Matan kisah
عن أنس أن رجلا من أهل مصر أتى عمر بن الخطاب فقال: يا أمير
المؤمنين! عائذ بك من الظلم، قال: عذت معاذا، قال: سابقت ابن عمرو بن العاص فسبقته،
فجعل يضربني بالسوط ويقول: أنا ابن الأكرمين، فكتب عمر إلى عمرو يأمره بالقدوم ويقدم
بابنه معه، فقدم، فقال عمر: أين المصري؟ خذ السوط فاضرب، فجعل يضربه بالسوط ويقول عمر:
اضرب ابن الأكرمين. قال أنس، فضرب، فوالله لقد ضربه ونحن نحب ضربه، فما أقلع عنه حتى
تمنينا أنه يرفع عنه، ثم قال عمر للمصري: ضع السوط على صلعة عمرو، فقال: يا أمير المؤمنين!
إنما ابنه الذي ضربني وقد استقدت منه، فقال عمر لعمرو: مذ كم تعبدتم الناس وقد ولدتهم
أمهاتهم أحرارا؟ قال: يا أمير المؤمنين! لم أعلم ولم يأتني … – انتهى
Terjemahan
Dari Anas bin Malik –radhiyallahu
‘anhu, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan penduduk Mesir mendatangi ‘Umar
bin al-Khaththab –radhiyallahu ‘anhu– seraya berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin,
seseorang meminta perlindunganmu dari kezaliman.” ‘Umar bin al-Khaththab
berkata, “Kau mendapatkan perlindungan.” Lelaki Mesir itu berkata, “Aku bertanding
dengan putera ‘Amr bin al-‘Ash, lalu aku mengalahkannya dalam pertandingan itu. Namun, dia malah memukulku seraya
mengatakan, ‘Aku adalah putera dari keluarga terhormat.’” (Setelah mendengar
pengaduan itu), ‘Umar bin al-Khaththab segera melayangkan surat kepada ‘Amr bin
al-‘Ash dan menyuruhnya datang kehadapan ‘Umar bersama puteranya. Tatkala ‘Amr
bin al-‘Ash bersama putranya tiba di hadapan ‘Umar, berkatalah ‘Umar, “Di
manakah lelaki Mesir itu?” Ketika lelaki Mesir itu muncul, ‘Umar berkata
kepadanya, “kau ambillah cambuk dan pecutlah anak dari keluarga terhormat itu!”
Maka lelaki Mesir itu pun segera memukul putera ‘Amr bin al-‘Ash. Anas bin
Malik berkata, “Maka lelaki Mesir itu pun memukulnya. Demi Allah, dia terus memukul
putera ‘Amr bin al-‘Ash dan kami pun senang kerananya. Akan tetapi, tak
henti-hentinya dia memukulnya sampai-sampai kami begitu berharap agar dia
berhenti.” Kemudian ‘Umar bin al-Khaththab berkata kepada lelaki Mesir itu,
“Sekarang, pukullah ‘Amr bin al-‘Ash!” Lelaki Mesir itu berkata, “Wahai Amir
al-Mu’minin, hanya puteranya sajalah yang telah memukulku, dan sekarang aku
telah membalasnya.” Kemudian ‘Umar bin al-Khaththab berkata kepada ‘Amr bin
al-‘Ash, “Sejak bila kau memperhamba manusia, padahal mereka dilahirkan oleh
ibu-ibu mereka dalam keadaan merdeka?” ‘Amr bin al-‘Ash berkata, “Wahai Amir
al-Mu’minin, aku tak mengetahui kejadian tersebut, dan lelaki Mesir ini pun tak
melaporkannya kepadaku.”
Takhrij
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn
‘Abd al-Hakim bin A’yan al-Mishri di kitab Futuh Mishri wa Akhbaraha (hal. 290,
Dar al-Fikr, Beirut). Adapun sanadnya adalah sebagai berikut:
حُدِّثنا عن أبي عَبدة، عن ثابت البُناني، وحُميد، عن أنس
… -فذكر القصّة
Telah DICERITAKAN (oleh
seseorang) kepada kami sebuah kisah dari Abu ‘Abdah, dari Tsabit al-Bunani dan
Humaid, dari Anas … -kemudian disebutkanlah kisah tersebut di atas …
Pertama:
Tampak jelas dalam sanad tersebut
bahawa Ibn ‘Abd al-Hakim bin A’yan menerima kisah itu dari SESEORANG yang tidak
disebutkan namanya dan tidak pula diketahui perihalnya. Keadaan perawi yang
seperti itu tidak bisa diterima kerana tidak mungkin diketahui perihal
kejujuran dan hafalannya mengenai khabar-khabar yang disampaikannya. Dengan
demikian, sanad riwayat tersebut dhaif (lemah).
