Matan hadith
عن ابن عباس رضي الله عنهما اذا كان يوم العيد ويوم العشر
ويوم ويوم الجمعة الأولى من شهر رجب وليلة
النصف من شعبان وليلة الجمعة يخرج الأموات
من قبورهم ويقفون على أبواب بيوتهم ويقولون ترحموا علينا فى هذه الليلة بصدقة ولو بلقمة
من خبز فإنامحتاجون إليها فإن لم يجدوا شيأ يرجعون بالحسرة
Terjemahan
Dari ibnu Abbas Ra: Jika tiba
hari raya aidil fitri, hari asyura, malam jumaat pertama di bulan Rejab, malam
nisfu Syaaban, dan setiap malam jumaat. Maka orang-orang yang telah meninggal (roh)
keluar dari kuburnya. Mereka mendatangi
rumahnya dan berdiri di depan pintu rumahnya seraya berkata: Belas kasihanilah
kami di malam ini dengan memberikan sedekah walaupun dengan sepotong roti,
sungguh kami sangat memerlukan itu. Ketika mereka tidak mendapatkan itu, maka
mereka kembali ke kuburnya dengan penuh kesedihan.
Takhrij
HN. Syekh Abdurrahman bin Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiqu al-Akbar. hal 14 DKI.Tanpa
sanad
Hadith/atsar tersebut batil,
rekaan (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 8268)
Kitab Daqaiq al-Akhbar ini
diperingatkan ulama (Abu Ubaydah Mashur ibn Hasan) untuk dijauhkan daripada
dijadikan sumber bacaan atau rujukan kerana kitab ini majoritinya mengandungi
hadith-hadith tidak sahih lagi palsu
(Qutub Hassar Minha al-Ulamah
2/2007-208).
No comments:
Post a Comment