Monday, 18 March 2024

Hadith-hadith berkaitan doa minta hujan

 

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami (HR. Bukhari no. 1014)

 

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh (HR. Abu Daud no. 1169, sanadnya sahih)

 

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

 

Ya Allah turunkanlah hujan kepada hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati (HR. Abu Daud no. 1176, hasan)

 

 

daripada Sa‘d R.A bahawa:

 

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَعَا فِي الاسْتِسْقَاءِ: اللَّهُمَّ جَلِّلْنَا سَحَابًا كَثِيفًا قَصِيفًا دَلُوقًا ضَحُوكًا، تُمْطِرُنَا مِنْهُ رَذَاذًا قِطْقِطًا سَجْلًا، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

 

Nabi SAW berdoa ketika istisqa’ (memohon hujan): ‘Ya Allah, ratakanlah bagi kami awan yang tebal, guruh yang kuat bunyi guruhnya, yang cepat curahannya, yang banyak kilatnya. Engkau turunkan kepada kami dari awan itu hujan sikit, hujan yang renyai-renyai dan hujan yang banyak, wahai Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia.’” (HR. Abu ‘Awwanah dalam Mustakhrajnya no. 2514, dhaif jiddan)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...