1.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الرَّحْمَةَ يَوْمَ
خَلَقَهَا مِائَةَ رَحْمَةٍ، فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً، وَأَرْسَلَ
فِي خَلْقِهِ كُلِّهِمْ رَحْمَةً وَاحِدَةً، فَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ بِكُلِّ الَّذِي
عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الرَّحْمَةِ لَمْ يَيْأَسْ مِنَ الْجَنَّةِ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ
بِكُلِّ الَّذِي عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الْعَذَابِ لَمْ يَأْمَنْ مِنَ النَّارِ
Daripada Abu Hurairah radiallahu
'anhu, aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Sesungguhnya Allah telah menciptakan rahmat. Pada hari Dia menciptakannya, Dia
menjadikannya sebanyak 100 rahmat. Dia menyimpan di sisiNya 99 rahmat. Dia
hantar kepada semua makhluknya 1 rahmat. Seandainya orang kafir tahu tentang
semua rahmat yang ada di sisi Allah, mereka tidak akan berputus asa daripada
memasuki syurga. Seandainya orang beriman tahu semua azab yang ada di sisi
Allah, dia tidak akan berasa selamat daripada neraka. [HR. Bukhari no. 6469].
2.
Daripada Abu Hurairah radiallahu
'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
جَعَلَ اللَّهُ الرَّحْمَةَ مِائَةَ جُزْءٍ فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ
تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ
تَتَرَاحَمُ الْخَلاَئِقُ حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا خَشْيَةَ
أَنْ تُصِيبَهُ
Allah telah menjadikan rahmat
sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan
menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian
daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan
mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya. [HR. Muslim
no. 2752]
3.
Daripada Salman al-Farsi
radiallahu 'anhu:
عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صلى الله عليه وسلم " إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ فَمِنْهَا رَحْمَةٌ بِهَا
يَتَرَاحَمُ الْخَلْقُ بَيْنَهُمْ وَتِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
"
Daripada Salman al-Farsi
radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Daripadanya terdapat 1 rahmat
yang mana dengannya makhluk-makhluk saling berkasih sayang antara mereka. 99 rahmat
lagi adalah untuk hari Kiamat. [HR. Muslim no. 2753]
No comments:
Post a Comment