Thursday 20 June 2024

Hadith orang berhaji dan umrah tidak akan jatuh miskin

 1.

 

الحجاج والعمار وفد الله عز وجل، يعطيهم ما سألوا، ويستجيب لهم ما دعوا، ويخلف عليهم ما أنفقوا، الدرهم ألف ألف درهم

 

Orang yang melaksanakan haji dan orang yang melaksanakan umrah adalah tetamu Allah swt. Allah swt akan memberi apa yang mereka minta; akan mengabulkan doa yang mereka panjatkan; akan mengganti biaya yang telah mereka keluarkan; dan akan melipat-gandakan setiap satu Dirham menjadi satu ribu Dirham

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3810 daripada Anas ra; al-Faqihi dalam Akhbar Makkah no. 907 daripada Abu Hurairah ra

 

Hadith Anas ra dilemahkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/175, al-Dimyathi dalam Mutjir al-Rabih no. 149, as-San'ani dalam al-Tanwir 5/405.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6754

 

Hadith Abu Hurairah ra juga dhaif, Sanadnya dhaif jiddan kerana terdapat perawi bernama Abdulrahim bin Zaid bin al-Hawari, dia matruk menurut az-Zahabi (Siyar A'lam an-Nubala 8/358), dan Abu Zaid al-Hawari dia juga dhaif (Taqribut Tahdzib 1/352)

 

 

2.

 

أن من حج ثلاث حجج لم يصبه فقر أبدا

 

Barangsiapa yang menunaikan tiga kali haji, maka ia tidak akan jatuh miskin

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia ditemukan dalam kitab hadith Syiah seperti Wasail Syiah no. 14426, 14434

 

 

لا يحالف الفقر والحمى مدمن الحج والعمرة

 

Tidak akan jatuh miskin dan demam bagi orang yang berhaji dan umrah

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia ditemukan dalam kitab hadith Syiah seperti al-Kafi 4/254, Wasail Syiah no. 14450.

 

3.

 

Dari Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah saw bersabda,

 

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

 

Ikutkanlah umrah kepada haji, kerana keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana pembakaran menghilangkan karat pada besi, emas, dan perak. Sementara tidak ada pahala bagi haji yang mabrur kecuali syurga

 

Takhrij

 

HR. An Nasaie no. 2631, Tirmidzi no. 810, Ahmad 1/387.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan sahih

 

 

Rujukan

 

https://alssunnah.com/site-sections/61-product-readers/3533-2012-01-14-16-43-59

 

https://shafa-alanshor.com/jangan-khawatir-onh-kita-akan-diganti-oleh-allah/

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...