Tuesday, 25 June 2024

Kisah Abdul Mutalib bernazar menyembelih Abdullah ayahanda Nabi saw

 

Peristiwa di mana Abdul Mutalib bernazar akan mengorban salah seorang anaknya jikalau dia dikurniakan semuanya anak lelaki. Disebut dalam sirah Nabi saw bahawa Abdul Muttalib, datuk baginda, telah bernazar sekiranya Allah mengurniakan beliau sepuluh orang anak lelaki, maka beliau akan menyembelih salah seorang daripada mereka sebagai tanda korban kepada Allah. Peristiwa ini berlaku ketika beliau dilarang menggali telaga Zamzam kerana pada ketika itu beliau hanya ada seorang anak sahaja iaitu al-Harith.

 

Ditakdirkan Allah, beliau dikurniakan sepuluh orang anak lelaki iaitu al-Harith, al-Zubair, Hajal, Dharar, al-Muqawwam, Abu Lahab, al-Abbas, Hamzah, Abu Talib dan Abdullah. Bagi menunaikan nazarnya, maka undian dibuat bagi memilih siapa yang akan disembelih. Nyata Abdullah, bapa Rasulullah saw yang merupakan anak kesayangan kepada Abdul Muttalib terpilih. Maka diakhir kisah yang berlaku, Abdullah ditebus dengan seratus ekor unta.

 

(Sirah Ibni Ishaq 1/32, Sirah an Nabawiyah karya Ibn Hisyam 1/153, Tarikh al Umam wa al Muluk karya Ath Thabari, Ar-Rahiq al Makhtum karya Safi al Rahman Mubarakfuri, dan As Sirah an Nabawiyah as Sahihah, karya Akram al Umari, A’lam an-Nubuwwah, karya al-Mawardi 1/198).

 

Ada satu hadith yang popular dikaitkan dengan kisah di atas,  Rasulullah saw pernah bersabda:

 

 

جاء في الخبر كنا عند معاوية بن أبي سفيان فذكروا الذبيح إسماعيل أو إسحاق ؟ فقال : على الخبير سقطتم ، كنا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فجاءه رجل فقال : يا رسول الله عد علي مما أفاء الله عليك يا ابن الذبيحين ، فضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقيل له يا أمير المؤمنين وما الذبيحان ؟ فقال : إن عبد المطلب لما أمر بحفر زمزم نذر لله إن سهل الله أمرها عليه ليذبحن أحد ولده ، قال : فخرج السهم على عبد الله فمنعه أخواله وقالوا : افد ابنك بمائة من الإبل ، ففداه بمائة من الإبل ، وإسماعيل الثاني ابن الذبيحين : صح أن أعرابيا قال للنبي صلى الله عليه وسلم : يا ابن الذبيحين , فتبسم ولم ينكر عليه .

 

 

Telah datang berita ketika kami berada di sisi Muawiyah bin Abi Sufyan. Mereka menyatakan Ismail atau Ishak dikorbankan? Beliau berkata, atas yang memberi khabar melupakan kamu, kami bersama-sama Rasulullah (S) lalu datang seorang lelaki dan berkata: Ya Rasulullah engkau menganggap Ali sebagai yang dikurniakan Allah kepada kamu, wahai anak dua sembelihan, Rasulullah (S) ketawa. Maka mereka bertanya kepadanya (Muawiyah): Wahai Amirul Mukminin, apakah dia dua sembelihan? Beliau berkata: Abdul-Mutallab ketika menggali Telaga Zamzam bernazar kepada Allah jika Allah memudahkan urusannya, beliau akan korbankan (sembelih) salah seorang anak lelakinya, dia berkata, maka keluar anak panah itu atas nama Abdullah oleh itu untuk mencegah dari pihaknya. Dikatakan (padanya), setiap datang (nama) anak kamu diganti dengan seratus ekor unta, maka ditebus dengan seratus ekor unta untuk Ismail kedua bin Al-Zabihain: adalah benar bahawa seorang Badwi berkata kepada Nabi (S),: wahai anak dua sembelihan (Al-Zabihain), maka baginda tersenyum dan tidak menafikannya.

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 4084, daripada Muawwiyah bin Abu Sufyan ra

 

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 7/29, menilai hadith ini gharib jiddan.

 

As-Suyuthi dalam Durarul Mantsur 12/434 menilai sanad hadith ini dhaif

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 331, 1677 menilai hadith ini tiada asal.

 

Hadith tersebut di atas riwayatkan oleh banyak perawi, antara lain oleh Imam al-Hakim, Imam Ibnu Murdawaih yang bersumber kepada sahabat Muawiyah ra. Riwayat tersebut diperkuat pula dengan riwayat para ahli sejarah dan ahli tafsir.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...