Monday, 2 October 2023

Hadith isteri taat pada perintah suami dalam larangan menziarahi ibu bapanya yang sakit/nazak/meninggal dunia

 Matan hadith

 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ رَجُلًا خَرَجَ، وَأَمَرَ امْرَأَتَهُ أَنْ لَا تَخْرُجَ مِنْ بَيْتِهَا، وَكَانَ أَبُوهَا فِي أَسْفَلِ الدَّارِ، وَكَانَتْ فِي أَعْلَاهَا، فَمَرِضَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَذَكَرَتْ لَهُ ذَلِكَ فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» فَمَاتَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ غَفَرَ لِأَبِيهَا بِطاعَتِهَا لِزَوْجِهَا»
  Terjemahan   Daripada Anas bin Malik, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa seorang lelaki keluar dan dia menyuruh isterinya untuk tidak keluar dari rumahnya. Ibu si isteri ini berada di tingkat bawah rumah tersebut, manakala si isteri di tingkat atasnya. Ayah si isteri ini jatuh sakit. Wanita ini menghantar utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu memberitahu baginda tentang hal itu. Baginda bersabda: Taatilah suamimu. Lalu ayah wanita ini meninggal dunia. Dia sekali lagi menghantar utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu baginda bersabda: Taatilah suami mu. Baginda mengutus pesanan kepadanya: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni ayahnya kerana ketaatannya kepada suaminya”. Takhrij HR. at-Thabarani dalam al-Awsath 1/169, Ibn Abi Asamah dalam Zawaid Musnad al-Harits 1/553, Ibnu Adi dalam al-Kamil 7/153. Didhaifkan oleh at-Thabarani dan Ibnu Adi. Dhaif juga menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 4/313, al-Iraqi dalam Takhrij Ihya', al-Albani dalam Irwaul Ghalil 7/76 no. 2014.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...