Matan hadith
حكي « أن النبي كان جالساً على باب المدينة ، إذ مرت جنازة
رجل ، فقال : هل عليه دين ؟ فقالوا عليه دين أربعة دراهم ومات لم يؤدها ، فقال : صلوا
فإني لا أصلي على من كان عليه دين ومات ولم يؤده ، فنزل جبرائيل عليه الصلاة والسلام
فقال : يا محمد إن الله تعالى يقرئك السلام ويقول : بعثت جبرائيل بصورته و أدى دينه
،
قم فصل فإنه مغفور له ، ومن صلى على جنازته غفر الله له ،
فقال النبي ﷺ يا جبرائيل من أين له هذه الكرامة ؟ فقال : بقراءته كل يوم مائة مرة سورة
قل هو الله أحد ، لأن فيها بيان صفات الله والثناء عليه ) وقال النبي ﷺ من قرأها في
عمره مرة لا يخرج من الدنيا حتى يرى مكانه في الجنة خصوصاً من قرأها في الصلوات الخمس
في كل يوم مرة يشفع يوم القيامة الجميع أقربائه وعشيرته ممن قد استوجب النار
Terjemahan
Suatu ketika, Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam duduk di depan pintu Madinah, tiba-tiba di datangkan janazah
seorang lelaki, lantas Nabi saw bersabda; “Apakah dia memiliki hutang?” Para
sahabat menjawab; Dia memiliki hutang empat Dirham. Beliau bersabda; “Solatlah
kalian atasnya, sesungguhnya aku tidak akan mensolati orang yang memiliki
hutang empat dirham lalu mati dan hutangnya belum di bayar”. kemudian malaikat
Jibril ‘alaihissalam turun dan berkata; ‘Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah
Ta’ala menyampaikan salam untukmu dan berfirman; Aku telah mengutus Jibril
dengan berupa anak Adam dan melunasi hutang orang tersebut, Dia berfirman;
Berdirilah dan solatilah dia, kerana dia telah di ampuni, dan Dia berfirman;
Barangsiapa yang solat atas janazah tersebut maka Allah Ta’ala akan
mengampuninya’. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya; Wahai saudaraku!
Wahai Jibril! Darimanakah dia mendapatkan karamah seperti ini? Malaikat Jibril
‘alaihissalam menjawab; Kerana setiap harinya dia membaca surah; “Qul Huwallahu
Ahad” sebanyak seratus kali, sebab di dalamnya menjelaskan tentang sifat-sifat
Allah Ta’ala dan pujian kepada-Nya. Allah Ta’ala berfirman; Barangsiapa yang
membaca satu kali seumur hidupnya, dia tidak akan keluar dari dunia hingga
melihat tempat tinggalnya di syurga, terutama bagi orang yang membacanya setiap
hari dalam solat lima waktu, maka Allah Ta’ala akan memberi syafaat kepadanya
kelak di hari kiamat dan kepada semua kerabatnya yang berkewajipan untuk masuk
neraka.
Takhrij
HN. Ustman bin Hasan
bin Ahmad Asy-Syakiri Al-Khubawy dalam Durratun Nasihin hal. 331-332, cetakan
Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut Lubnan.
Palsu. Ulasan
pentahqiq kitab: tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia cumalah
sebuah kisah/hikayat para penglipur lara.
Juga dinukilkan dalam kitab
Mawidzatul Ushfuriyyah hal. 44-45 tanpa sanad.
No comments:
Post a Comment