Matan hadith
عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء : إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة
مغنمًا، ، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه،
وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت
الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا
عند ذلك ريحًا حمراء، او خسفً اومسخًا
Terjemahan
“Ali bin Abi Thalib berkata Ra,
berkata Rasulallah Saw, Bersabda: Jika umatku melakukan lima belas perangai
(kebiasaan), wajiblah turun bala bencana itu: Bila harta negara hanya beredar
ditangan orang-orang kaya, amanah dikhianati, zakat tidak ditunaikan, seseorang
patuh kepada isterinya, derhaka kepada ibu, mengikuti kemahuan kawan, menentang
ayah, hiruk pikuk dalam masjid, yang memimpin kaum adalah orang yang paling
jahat, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatanya, minuman keras
berleluasa, (lelaki) memakai pakaian sutera, wanita hanya dijadikan sebagai
penghibur, orang suka melaknat orang-orang terdahulu, ketika itu hati-hatilah
ketika datangnya angin merah, atau penyakit merubah muka atau gempa bumi
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2210, Ibnu
Hibban dalam al-Majruhin 2/318, Ibnu Abid Dunya dalam Dzammul Malahi no. 5,
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 469.
Gharib menurut Imam Tirmidzi
Dhaif menurut al-Mundziri dalam
Targhib wa al-Tarhib 3/247, as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 769, as-Shan'ani
dalam al-Tanwir 2/154, al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 608, al-Mubarakfuri
dalam Tuhfat al-Ahwadzi 6/69
No comments:
Post a Comment