Kedua:
Orang yang tak diketahui nama dan
keadaannya tersebut menerima riwayat tersebut dari Abu ‘Abdah, dan Abu ‘Abdah
menerima riwayat tersebut dari Tsabit al-Bunani dan Humaid. Keberadaan Abu
‘Abdah dalam penceritaan kisah ini semakin menjadikan sanad riwayat tersebut
cacat. Alasannya tidak lepas dari dua kemungkinan berikut:
Kemungkinan pertama, Abu ‘Abdah
itu seorang perawi yang tidak diketahui jati dirinya dan tidak dikenali sebagai
murid dari Tsabit al-Bunani dan Humaid. Syaikh ‘Ali Hasyisy al-Mishri berkata
mengenai hal tersebut:
أنه بالبحث عمن روى عن ثابت فى تهذيب الكمال (٣/٢٤٤/٧٩٧)
وجِد أن عددهم (١۰٤) رواة
لم يكن من بينهم أبو عبدة ، وأنه بالبحث عمن روى عن عن حميد
فى تهذيب الكمال (٥/٢٣٦/١٥۰٧) وجِد أن عددهم (٧٣) راوياً لم يكن بينهم أبو عبدة
Bahawasanya berdasarkan
penyelidikan terhadap kitab Tahdzib al-Kamal (3/244/797) mengenai perawi-perawi
yang meriwayatkan dari Tsabit, ditemukan bahawa jumlah mereka mencapai 104
perawi, tetapi tidak satu pun di antara mereka yang bernama Abu ‘Abdah. Juga
berdasarkan penyelidikan terhadap kitab Tahdzib al-Kamal (5/236/1507) mengenai
perawi-perawi yang meriwayatkan dari Humaid, ditemukanlah bahwa jumlah mereka
mencapai 73 orang perawi, tetapi tidak satu pun di antara mereka yang bernama
Abu ‘Abdah. (Kitab al-Qashash al-Wahiyah 1/49)
Kemungkinan kedua, Abu ‘Abdah
yang dimaksud dalam sanad tersebut adalah Yusuf bin ‘Abdah Abu ‘Abdah (wafat
tahun 167 H), dan dia merupakan seorang perawi yang dhaif (lemah). Mengenai
Yusuf bin ‘Abdah Abu ‘Abdah ini, Ibn Abi Hatim berkata di kitab al-Jarh wa
at-Ta’dil:
نا أبو بكر الأثرم قال: قلت لأبي عبدالله أحمد بن حنبل: يوسف
بن عبدة أبو عبدة؟ قال: “له أحاديث مناكير عن حميد وثابت”، وكأنه ضعفه. نا عبدالرحمن
ابن أبي حاتم قال: سألت أبي عن يوسف بن عبدة؟ فقال: “شيخ ليس بالقوي، ضعيف
Abu Bakr al-Atsram berkata:
Aku bertanya kepada Abu
‘Abdillah, Ahmad bin Hanbal, “Bagaimana dengan Yusuf bin ‘Abdah Abu ‘Abdah?”
Ahmad bin Hanbal menjawab, “Dia memiliki hadith-hadith mungkar dari Humaid dan
Tsabit,” dan seakan-akan beliau melemahkannya. ‘Abd ar-Rahman bin Abi hatim
berkata, “Aku bertanya kepada ayahku tentang Yusuf bin ‘Abdah, lalu ayahku
menjawab bahawa dia adalah Syaikh, bukan perawi yang kuat, seorang yang dhaif.”
(kitab al-Jarh wa at-Ta’dil 9/226)
Berdasarkan penjelasan-penjelasan
tersebut, jelaslah bahwa sanad riwayat tersebut lemah/rapuh sedangkan kisah di
dalamnya pun mungkar. Adapun kemungkaran yang terkandung di dalam kisah
tersebut, di antaranya adalah perintah ‘Umar bin al-Khaththab kepada lelaki
Mesir itu untuk memukul ‘Amr bin al-‘Ash, padahal ‘Amr bin al-‘Ash sama sekali
tidak berbuat kezaliman terhadap lelaki Mesir itu. Bagaimana mungkin ‘Amr bin
al-‘Ash menerima hukuman atas perbuatan yang tak dilakukannya? Padahal Allah
–ta’ala- berfirman:
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
“Dan seorang yang berdosa tidak
dapat memikul dosa orang lain.” (QS. al-Isra’: 15)
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 279025
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 378439
https://semakhadith.com/kisah-anak-amru-bin-al-berlumba-dengan-orang-biasa/
https://groups.google.com/g/abtabtabt/c/aW4KG2e6AUw?pli=1
https://kisahmuslim.com/5317-kisah-keadilan-umar-dan-kezaliman-putra-amr-bin-al-ash.html
https://www.facebook.com/ahadeth.daeefa.batela/photos/a.378207605582908/961363540600642/?type=3
No comments:
Post a Comment