Tuesday, 11 July 2023

Hadith keutamaan membaca al-Quran berbanding zikir lain

 Matan hadith

 

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى مَنْ شَغَلَهُ قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ عَنْ ذِكْرِي وَمَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ ثَوَابِ السَّائِلِينَ وَفَضَلُ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ  

 

Terjemahan

 

Allah berfirman, “Siapa saja yang disibukkan oleh membaca Al-Qur’an, hingga tak sempat berzikir yang lain kepada-Ku dan meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberinya balasan terbaik orang-orang yang meminta. Ingatlah, keutamaan Al-Qur’an atas kalimat-kalimat yang lain seperti keutamaan Allah atas makhluk-Nya.

 

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2926, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/288 daripada Abu Sa‘id al-Khudri ra.

 

Ibnu Al-Qaisarani memasukkannya dalam kitab himpunan hadith tidak sahihnya Tazkiratul Huffaz no. 223, 332.

 

Didhaifkan oleh as-Syaukani dalam Tuhfatul Dzakirin no. 422.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1335

 

 

 

Matan hadith

 

عَن عَائِشَةَ رَضي اللٌهُ عَنُهَا اَنٌ النٌبِيَ صَلٌي اللٌهُ عَلَيهَ وَسَلَمَ قَالَ قَرِاءَةُ القُرانِ فيِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِن قِرَاءَةِ القُرآنِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ وَقَرِاءَةُ القُرانِ فيِ غَيرِ الصَلآةِ اَفضَلُ مِنَ الٌتَسبِيحِ وَ التٌكبِيرِ وَ التٌسبِيحُ اَفضَلُ مِنَ الصَدَقَةَ وَ الصٌدَقَةُ اَفضَلُ مِنَ الصَومِ وَالصٌوَمُ جُنٌةٌ مِنَ النٌاَرِ

 

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah RA, Rasulullah bersabda: "Membaca Al-Quran di dalam sklat lebih utama daripada membaca Al-Quran di luar solat. Membaca Al-Quran di luar solat lebih utama daripada tasbih dan takbir. Tasbih lebih utama daripada sedekah, sedekah lebih utama daripada puasa, dan puasa adalah perisai dari api neraka

 

Takhrij

 

HR. Al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2243, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 1427

 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 4082.

 

Juga terdapat riwayat dari jalan sahabat yang lain iaitu Ali bin Abi Talib ra, juga dhaif (Mizanul I'tidal 3/251, Lisanul Mizan 6/197).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...