Wednesday 19 June 2024

Hadith-hadith berkenaan 15 kelebihan ayat kursi

 

1. Untuk Perlindungan

 

Dari Ubay bin Ka’ab, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إِذَا قَرَأَتْهَا غُدْوَةً أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُمْسِيَ ، وَإِذَا قَرَأَتْهَا حِيْنَ تُمْسِي أُجِرَتْ مِنَّا حَتَّى تُصْبِحَ

 

Siapa yang membacanya (Ayatul Kursi) ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang (HR. al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 2091. Syeikh al-Albani mensahihkan hadith tersebut dalam Sahih At-Targhib wa At-Tarhib no. 655)

 

من قرأ آية الكرسي في دبر الصلاة المكتوبة؛ كان في ذمة الله إلى الصلاة الأخرى.

Barang siapa yang membaca ayat kursi selepas solat fardhu, maka dia berada di bawah naungan Allah sehingga solat yang seterusnya (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 2732, dhaif al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5135 dan disetujui oleh oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 7722).

 

مَن قرأَ آيةَ الْكرسيِّ وأوَّلَ حم المؤمِنِ عُصِمَ ذلِكَ اليومَ من كلِّ سوءٍ

 

Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi dan awal Surat Hamim Al Mu'min (Surah Ghafir/Mu'min, iaitu tiga Ayat pertama) akan dilindungi dari segala kejahatan pada hari itu (HR. al-Bazzar  no. 8573, Ibnu Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah no. 77, at-Thabarani dalam al-Dua no. 322, dhaif al-Bazzar, gharib (dhaif) menurut Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 2/421)

 

Juga diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi :

 

من قرأَ حم المؤمِنَ إلى إِلَيهِ الْمَصِيرُ وآيةَ الكرسيِّ حينَ يصبِحُ حُفِظَ بِهما حتّى يمسيَ ومن قرأَهما حينَ يمسي حُفِظَ بِهما حتّى يصبِحَ

 

Barang siapa membaca HAA MIIM (dalam surat) Al Mu`min sampai ayat ILAIHIL MASHIIR dan membaca ayat kursi pada waktu pagi, maka ia akan di jaga hingga tiba waktu petang, dan barang siapa membaca keduanya pada waktu petang maka ia akan dijaga hingga tiba waktu pagi (HR. Tirmidzi no. 2879, dan beliau menilai hadith tersebut gharib dan didhaifkan juga oleh Syeikh al-Albani)

 

2. Untuk Kekasih Yang Meninggal Dunia (mungkin anggap ini kerana kesedihan)

 

من قرأ آية الكرسي وخواتيم سورة البقرة عند الكرب أعانه الله عز وجل

 

Sesiapa yang membaca  ayat Kursi dan penutup bagi surah al-Baqarah sewaktu kesusahan/kesedihan maka Allah akan memberinya bantuan (HR. Ibnu Sunni dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 344, daripada Abi Qatadah ra, dhaif Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 4/90)

 

3. Untuk Sakit Kematian

 

 

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة، كان الذي يتولى قبض روحه ذو الجلال والإكرام، وكان كمن قاتل مع أنبياء الله حتى يستشهد

 

Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setiap selesai solat, maka jiwanya akan memiliki keagungan dan kemuliaan, dan dia akan menjadi seperti orang yang berperang bersama para nabi Allah sampai dia mati syahid (HR. al-Hakim sepertimana disebutkan dalam Kanzul ‘Ummal no. 2567, daripada Zaid al-Marwazi, palsu menurut Ibnu Jauzi dalam Maudhuat beliau 1/243-244, as-Syaukani menukilkan perkataan as-Subki bahawa hadith ini munkar yang mendekati palsu dalam Fawaid al-Majmuah no. 975)

 

أن من يقرأ آية الكرسي دبر كل صلاة يقبض الله روحه بدلا من الملائكة

 

Jika seseorang membaca Ayatul Kursi, Allah Ta'ala sendiri akan mencabut jiwanya [dan bukan Malaikat maut] (HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 7/114, daripada Ibnu Umar ra, munkar menurut as-Subki sepertimana dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam al-La’li Masnu’ah 1/104, palsu menurut Ibnu Iraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 1/294/295)

 

 

Barangsiapa yang membaca Ayatul Kursi setiap selesai solat Fardu, maka jiwanya akan dicabut sebagaimana orang mencabut sehelai rambut dari tumpukan tepung

 

Tidak sahih. Tidak ditemui asal (https://hadithanswers.com/a-virtue-of-reciting-ayatul-kursi-after-fard-salah/)

 

Hadith ini berkemungkinan gabungan dua hadith:

 

 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُـوْبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ اْلَجنَّةِ إِلاَّ اْلَمَوْتُ

 

Sesiapa membaca ayat Kursi mengiringi setiap selesai solat fardhu , nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki syurga, kecuali mati.  (HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9928, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 7532, daipada Abu Umamah ra, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 6464, sanadnya disahihkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib wa at-Tarhib 2/299).

