتي فأشفعُ له، فبينما أنا على منبري أسمعُ رجلًا من أمتي ينادي: نقصتْ حسناتي
وزادتْ سيئاتي، فأقول للملائكة: ردُّوه، فيقولون: نحن ملائكة غلاظ شداد لا نعصي الله
ما أمرنا به ونفعل ما نؤمر به، فأنزل مِن على منبري وأسجد بين يدي الله تعالى سجدة
واحدة، فيأمر الله سبحانه وتعالى الملائكة يردونه لطاعتي، فأردُّه إلى الميزان، وأخرج
له بطاقة قدر الأنملة فيها صلاتُه عليَّ وأطرحُها في الميزان، فتزيد الحسناتُ وتنقص
السيئاتُ، فيتعلقُ بي ويقول: مَن أنت الذي خلَّصتني من هذا الأمر العظيم؟ فأقول: أو
ما تعرفني؟ أنا نبيُّك وشفيعُك محمد"
Terjemahan
Rasulullah Saw bersabda, "Ketahuilah
bahawa mimbarnya Nabi Ibrahim AS berada disebelah kanan Arasy dan mimbarku
disebelah kiri ArasyNya Allah Swt". Maka para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah, engkau lebih utama dari Nabi Ibrahim. Kenapa engkau
ditempatkan disebelah kiri Arasy, sedangkanNabi Ibrahim disebelah kanannya Arasy?".
Rasulullah menjawab, "Jalan ke Syurga berada disebelah kanan Arasy,
sedangkan jalan menuju Neraka disebelah kiri Arasy. Aku berada disebelah kiri,
supaya aku dapat melihat umatku yang akan dimasukkan ke Neraka dan kemudian aku
berikan syafaat kepadanya". Ketika aku berada dimimbarku, aku mendengar
jeritan umatku, berteriak-teriak seraya berkata, "Pahalaku sedikit dan
dosaku banyak!".Rasulullah Saw berkata kepada Malaikat,"Jangan
masukkan dia ke Neraka". Malaikat menjawab, "Aku adalah Malaikat yang
melaksanakan apa saja yg diperintahkan Allah Swt kepadaku". Maka
Rasulullah turun dari mimbarnya dan sujud sekali dihadapan Allah Swt. Kemudian
Allah Swt memerintahkan kepada Malaikat untuk tidak memasukkan orang tersebut
ke Neraka kerana sujudku"."Aku perintahkan kepada Malaikat untuk
menimbang kembali amalnya serta aku berikan kepadanya pahala selawat atasku yg
sedikit pada timbangannya. Maka bertambahlah pahalanya dan berkuranglah
dosanya. Kemudian orang itu memegangku erat-erat sambil berkata, "Siapakah
engkau yang telah menolongku dari siksa yang dahsyat?". Maka Rasulullah
Saw bertanya, "Apakah engkau tidak mengenalku? Ketahuilah bahawa aku ini
Nabimu dan penolongmu.
Takhrij
Hadith ditemukan dalam kitab al-Majmu’ah
al-Mubarakah fi Salawat al-Ma’surat wal A’amal Mabrurah karya Abduh Muhammad
Baba hal. 34-35, tidak sahih menurut Majles al-Alukah pos no. 147200. Dan kitab
ini telah diperingatkan oleh para ulama antaranya Ibn Baz dan Syeikhul Azhar
Muhammad Rashid Ridha supaya dijauhi daripada membacanya, kerana mengandungi
hadith-hadith palsu yang didustakan ke atas nama Nabi saw (Fatwa Syabakah
Islamiyah no. 158113).
Sebahagian matannya di akhir
hadith tersebut pula merupakan hikayat nukilan Syekh Ustman Al-Khubawy dalam
Durratun Nasihin hal. 196 cetakan Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut Lubnan.
Ulasan pentahqiq: tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia cumalah
sebuah kisah/hikayat.
Matan hadith
إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي
منبر أمام العرش ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل
وحبيب.
Terjemahan
Pada hari kiamat kelak, sebuah
mimbar akan didirikan di hadapan ‘Arasy untuk Nabi Ibrahim, sebuah lagi untukku
di hadapan ‘Arasy, dan sebuah kerusi diletakkan untuk Abu Bakar. Lalu beliau
duduk di atas kerusi tersebut, kemudian ada satu suara menyeru: Wahai
al-Siddiq, yang berada antara al-Khalil dan al-Habib (kekasih).
Takhrij
HR. al-Khatib dalam Tarikh
Baghdad 5/152, daripada Muadz bin Jabal ra.
Ibnu Jauzi menilai hadith ini
tidak sahih dalam Mauduatnya 2/60
Az-Zahabi menilai hadith ini
batil dalam Tartib al-Maudhuat no. 87
Hadith palsu menurut syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6925 dan disokong oleh syeikh Masyhur
bin Hasan al-Salman dalam Silsilah Hadith Dhaifah wa Maudhuah Mujarradah an
al-Takhrij no. 8614.
Selain hadith di atas terdapat
beberapa versi lain yang menunjukkan jalan cerita yang sama, antaranya
keberadaan watak Nabi Adam as (Husnundzan Billah Ibnu Abi Duniya; Durratun Nasihin
hal. 196; Qaulul Badi hal. 263-264, watak Ali ra (Maudhuat Ibnu Jauzi
1/396-397; al-Awsath at-Thabarani 4/171; al-Awsath at-Thabarani 4/171;
Al-Riyadh Al-Nadhra fi Manaqib Al-Ashra Muhibuddin at-Thabari 3/185).
Kesimpulannya kesemua hadith-hadith
menceritakan kedudukan mimbar Nabi Ibrahim dan Nabi saw ini jelas tidak sahih,
tidak pula boleh menyokong antara satu sama lain.
Rujukan
http://www.fatawa.com/view/31371
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
158113
No comments:
Post a Comment