Tuesday, 17 March 2026

Hadith kelebihan selawat bertemu Nabi saw sebelum mati

 


Matan hadith

 

مَنْ صَلَّى بِهَا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ ثَمَانِينَ مَرَّةً، غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَ ثَمَانِينَ سَنَةٍ، وَمَنْ صَلَّى بِهَا خَمْسَ مِائَةِ مَرَّةٍ لَا يَمُوتُ حَتَّى يَجْتَمِعَ بِالنَّبِيِّ ﷺ

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang berselawat dengan doa ini pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, Allah akan mengampunkan dosa 80 tahun baginya. Dan barang siapa yang membacanya sebanyak 500 kali, dia tidak akan mati sebelum bertemu dengan Nabi ﷺ.

 

Takhrij

 

Bahagian pertama hadith adalah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Syahin dalam al-Targhib fi Fadhail Amal hal. 14, dari Abu Hurairah ra.  Hadith ini dhaif jiddan (Fatwa Soaljawab Islam no. 202162). Dari riwayat Annas ra pula menyatakan bentuk selawat tersebut:

 

من صلّى عليَّ يومَ الجمعةِ ثمانين مرَّةً غفر اللهُ له ذنوبَ ثمانين سنةً. قيل: يا رسولَ اللهِ ! كيف الصَّلاةُ عليك؟ قال: تقولُ: اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ عبدِك ونبيِّك ورسولِك، النَّبيِّ الأمِّيِّ، وتعقِدُ واحدةً

 

Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah mengampunkan dosa-dosanya selama 80 tahun. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimana cara berselawat kepadamu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Engkau mengucapkan: Ya Allah! Engkau limpahkanlah selawat kepada Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu, dan Rasul-Mu, Nabi yang Ummi (buta huruf), kamu rangkaikan menjadi satu.

 

Takhrij

 

HR. al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 13/489, Ibnul Jauzi dalam al-Ilal Mutanahiyah no. 796.

As-Sakhawi dalam Qaulul Badi’  no. 285 mengisyaratkan kedhaifan hadith tersebut.

Hadith ini palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215.

 

 

 

Bahagian kedua hadith: Tidak ditemui asal. Ia bukanlah hadith tetapi ucapan Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki dalam kitab Syawariqul Anwar no. 108 yang menjanjikan kelebihan2 selawat di atas ketika di baca pada hari jumaat.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...