Hadith 1 – Allah
selawat 10 kali
مَنْ صَلَّى عَليَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
Siapa yang membaca selawat atasku
satu kali, maka Allah akan berselawat (memberikan rahmat) untuknya sepuluh kali
Takhrij
HR. Muslim no. 408
Hadith 2 – menerima
khabar masuk syurga sebelum mati
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَلْفَ مَرَّةٍ لَمْ يَمُتْ حَتَّى يُبَشَّرَ
لَهُ بِالجَنَّةِ
Siapa yang membaca selawat atasku
seribu kali, maka ia tidak akan meninggal dunia sampai diberikan khabar gembira
masuk syurga untuknya
Takhrij
Ditemukan dengan lafaz sedikit
berbeza,
من صلَّى عليَّ في يومٍ ألفَ مرَّةٍ لم يمُتْ حتَّى يرَى
مقعدَه في الجنَّةِ
HR. Ibnu Syahin dalam al-Targhib
no. 19 dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali no. 56, daripada Anas ra
Hadith ini munkar menurut
as-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ no. 185, dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib
no. 1033, daripada Anas ra d
Hadith 3 - Allah selawat 10/100/1000 kali dan api neraka
tidak menyentuhnya
مَنْ صَلَّى عَليَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
بِهَا عَشْرًا، وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ عَشْرًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا ماِئَةً،
وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ مِائَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا ألْفًا، وَمَنْ صَلَّى
عَلَيَّ ألْفًا لَمْ تَمسَّهُ النَّارُ
Siapa yang membaca selawat atasku
sekali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali, siapa yang membaca selawat
atasku sepuluh kali, maka Allah akan berselawat atasnya seratus kali, siapa
yang berselawat atasku seratus kali, Maka Allah akan berselawat untuknya seribu
kali, dan siapa yang selawat atasku seribu kali, maka api neraka tidak akan
menyentuhnya
Takhrij
Tidak ditemui asal, palsu menurut
Fatwa Soaljawab Islam no. 283191
Hadith 4 – tidak selawat
akan menyebabkan jalan salah ke syurga
مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ عَلَيَّ فَقَدْ أَخْطَأَ طَرِيْقَ
الجَنَّةِ
Siapa yang lupa membaca selawat
atasku (dengan sengaja), maka sungguh ia telah salah (dalam melewati) jalan syurga
Takhrij
HR. Ibnu Majah no. 908,
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 12819, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Duafa’
2/181 daripada Ibnu Abbas ra.
Juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi
dalam Syuabul Iman dari hadith Abu Hurairah, Ibnu Abi Hatim dari hadith Jabir,
dan Al-Thabarani dari hadith Husain bin Ali (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir no. 2887),
Sahih menurut Syeikh al-Albani
dalam Sahih Jami’ no. 6568
Syeikh Mustafa al-Adawi menilai
hadith ini tidak sahih (https://www.youtube.com/watch?v=iO3kvA_lCr8)
Al-Munawi membawakan kalam Ibnul
Mulaqqin dalam Faidhul Qadir 6/232, yang mendhaifkan hadith ini, akan tetapi
hadith ini menurut Ibnu Hajar mempunyai penyokong dari jalur sanad yang
pelbagai (Fathul Bari 11/172)
Hadith 5 – paling
dekat dengan nabi jika banyak berselawat
إنَّ أوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ القِيَامَةِ أكْثَرُهُمْ
عَلَيَّ صَلاَةً
Sungguh manusia yang paling
pertama bersamaku di Hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat atasku
Takhrij
HR. Tirmidizi no. 484, Ibnu
Hibban no. 911, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 1563, daripada Ibnu Mas’ud ra
Imam at-Tirmidzi menilai hadith
ini hasan gharib
Hadith dhaif disisi mutaqaddimin
seperti ad-Daruquthni dalam Ilal Daruquthni no. 759, Ibnu Qatthan dalam
al-Wahmi wal Iham 3/ 613, Ibnu Adi dalam al-Kamil 3/465.
Juga didhaifkan oleh Syeikh
al-Arnauth dalam Takrij Sahih Ibnu Hibban no. 911, al-Albani dalam Dhaif Jami’
no. 1821 dan as-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ no. 191
Hadith 6 -pelebur
dosa
صَلاَتُكُمْ عَلَيَّ مَحَّاقَةٌ
Selawat kalian atasku adalah
dapat menjadi pelebur (dosa-dosa kalian)
Takhrij
Rujuk no. 7
Hadith 7 – 40 kali
hari jumaat menghapuskan dosa
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ في كُلِّ جُمُعَةٍ أرْبَعِينَ مَرَّةً
مَحَا الله ذُنُوبَهُ كُلَّهَا
Siapa yang selawat atasku di
setiap hari Jumaat empat puluh kali maka Allah akan menghapus dosanya semuanya
Takhrij
HR. Qawwamussunnah dalam
al-Targhi no. 1696, daripada Anas bin Malik ra.
Sanadnya dhaif menurut as-Sakhawi
dalam Qaulul Badi’ no. 282
Hadith 8 – tiada
hijab doa antara langit
مَا مِنْ دُعاءٍ إلا بَيْنَهُ وَبَيْنَ السَّماءِ حِجَابٌ
حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَيَّ ، فإذا صَلَّى عَلَيَّ انْخَرَقَ ذالِكَ الحِجَابُ وَرُفِعَ
الدُّعَاءُ
Tidak ada doa kecuali antaranya
dan langit terdapat penghalang sampai ia berselawat atasku, jika ia berselawat
atasku maka hijab (penghalang) itu akan terkoyak dan doa akan diangkat (tembus
ke langit)
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman, Abu al-Qasim
al-Timi, Ibnu Basykawal dan lainnya dari riwayat al-Harits al-Awar (Qaulul Bad’
hal. 221-222-223).
Ibnu Qayyim dalam Jala’ ul-Afham
no. 87, beliau mendhaifkan hadith ini dengan menyatakan terdapat 3 kecacatan
Juga ditemukan dalam Kitab hadith
Syiah Biharul Anwar 91/64
Hadith 9 –
menyelesaikan 100 keperluan
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِيْ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ قَضَى اللهُ
لَهُ مِائَةَ حَاجَةٍ سَبْعِيْنَ مِنْهَا لِآخِرَتِهِ وَثَلاَثِيْنَ مِنْهَا لِدُنْيَاهُ
Siapa yang berselawat atasku
dalam sehari seratus kali, maka Allah akan menyelesaikan keperluannya tujuh
puluh di antaranya untuk akhiratnya dan tiga puluh darinya untuk dunianya
Takhrij
HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyq 54/301, Ibnu Najjar sepertimana disebutkan dalam Kanzul Ummal 1/256, daripada Anas ra
Hadith ini tidak ditemui asal
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 80745)
Hadith palsu (https://dorar.net/fake-hadith/58)
Hadith tiada asal menurut Ibn Baz
dalam Majmu Fatawa 8/314
Sanadnya dhaif menurut as-Sakhawi
dalam Qaulul Badi’ hal 227.
Hadith 10 – Allah
selawat 20 kali dan khabar gembira diberikan syurga sebelum mati
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَمَلاَئِكَتُهُ عِشْرِيْنَ مَرَّةً وَلَمْ يَمُتْ حَتَّى يُبَشَّرَ بِالجَنَّةِ
Siapa yang berselawat atasku selawat
satu kali, maka Allah dan malaikat akan berselawat atasnya sebanyak dua puluh
kali dan ia tidak akan meninggal dunia sampai diberikan khabar gembira dengan syurga
Takhrij
Tidak ditemui asal, rujuk no. 2
No comments:
Post a Comment