 

Dan

 

إنَّ المُؤمِنَ إذا حُضِر أتَتْه الملائكةُ بحَريرةٍ فيها مِسْكٌ ومِن ضَبائِرِ الرَّيحانِ وتُسَلُّ رُوحُه كما تُسَلُّ الشَّعرةُ مِن العَجينِ

 

Ketika seorang mukmin akan meninggal dunia, para malaikat mendatanginya dengan membawa sutera yang memiliki kasturi dan wewangian, rohnya kemudian dicabut seperti mencabut rambut dari tepung (HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 9541, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 1/225, Ibnu Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah no. 124, al-Hakim 1/352, al-Qurthubi dalam Tafsirnya 4/264, daripada Abu Hurairah ra, didhaifkan al-Bazzar)

 

 

 

 

4. Apabila Keluar Rumah

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم من خرج من منزله فقرأ آية الكرسي يبعث الله إليه سبعين ألف ملك يستغفرون له ويدعون له فإذا رجع إلى منزله ودخل بيته وقرأ آية الكرسي نزع الله الفقر من بين عينيه

 

 

Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barasngsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya. (HN. As-Shufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

 

 

قال جابر بن عبد الله رضي الله عنهما من قرأ آية الكرسي حين يخرج من بيته وكل الله به سبعين ألف ملك يحفظونه من بين يديه ومن خلفه وعن شماله. وإن مات قبل أن يرجع أعطاه الله ثواب أربعين شهيداً

 

Dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu'anhuma berkata : Barangsiapa membaca ayat kursi ketika keluar rumahnya maka Allah mewakilkan 70 ribu malaikat yang menjaganya dari depan, belakang,kiri dan kanannya. Jika ia mati sebelum pulang kerumahnya maka Allah berikan kepadanya pahala 40 orang syahid. (HN. As-Syufuri  dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad, tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

 

Kitab ini disaran ulama dijauhkan dari membacanya kerana banyak mengandungi hadith palsu (Ithaf Al-Muhib As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11).

 

 

5. Sebelum Tidur

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

 

dari Abu Hurairah radliyallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menugaskanku untuk menjaga harta zakat Ramadlan. Lalu datang seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menangkapnya seraya berkata: "Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam." Lalu ia bercerita dan berkata: "Jika kamu hendak beranjak ke tempat tidur maka bacalah ayat kursi, nescaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pun bersabda: "Ia telah berkata benar padamu, padahal ia adalah pendusta. Pencuri itu adalah syaitan." (HR. Bukhari no. 3275).

 

6. Untuk Sebarang Ketakutan

 

- rujuk no. 2

 

7. Untuk Penerimaan Doa

 

 

اسْمُ اللَّهِ الأَعْظَمُ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ فِى سُوَرٍ ثَلاَثٍ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ وَطَهَ

 

Asma Allah yang paling Agung yang apabila dibaca dalam doa pasti dikabulkan ada dalam tiga tempat iaitu surah Al-Baqarah, surah Ali Imran, dan surah Thaha. (HR. Ibnu Majah no. 3856, hasan al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah)

 

Tiga ayat yang dimaksud dalam hadith ini adalah Surah Al Baqarah ayat 255 (ayat kursi), Surah Ali Imran ayat 1-2, dan Surah Thaha ayat 111 (https://dorar.net/hadith/sharh/61265).

 

 

8. Untuk pahala setara dengan Al-Quran (4 kali ganda)

 

Rasulullah memerintahkan seorang lelaki yang belum menikah kerana tidak memiliki harta untuk membaca Surah Al Ikhlas, Al Kafirun, Al Zalzalah, An Nashr, dan ayat kursi.

 

أَلَيْسَ مَعَكَ آيَةُ الْكُرْسِيِّ {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ} ؟ قَالَ : بَلَى . قَالَ : رُبُعُ الْقُرْآنِ

 

“Bukankah kamu telah hafal ayat kursi (Allahu laa ilaha illa huwa)?” Lelaaki itu menjawab, “Benar.” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “seperempat  Al Quran.” (HR. Ahmad no. 13309, daripada Malik bin Anas ra, sanadnya dhaif menurut al-Arnauth)

 

9. Untuk Kemiskinan

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم من خرج من منزله فقرأ آية الكرسي يبعث الله إليه سبعين ألف ملك يستغفرون له ويدعون له فإذا رجع إلى منزله ودخل بيته وقرأ آية الكرسي نزع الله الفقر من بين عينيه

 

Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barasngsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya. (HN. As-Shufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

 

Kitab ini disaran ulama dijauhkan dari membacanya kerana banyak mengandungi hadith palsu (Ithaf Al-Muhib As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11).

