Abu Hurairah ra mengangis
mengenangkan bekalannya yang sedikit tetapi perjalanannya masih jauh
وَبَكَى أَبُو هُرَيْرَةَ فِي مَرَضِهِ، فَقِيلَ لَهُ: مَا
يُبْكِيكَ؟ فَقَالَ: «أَمَا إِنِّي لَا أَبْكِي عَلَى دُنْيَاكُمْ هَذِهِ، وَلَكِنْ
أَبْكِي عَلَى بُعْدِ سَفَرِي وَقِلَّةِ زَادِي، وَإِنِّي أَمْسَيْتُ فِي صُعُودٍ عَلَى
جَنَّةٍ أَوْ نَارٍ، لَا أَدْرِي إِلَى أَيَّتِهِمَا يُؤْخَذُ بِي
Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ
menangis pada saat sakitnya (menjelang kematian).
Maka ditanyakan kepadanya :
"APA YANG MEMBUATMU MENANGIS ?"
Maka beliau pun menjawab :
"Aku tidak menangisi dunia kalian (yang akan kutinggalkan), namun aku
menangisi jauhnya perjalananku sedangkan bekalku teramat sedikit. Aku menjalani
pagi hari di sebuah tanah yang tinggi sedangkan tempat jatuhnya antara Syurga
atau Neraka, & aku tidak tahu manakah di antara keduanya yang akan
diberikan kepadaku ?"
Takhrij
AR. Ibnu Sa’ad dalam Thabaqat
al-Kubra 4/253, al-Bukhari dalam Tarikhul Kabil 4/157-158, Al-Baghawi dalam Syarahus
Sunnah 14/373, az-Zahabi dalam Siyar A'lam an-Nubala 2/625
عن عَبْد اللَّهِ بْن الْمُبَارَكِ، عَنْ عَبْدِ الْوَهَّابِ
بْنِ وَرْد، عَنْ سَلْمِ بْنِ بَشِيرِ بْنِ جَحل، قَالَ: " بَكَى أَبُو هُرَيْرَةَ
Atsar ini dhaif kerana sanadnya
terputus (Fatwa Soaljawab Islam no. 394627), kerana Salim bin Basyir bin Jahal
tidak bertemu/mengenali Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu
Abu Hatim berkata Salim bin
Basyir bin Jahal meriwayatkan dari Ikrimah dan seorang lelaki dari Abu
Hurairah (Jarh wa Ta’dil 4/266).
Akan tetapi khabar ini datang
dalam bab biografi dan jasa para tokoh maka ulama lebih luas dalam masalah ini,
boleh saja di ambil iktibar dan diceritakan. (Fatwa Soaljawab Islam no. 255686)
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 394627,
255686
No comments:
Post a Comment