Tuesday, 25 June 2024

Kisah Nabi saw dan anggur / limau masam

 

Matan kisah

 

حُكي أنه جاء رجل فقير من أهل الصفة بقدحٍ مملوءةً عنباً إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يُهديه له، فأخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم القدح وبدأ يأكل العنب، فأكل الأولى وتبسم، ثم الثانية وتبسم، والرجل الفقير يكادُ يطير فرحاً بذلك، والصحابة ينظرون قد اعتادوا أن يشركهم رسول الله صلى الله عليه وسلم في كل شيء يهدى له، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل عنبة عنبة ويتبسم، حتى أنهى بأبي هو وأمي القدح والصحابة متعجبون !!! ففرح الفقير فرحاً شديداً وذهب، فسأله أحد الصحابة يا رسول الله لم لم تُشركنا معك؟! فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: قد رأيتم فرحته بهذا القدح وإني عندما تذوقته وجدته مُراً فخشيتُ إن أشركتكم معي أن يُظهر أحدكم شيئا يفسد على ذاك الرجل فرحتهُ

 

 

Terjemahan

 

Pada suatu hari, Nabi SAW dihampiri oleh lelaki ahli sufah yang membawa segenggam buah anggur. Buah anggur tersebut ditujukan kepada Nabi SAW sebagai hadiah. Lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah, terimalah buah anggur ini sebagai hadiah kecil dariku.” Ia sangat senang dan bersemangat ketika memberikan buah anggur itu kepada Nabi SAW.Nabi SAW pun menerima buah anggur pemberian lelaki itu dan mengambil satu butir untuk dimakannya. Saat itu, Nabi SAW sedang bersama para sahabatnya. Para sahabat sangat berharap agar Nabi SAW memberikan buah anggur itu kepada mereka. Tapi yang terjadi, Nabi SAW justeru menghabiskan anggur tersebut seorang diri dan tidak menyisakan untuk sahabatnya. Lelaki tersebut berasa sangat senang kerana Nabi SAW menghabiskan anggur pemberiannya. Kemudian ia pergi dengan hati yang gembira. Para sahabat pun hairan, hingga bertanya, “Wahai Rasulullah kenapa kau makan semua anggur itu dan tanpa sama sekali menawarkannya kepada kami?” Nabi Muhammad SAW tersenyum dan berkata, “Aku makan semua anggur itu karena rasa buah anggur itu masam. Jika aku menawarkannya pada kalian, aku khuwatir kalian tidak dapat menahan raut wajah yang tidak mengenakkan. Hal itu boleh menyakiti hati lelaki tersebut. Jadi aku berfikir lebih baik aku makan semuanya demi menyenangkan sang pemberi anggur. Aku tidak ingin menyakiti hati lelaki tersebut

 

Takhrij

 

Hadith ini palsu, tidak ditemui asal dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah menurut kebanyakan ahli ilmu semasa seperti:

 

a)      1. Syeikh Nasaan dalam https://www.naasan.net/index.php?page=YXJ0aWNsZQ==&op=ZGlzcGxheV9hcnRpY2xlX2RldGFpbHNfdQ==&article_id=MTcxNg==&lan=YXI=

b)      2. Syeikh Dr Sulaiman bin Saleh Al Ghaith dalam https://alforqan.ahlamontada.com/t31693-topic

c)      3. Syeikh Sami Mahmoud dalam https://eslam.ahlamontada.com/t450p50-topic

d)      4. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 298219, 271192

e)      5. Fatwa Soaljawab Hanafi no. 135825

f)       6. https://dorar.net/fake-hadith/794

g)      7. Irsyad al-Hadith no. 124

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...