Tuesday, 25 June 2024

Hadith orang yang kenyang di dunia akan lapar di akhirat

 

Matan hadith

 

إِنَّ أَهْلَ الشِّبَعِ فِى الدُّنْيَا هُمْ أَهْلُ الْجُوْعِ فِى الْآخِرَةِ غَدًا

 

Terjemahan

 

Sungguh orang yang kenyang di dunia mereka adalah orang yang lapar di akhirat nanti

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 11693, daripada Ibnu Abbas ra

 

Hadith hasan lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 2138, kerana terdapat riwayat-riwayat penyokong:

 

Ibnu Umar ra

 

أكثرُ الناسِ شِبَعًا في الدنيا، أطولُهم جوعًا في الآخرةِ

 

Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat (HR. at-Tirmidzi no. 2478, Ibnu Majah no. 3341 daripada Ibnu Umar ra. Imam at-Tirmidzi menilai hadith ini hasan gharib dan Syeikh al-Albani menghasankannya, Syeikh al-Arnauth menilaia sanad hadith ini dhaif dalam Takhrij Syarahussunnah no. 4049)

 

Salman al-Farisi ra

 

إِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 

Sesungguhnya manusia yang paling banyak kenyang di dunia adalah manusia yang paling lapar di hari kiamat (HR. Ibnu Majah no. 3351, daripada Salman al-Farisi ra. Syeikh al-Albani menghasankannya)

 

Abu Juhaifah ra

 

أتيتُ النَّبيَّ ﷺ فجعَلْتُ أتجشَّأُ فقال يا أبا جُحَيفةَ اكفُفْ مِن جُشئك فإنَّ أكثرَ النّاسِ شِبَعًا في الدُّنيا أطولُهم جوعًا يومَ القيامةِ

 

Aku datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dan aku mulai bersendawa, beliau bersabda, "Wahai Abu Juhaifah, berhentilah bersendawa, kerana orang yang paling kenyang di dunia adalah orang yang paling lapar pada hari kiamat (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 351,  al-Hakim no. 7140, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi ad-Dhuafa’ 7/74, daripada Abu Juhaifah ra, al-Hakim menilai sanadnya sahih, at-Thabarani mendhaifkannya, Syeikh al-Albani mensahihkannya, az-Zahabi mensahkan hadith ini dalam Siyar A’lam an-Nubala 3/123 dan Syeikh al-Arnauth dalam tahqiqnya berkata hadith ini kuat dengan dengan syawahid-syawahidnya)

 

Juga terdapat jalur sanad yang melalui sahabat lain seperti Ibnu Abbas (HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Awliya’ 3/345-346, sanadnya dhaif menurut al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 3/71), dan Abdullah bin Amru al-Ash, dengan pengumpulan semua jalan riwayat yang ada, Syeikh al-Albani menilai hadith di atas sahih dalam Silsilah Hadith Sahih no. 343.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...