Thursday 20 June 2024

Kisah burung, cicak dan api yang membakar Nabi Ibrahim as

 

Tersebut kisah mengenai burung layang-layang yang melihat Nabi Ibrahim di bakar lalu mengambil air di paruhnya lalu dicurahkan keatas unggun api tersebut. Walaupun dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan dapat memadamkan api tersebut, namum dia berusaha ingin menegakkan kebenaran. Cerita ini secara tersendiri tidak dapat  dikesan sumber dan kesahihannya. wallahu’alam.

 

Begitu juga didalam cerita yang menceritakan bahawa burung-burung turut menangis tanda protes diatas peristiwa Nabi Ibrahim as di bakar. Terdapat seekor burung yang paling lemah dikalangannya telah terbang menuju kepada Nabi Ibrahim as. dan dihalang oleh Malaikat. Lalu burung tersebut berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa sahabat Allah sedang dibakar. Walaupun aku tidak dapat menyelamatkannya, aku ingin menunjukkan simpatiku dengan bersama beliau didalam api.

 

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ سَائِبَةَ مَوْلَاةِ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ

أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَتْ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا مَوْضُوعًا فَقَالَتْ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا قَالَتْ نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الْأَوْزَاغَ فَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَنَا أَنَّ إِبْرَاهِيمَ لَمَّا أُلْقِيَ فِي النَّارِ لَمْ تَكُنْ فِي الْأَرْضِ دَابَّةٌ إِلَّا أَطْفَأَتْ النَّارَ غَيْرَ الْوَزَغِ فَإِنَّهَا كَانَتْ تَنْفُخُ عَلَيْهِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِهِ

 

 

Telah memberitakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, telah memberitakan kepada kami Yunus bin Muhammad dari Jarir bin Hazim dari Nafi' dari Sa`ibah bekas budak Al Fakih bin Al Mughirah, bahwa dia menemui Aisyah dan melihat di dalam rumahnya ada panah yang tergantung, maka ia pun bertanya, "Wahai Ummul Mukminin, apa yang kamu perbuat dengan benda ini?" Aisyah menjawab, "Untuk membunuh cicak, sebab Nabi Allah ﷺ telah mengabarkan kepada kami bahwa ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam kobaran api, tidak ada satupun dari bintang melata yang tidak berusaha mematikan api, kecuali cicak. Bahkan ia berusaha menghembuskan agar api itu tetap menyala, maka itu Rasulullah ﷺ memerintahkan kami membunuhnya." (HR. Ibnu Majah no. 3231, sahih al-Albani)

 

Riwayat ini menunjukkan bahawa setiap makhluk dimuka bumi ini, termasuk binatang, yang beriman dengan Allah swt dan Nabinya Ibrahim, telah cuba berikhtiar menyelamat Nabinya. Yakin diatas kebenaran yang dibawa oleh Ibrahim, dan kekalutan serta kezaliman yang dibawa oleh Namrud, mereka berusaha memadamkan api tersebut, walaupun pada hakikatnya mereka tidak berupaya memadamkannya. Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak

 

Yang paling hampir:

 

عندما أضرمت النار بسيدنا إبراهيم عليه السلام جاء عصفور يحمل قطرة ماء بمنقاره لإطفاء النار فسأله نبي الله ماذا تفعل قال لأطفىء النار قال لاتستطيع أجاب العصفور هذا تكليفي الشرعي...الله الله على الفقير كل واحد يكدر يسوي..تكليفه الشرعي الفقير

 

Ketika Nabi Ibrahim as dibakar, seekor burung pipit datang membawa setitis air dengan paruhnya untuk memadamkan api, Nabi Allah bertanya kepadanya apa yang kamu lakukan, dia menjawab untuk memadamkan api, Nabi Allah berkata tidak mampu, burung pipit menjawab, ini adalah hujjahku yang sah (di akhirat kelak).

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal

 

 

Rujukan

 

http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-13-0514-kisah-burung-ketika-nabi-ibrahim-dibakar#google_vignette

 

https://www.almothaqaf.com/aqlam-4/900622-2015-12-12-12-49-01

 

https://almojib.com/ar/question/462022

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...