Tuesday, 17 March 2026

Periwayatan dan penceritaan riwayat sirah

 Para ulama hadith tidak berbeza pandangan bahawa dalam bab sirah dan maghazi (peperangan) Nabi adalah antara bab yang diharuskan padanya “meriwayatkan” hadith-hadith dhaif, “menghikayatkannya (menceritakannya)” dan “menukilkannya”. Mereka bertasahul (bermudah-mudah) dalam isu sanad riwayat berkenaan sirah dan peperangan Nabi.

 

Walaupun demikian dibolehkan, ini tidak bermakna kita boleh secara jazam (pasti) menyandarkan kepada baginda sesuatu yang tidak tsabit dengan sanad yang sahih atau ḥasan, tidak kiralah berkaitan hukum-hakam, akidah, fadilat amal, sirah atau bab-bab yang lain.

 

Adapun riwayat yang datang daripada jalan pendusta hadith, atau pencuri hadith, atau riwayat yang mengandungi nakarah atau shudhudh (iaitu riwayat munkar atau syaz) yang tiada seumpamanya yang diriwayatkan daripada baginda, maka riwayat seperti ini tidak diperkenankan untuk diriwayatkan melainkan untuk mentahzirnya (memberikan peringatan berkenaannya), dan tidak diceritakan kecuali untuk memberitahu kesalahannya.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 255686

 

https://syakirkamal.wordpress.com/2022/10/11/ringkasan-berkenaan-periwayatan-dan-penceritaan-riwayat-sirah/

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...