Tuesday, 25 June 2024

Apakah sahih kisah Asif bin Barkhiya yang memindahkan singgahsana ratu Balqis?

 

Dalam Tafsir at-Thabari  19/461, menceritatakan kisah di atas,

 

حدثنا ابن حميد ، قال : ثنا سلمة ، عن ابن إسحاق ، عن بعض أهل العلم ، عن وهب بن منبه ، قال : ذكروا أن آصف بن برخيا توضأ ، ثم ركع ركعتين ، ثم قال : يا نبي الله ، امدد عينك حتى ينتهي طرفك ، فمد سليمان عينه ينظر إليه نحو اليمن

 

Ibnu Humaid telah bercerita kepada kami, beliau berkata, Salamah telah bercerita kepada kami dari Ibnu Ishaq dari sebahagian ahli ilmu dari Wahab ibn Munabih, beliau berkata, mereka mengatakan bahawa Ashif Ibnu Barkhiya berwudhu kemudian dia melakukan solat sunah dua rakaat, setelah itu dia berkata kepada Nabi Sulaiman, “Wahai Nabi Allah, arahkan pandanganmu ke arah yang jauh!”

 

 

Kisah hamba Allah yang mempunyai ilmu dari Kitab dapat angkat singgahsana tu, memang kebanyakan ahli tafsir merujuk kepada Asif bin Barkhiya seperti at-Thabari dalam Tafsirnya 18/72, al-Qurthubi dalam tafsirnya 7/185, al-Baghawi dalam tafsirnya 6/164, Ibnu Katsir dalam tafsirnya 6/173, dan as-Sa'di dalam tafsirnya hal. 605.

 

Diriwayatkan oleh an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9624 dengan sanad yang jayyid:

 

كَانَ آصِفُ كَاتِبَ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، وَكَانَ يَعْلَمُ الِاسْمَ الْأَعْظَمَ

 

Asif adalah jurutulis Sulaiman bin Daud as, dan dia mengetahui nama yang paling agung.

 

Ini adalah pendapat yang dipilih oleh majoriti ahli tafsir termasuk Ibnu Abbas ra,

 

قال ابن عباس و هو اصف كاتب سليمان. تفسير القران العظيم لابن كثير. ج 3/ص 1376. الفكر.

 

Penamaan pemuda dalam kisah ini termasuk cerita israiliyat kategori 3. Boleh diceritakan.

 

Ibnu Katsir membahagikan cerita israiliyat ini kepada 3 kategori:

 

 

a) mana-mana yang sahih atau sesuai dengan al-Quran dan sunnah = diterima

 

b) mana-mana yang tidak sahih, bertentangan dengan al-Quran dan sunnah = tidak diterima

 

c) mana-mana kisah yang tidak terdapat dalam kedua-dua sumber, tidak diketahui sama ada sahih atau tidak = boleh diceritakan, tidak pula ditolak mutlak dan tidak pula diterima bulat-bulat

 

Tafsir Ibnu Katsir 3/528

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 19223

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 180621, 212677

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...