Thursday 20 June 2024

Hadith kisah wasiat nabi Adam kepada nabi Syits agar bertawasul dengan nama Nabi saw yang terdapat di pintu Syurga, tiang Arasy, daun syurga, dada bidadari

 

Hadith ini disebutkan Ustaz Don dalam Konti Suria Malaysia (https://www.tiktok.com/@suriamalaysia/video/7372447308241276167?_r=1&_t=8mcSOLjxVLd)

 

Matan hadith

 

عن كعب الاحبار قال ان الله انزل على آدم عصيا بعدد الأنبياء والمرسلين ثم اقبل على ابنه شيث فقال أي بني انت خليفتي من بعدي فخذها بعمارة التقوى والعروة الوثقى فكلما ذكرت الله فاذكر الى جنبه اسم محمد {صلى الله عليه وسلم} فإني رأيت اسمه مكتوبا على ساق العرش وأنا بين الروح والطين ثم إني طفت السموات فلم أر في السموات موضعا إلا رأيت اسم محمد مكتوبا عليه وأن ربي اسكنني الجنة فلم ار في الجنة قصرا ولا غرفة إلا اسم محمد مكتوبا عليه ولقد رأيت اسم محمد مكتوبا على نحور الحور العين وعلى ورق قصب آجام الجنة وعلى ورق شجرة طوبى وعلى ورق سدرة المنتهى وعلى أطراف الحجب وبين اعين الملائكة فأكثر ذكره فان الملائكة تذكره في كل ساعاتها

 

Terjemahan

 

Ka'ab al-Ahbar mengatakan Sesungguhnya Allah SWT menurunkan tongkat kepada Adam sebanyak jumlah para Nabi dan rasul, kemudian dia mendatangi anaknya Syits dan berkata, "Anakku, engkau adalah penggantiku sepeninggalku, maka ambillah tongkat-tongkat ini dengan mebangunkan ketakwaan dan ikatan yang kokoh. Setiap kali engkau menyebut Allah, maka sebutkanlah di sebelahnya nama Muhammad, kerana aku melihat namanya tertulis di kaki Arasy ketika aku berada di antara roh dan tanah liat. Kemudian aku menjelajahi langit. Pada setiap tempat di langit aku melihat nama Muhammad tertulis padanya. Dan Tuhanku telah menempatkanku di syurga dan di syurga aku tidak melihat istana dan kamarnya kecuali tertera nama Muhammad di situ. Dan saya juga melihat namanya tertulis pada dada-dada bidadari, daun bambu belukar syurga, daun pohon thuba, daun sidratul muntaha, di tepi-tepi hijab dan di antara mata para malaikat. Perbanyaklah menyebut nama Muhammad kerana para malaikat selalu menyebut namanya setiap waktu.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 23/281

 

Ibnu Nasiruddin al-Dimasyqi  berkata, sanadnya sangat lemah (Jami' al-Atsar fi Maulid Nabi 1/391).

 

Ini kerana beberapa kecacatan perawi dalam sanad seperti :

 

Muhammad bin Khalid al-Hashimi al-Dimasyqi, berkata Abu Hatim ar-Razi dia pendusta (Lisan al-Mizan no. 6745)

 

Ishaq bin Ibrahim bin Sufyan pula tidak diketahui latar belakangnya

 

Zakaria bin Yahya, berkata an-Nasaie dia halik dan ad-Daraquthni pula berkata dia dhaif

 

Muhammad bin Humair al-Hamshi, berkata Abu Hatim ar-Razi hadithnya boleh ditulis tetapi tidak boleh berhujjah dengannya.






 

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...