 

10. Selepas Wudhu

 

من قرأَ آيةَ الْكرسيِّ على أثرِ وضوئِهِ. أعطاهُ اللَّهُ ثوابَ أربعينَ عامًا، ورفعَ لَهُ أربعينَ درجةً، وزوَّجَهُ أربعينَ حَوراءَ

 

Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika masih ada kesan air wudhuknya Allah akan memberikannya pahala 40 tahun (beribadat), mengangkat baginya 40 darjat dan mengahwinkannya dengan 40 orang bidadari (HR. Ad-Dailami seperti disebutkan dalam Kanzul ‘Ummal no. 26989, daripada Ibnu Umar ra. Dalamnya terdapat perawi yang terkenal dengan kedustaan yakni Maqatil bin Sulaiman. As-Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 312, menilai hadith ini sebagai hadith palsu. Syeikh Thahir Fatani dalam Tazkirah Maudhuat no. 79 menilai sanadnya palsu).

 

 

جاء في الحديث من سره أن يملأ بيته خيراً فليقرأ آية الكرسي كثيراً ومن قرأها عقب الوضوء رفع الله له أربعين درجة وخلق من كل حرف ملكاً يستغفر لقارئها إلى يوم القيامة

 

Terdapat dalam sebuah hadith, Barangsiapa yang senang rumahnya dipenuhi dengan kebaikan,maka hendaklah ia memperbanyakkan membaca ayat kursi,dan barangsiapa yang membacanya selesai wudhu maka Allah mengangkatkan 40 darjatnya dan Allah ciptakan dari setiap huruf seorang malaikat yang meminta ampun kepada pembaca ayat kursi tersebut hingga hari kiamat. (HN. As-Syufuri  dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad, tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

 

 

11. Memudahkan jalan ke Jannah

 

 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ اْلكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُـوْبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُوْلِ اْلَجنَّةِ إِلاَّ اْلَمَوْتُ

 

Sesiapa membaca ayat Kursi mengiringi setiap selesai solat fardhu , nescaya tidak ada yang akan menegahnya memasuki syurga, kecuali mati.  (HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 9928, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 7532, daipada Abu Umamah ra, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 6464, sanadnya disahihkan oleh al-Mundziri dalam at-Targhib wa at-Tarhib 2/299).

 

12. Untuk perlindungan daripada Syaitan

 

-rujuk no. 1 & 5

 

 

13. Untuk Menabung daripada Kemiskinan dan Kemiskinan

 

عن النبي صلى الله عليه وسلم من خرج من منزله فقرأ آية الكرسي يبعث الله إليه سبعين ألف ملك يستغفرون له ويدعون له فإذا رجع إلى منزله ودخل بيته وقرأ آية الكرسي نزع الله الفقر من بين عينيه

 

 

Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barasngsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya. (HN. As-Shufuri dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

 

14. Untuk Perlindungan Rumah

 

 

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا

 

Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah (HR. Ad-Darimi no. 3425. Husain ad-Darani menilai hadith ini munqathi' (dhaif) dan perawinya tsiqah).

 

من قرأها )آية الكرسي) حين يأخذ مضجعه أمنه الله على داره ودار جاره والدويرات حوله

 

Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi ketika akan tidur, Allah Ta'ala akan melindungi rumahnya, rumah tetangganya dan juga rumah-rumah di sekitarnya (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2174, daripada Ali ra, palsu menurut Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at al-Kubra 1/243, al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6174 dan al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 298)

 

 

اقرأ آية الكرسي؛ فإنه يحفظك وذريتك ويحفظ دارك حتى الدويرات حول دارك

 

Bacalah oleh kamu ayat Kursi, maka Allah ta’ala peliharakan akan engkau, dan anak cucu kamu, dan akan rumah kamu, dan rumah-rumah sekeliling rumah kamu (HN. As-Suyuthi dalam Durar al-Mantsur 2/7 dan al-Itqan Fi Ulumul Qur’an hal. 740, daripada Ibnu Mas’ud ra, dhaif menurut pentahqiq Tafsir Tamsijjatul Muslimin hal. 215).

 

 

Dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda,

 

سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي

 

Dalam surah Al-baqarah ada ayat-ayat utama dari ayat Al-Qur’an. Tidaklah engkau membacanya di dalam rumah, kecuali syaitan akan keluar. Itu adalah ayat Kursi (HR. al-Hakim 1/560, dhaif al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1348)

 

15. 70,000 malaikat melindungi anda

 

 

قال جابر بن عبد الله رضي الله عنهما من قرأ آية الكرسي حين يخرج من بيته وكل الله به سبعين ألف ملك يحفظونه من بين يديه ومن خلفه وعن شماله. وإن مات قبل أن يرجع أعطاه الله ثواب أربعين شهيداً

 

Dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu'anhuma berkata : Barangsiapa membaca ayat kursi ketika keluar rumahnya maka Allah mewakilkan 70 ribu malaikat yang menjaganya dari depan, belakang,kiri dan kanannya. Jika ia mati sebelum pulang kerumahnya maka Allah berikan kepadanya pahala 40 orang syahid. (HN. As-Syufuri  dalam Nuhzatul Majalis 1/40, tanpa sanad, tiada asal dalam kitab muktabar sunnah).

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...