Benar, ia banyak dinukilkan para
ulama dalam kitab-kitab biografi mereka seperti
Hilyatul Auliya 7/40-41
Siyar A’lam al-Nubala’ 6/621
Dzammul Qadha’ wa Taqallud
Al-Ahkam hal. 89 oleh as-Suyuthi dan lain-lain
Kisah Sufiyan al-Thauri dan
khalifah Abu Ja’far
Khalifah Abu Ja’far telah meminta
Imam Sufiyan al-Thauri untuk menjadi pemimpin setelah terbunuhnya Imam Abu
Hanifah tetapi Imam al-Thauri menolak tawaran tersebut setelah berkali-kali
diminta oleh khalifah dan Imam al-Thauri juga enggan hadir untuk bertemu dengan
khalifah. Setelah itu, Imam al-Thauri telah melarikan diri ke Mekah dari Kufah
kerana beliau berkeras untuk tidak menerima tawaran tersebut. Disebabkan itu,
khalifah Abu Ja’far mengatakan “barangsiapa yang berjaya menangkap Imam
al-Thauri akan dihadiahkan baginya sejumlah wang sebanyak sepuluh ribu”.
Apabila beliau mengetahui tawaran khalifah itu, maka Imam al-Thauri telah
melarikan diri ke Basrah dari Mekah.
Akan tetapi Imam al-Thauri tidak
menetap lama di Basrah kerana khuatir bahawa masyarakat di situ akan
mengenalinya. Beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Yaman dan di
sana beliau telah diuji dengan ujian yang lebih berat apabila dituduh mencuri.
Kemudian perkara itu dibawa dan diangkat kepada Ma’an bin Zaidah iaitu
pempimpin di tempat tersebut yang terkenal dengan orang yang menjaga maruah dan
mempunyai akhlak yang mulia. Apabila Ma’an mengetahui bahawa yang dituduh itu
adalah Sufiyan al-Thauri maka beliau melepaskannya dan memberi kebebasan kepada
Imam al-Thauri.
Begitulah kehidupan Imam
al-Thauri yang hidup dalam keadaan asing kerana sentiasa berpindah-randah
antara tempat ke tempat yang lain. Di akhirnya, beliau membuat keputusan untuk
pergi ke Mekah dan menunaikan haji di sana tetapi dalam masa yang sama khalifah
Abu Ja’far juga akan menunaikan haji pada tahun yang sama. Apabila khalifah
mengetahui akan berita kedatangan Imam al-Thauri ke Mekah maka Khalifah
mengutuskan surat kepada pemimpin di Mekah pada waktu itu untuk menangkap Imam
al-Thauri serta membunuhnya. Imam al-Thauri apabila mendengar berita bahawa
orang sedang mencarinya, beliau telah bersembuyi di sebalik kain Ka’bah lalu
bersumpah dan berdoa kepada Allah SWT agar tidak diizinkan khalifah Abu Ja’far
untuk memasuki Mekah. Dengan izin Allah SWT dan kemuliaan yang terdapat pada
Sufiyan al-Thauri, Allah SWT telah memakbulkan doanya. Disebabkan doa tersebut,
dengan kuasa Allah SWT, khalifah Abu Ja’far telah wafat sebelum sempat memasuki
Mekah. Ini merupakan antara karamah atau kemuliaan yang Allah SWT kurniakan
kepada Imam al-Thauri RA. Antara sebab Imam al-Thauri lari menyembunyikan diri
dan dalam masa yang sama menolak tawaran khalifah adalah disebabkan beliau
tidak sanggup dan tidak boleh sabar dengan perkara-perkara mungkar yang ada di
depannya (dilihatnya). [Siyar A’lam al-Nubala’ 6/621]
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 57
https://salafy.or.id/demi-sebuah-kursi-kedudukan/
https://penanews.net/sepuluh-ulama-besar-yang-dipenjara-dan-di-kriminalisasi/
https://www.atsar.id/2021/07/kisah-sufyan-ats-tsauri-sang-buronan-kerajaan.html
https://bukudrzulkifli.com/1151-sufyan-al-thauri/
Kitab “Min A’lamis Salaf” karya,
Syaikh Ahmad Farid, edisi indonesia : “60 Bigrafi Ulama Salaf” cet. Pustaka
Azzam, hal : 212-230.
https://biografi-tokoh-ternama.blogspot.com/2014/09/biografi-sufyan-ats-tsauri.html
No comments:
Post a Comment