Wednesday 19 June 2024

5 tanda syurga yang dapat dilihat di Madinah

 

 

1. Jabal (Bukit) Uhud 

 

daripada Abu ‘Abbas al-Harithi ra berkata, Nabi SAW bersabda:

 

هذا جبل يحبنا ونحبه، على باب من أبواب الجنة، وهذا عير جبل يبغضنا ونبغضه، على باب من أبواب النار

 

Uhud, sebuah bukit yang mencintai kita dan kita turut mencintainya. Sesungguhnya ia merupakan pintu dari pintu-pintu syurga. ‘Dan Ayr pula ,bukit ini membenci kita dan kita turut membencinya. Sesungguhnya ia pintu dari pintu-pintu neraka (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/315, dhaif at-Thabarani, as-Suyuthi, al-Albani, Syeikh Masyhur bin Ḥasan al-Salman)

 

 

2. Raudhah 

 

daripada Abdullah bin Zaid Al-Mazini ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

 

empat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga (HR. Bukhari no. 1196, Muslim no. 1391).

 

 

3. Kurma Ajwa 

 

daripada riwayat Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda :

 

والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ

 

Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad no. 8037, Tirmidzi no. 2066 dan Ibnu Majah no. 3455, dihasankan oleh Imam Tirmidzi, sahih menurut Syeikh al-Albani dan al-Arnauth

 

 

4. Wadi Buthaan

 

dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda:

 

بُطحانُ على تُرعةٍ من تُرَعِ الجنَّةِ

 

Buthhaan berada di atas salah satu sungai-sungai dari syurga (HR. Bukhari dalam Tarikhul Kabir 2/51, Ibnu Syaibah dalam Tarikh Madinah 1/167, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 95, dhaif al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5730)

 

 

 

5. Perkuburan Baqi'

 

pendalilan yang digunakan ustaz travel agensi umrah dan haji tersebut tak tepat guna hadith di bawah dan…..

 

sekadar nama Jannatul Baqi' saja dengan tanda syurga (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 91028)

 

 

daripada Ibn ‘Umar ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

 

Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana (HR. Tirmidzi no. 3917, sahih al-Albani, al-Arnauth)

 

 

diriwayatkan dari Nabi saw,

 

الحجون والبقيع يؤخذان بأطرافهما وينثران في الجنة

 

Pemakaman Al-Hujun dan Baqi' di Makkah dan Madinah diambil hujung-hujungnya dan disebarkan di syurga (HN. az-Zailaie Takhrij al-Kasyaf 1/199, Mulla Ali al-Qari dalam Syarah Al-Shifa’ 2/167, az-Zailaie menilai hadith ini gharib jiddan, dan Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini palsu dalam al-Asrar al-Marfuah no. 193)

 

diriwayatkan dari Nabi saw,

 

مقبرتان تضيئان لأهل السماء كما يضيء الشمس والقمر لأهل الدنيا: مقبرتنا بالبقيع بقيع المدينة، ومقبرة بعسقلان

 

Dua pemakaman yang menerangi penduduk syurga sebagaimana matahari dan bulan menerangi bumi, yaitu pemakaman kita di Baqi' (pemakaman Madinah), dan pemakaman Asqalan (HR. Ibnu Najjar dalam Al-Durrah al-Thaminah fi Akhbar al-Madinah hal. 164 dengan sanad yang terputus, dhaif)

 

قال محمد بن الحسن عن محمد بن إسماعيل عن حكام أبي عبد الله الشامي عن أبي عبد الملك أنه حدثه حديثاً يرفعه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: مقبرتان تضيئان لأهل السماء كما يضيء الشمس والقمر لأهل الدنيا: مقبرتنا بالبقيع بقيع المدينة ومقبرة بعسقلان

 

hadith ini juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Biharul Anwar 22/422

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...