Friday, 15 March 2019

Hadith 15 perkara mengundang bencana akhir zaman


Hadith


 إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشْرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ فَقِيلَ وَمَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ الْمَغْنَمُ دُوَلًا وَالْأَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتْ الْأَصْوَاتُ فِي الْمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ وَلُبِسَ الْحَرِيرُ وَاتُّخِذَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوا عِنْدَ ذَلِكَ رِيحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا وَمَسْخًا

Terjemahan

Jika ummatku mengerjakan lima belas perkara maka bencana pasti akan menimpa mereka, " ditanyakan kepada beliau: Apa perkara itu wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam? beliau menjawab: "Apabila harta rampasan dimonopoli kelompok tertentu, amanat dijadikan harta rampasan, zakat dijadikan sebagai denda, suami tunduk kepada isterinya, derhaka kepada ibunya, berbuat baik kepada temannya, kasar terhadap bapanya, meninggikan suara di masjid, pemimpin suatu kaum adalah orang yang paling hina, seseorang dihormati kerana dikhawatirkan dari kejahatannya, meminum khamar (arak), memakai sutera, mengambil para wanita penyanyi dan alat alat muzik, dan akhir ummat ini melaknat orang orang pendahulu, maka tunggulah saat itu akan datang angin merah atau tanah longsor atau diganti rupanya.



Takhrij

HR. Tirmidzi, Kitab Fitan, Bab al-'Alamai Hululi al-Maskhi wal Khasf, dari Ali bin Abi Talib, no. 2210.

Didhaifkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1170.

Didhaifkan oleh Imam Tirmidzi dalam Sunannya

Didhaifkan oleh Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 6/69.


Didhaifkan oleh Ibn Bazz dalam Majmu Fatawa 26/243.

Hadith 5 malam dimustajabkan doa



Hadith:


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :خَمْسُ لَيَالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةُ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

Terjemahannya:


Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili رضي الله عنه, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Lima malam yang tidak ditolak pada malam tersebut akan doa, (iaitu) awal malam daripada Rejab, malam nisfu Sya’ban,malam Jumaat, malam raya fitri dan malam raya korban (disebut oleh Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 10/408, al-Albani menilainya maudhu' dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1452).

Yang benarnya, perkataan ini adalah dari Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm


وَبَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِيْ خَمْسِ لَيَالٍ : فِيْ لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى ، وَلَيْلَةِ الفِطْرِ ، وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجِبٍ ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضاً "الأم"

Terjemahannya:

Telah sampai kepada kami, bahawa doa yang dimustajabkan (yakni yang makbulkan oleh Allah) pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitri, awal malam daripada bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban. Beliau menganggap amalan berdoa pada hari tersebut adalah mustahab bukan fardhu (Al-Umm 1/264).


ayat di atas (Telah sampai kepada kami) jelas menunjukkan Imam Syafie dapat dari sumber yang tidak jelas bagi beliau. 

Bila dibuat semakan,

riwayat tersebut berasal dari riwayat marfu' dalam Tarikh Dimasyq (seperti telah disebutkan di atas), tapi palsu. ada 2 perawi pendusta, Bundar bin Umar ar-Ruyani dan Ibrahim bin Abi Yahya (Mizanul I'tidal 1/353; 1/58)

ada juga riwayat mauquf dari Ibnu Umar ra diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dalam Musannafnya 4/317,  juga dhaif. 


وَأَخْبَرَنِي مَنْ، سَمِعَ الْبَيْلَمَانِيَّ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: " خَمْسُ لَيَالٍ لَا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدُّعَاءَ: لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ، وَأَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَلَيْلَتَيِ الْعِيدَيْنِ "

Telah menyampaikan kepada saya seseorang yang mendengar daripada Al-Bailamani, yang menyampaikan daripada ayahnya, daripada Ibnu 'Umar bahawa: Lima malam yang doa padanya tidak tertolak: Malam pertama Rejab, malam Nisfu Sya'ban, malam Jumaat, malam dua hari raya.


Terdapat perawi yang dikritik Imam Bukhari dan Abu Hatim sebagai Munkarul hadith, iaitu Muhammad bin Abdul Rahman al-Bailamani (Tahzib al-Tahzib 9/261; Mizanul I'tidal 2/551)


Doa Bulan Rejab



 اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ



Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadhan) kepada kami pada bulan Ramadhan”.

Antara kitab-kitab yang menyebut lafaz doa seperti di atas adalah:

Di dalam Musnad Imam Ahmad: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: “اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ”. وَكَانَ يَقُولُ: ” لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ غَرَّاءُ، وَيَوْمُهَا أَزْهَرُ”.

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kepada kami pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Musnad Imam Ahmad, no. Hadith 2228]



Imam Ibn Sunni, Imam al-Baihaqi, Imam al-Bazzar dan Abu Nu’aim juga menyebut hadith ini di dalam kitab mereka: Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW apabila masuknya bulan Rejab, Baginda SAW bersabda:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ: “اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ”. قَالَ: وَكَانَ يَقُولُ: “إِنَّ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ لَيْلَةٌ غَرَّاءُ، وَيَوْمَهَا يَوْمٌ أَزْهَرُ”.


Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan”. Baginda SAW bersabda lagi: “Malam Jumaat adalah mulia dan harinya terang benderang”. [Ibn Sunni, Amal al-Yaum wa al-Lailah, 1:610, al-Baihaqi, Syu’ab al-Iman, 5:348, no. Hadith 3534, al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, 13:117, no. Hadith 6496 dan Abu Nu’aim, Hilyah al-Awliya’, 6:269]


Hukum Hadith

Hadith ini dihukum dhaif pada sanadnya oleh para ulama’ hadith. Antaranya ialah:

Imam al-Nawawi. [Al-Azkar, 1:189]
Imam Ibn Rejab. [Lathaif al-Ma’arif, 1:121]
Syeikh Syu’aib al-Arnaout. [Sunan Abu Daud, 4: 180]


Di dalam sanad hadith ini terdapat dua kecacatan sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli hadith:

Pertama: Pada Zaidah bin Abi al-Ruqqad (زائدة بن أبي الرقاد)

Imam al-Bukhari, al-Nasa’ie dan al-Hafiz Ibn Hajar menghukumnya sebagai "mungkar al-Hadith”.

Abu Hatim mengatakan bahawa “riwayat Zaidah daripada Ziyad adalah riwayat yang marfu’ tetapi mungkar dan kita tidak mengetahui adakah ia (hadith) daripadanya atau daripada Ziyad”.

Kedua: Pada Ziyad al-Numairiy (زياد النميري)

Ibn Ma’in dan Abu Daud "mengdhaifkannya”.

Abu Hatim mengatakaan “ditulis hadithnya tetapi tidak boleh berhujah dengannya”.

Ibn Hibban menyatakan di dalam “al-Thiqat bahawa dia (Ziyad) tersalah dan di dalam al-Majruhin sebagai mungkar al-Hadith. Dia meriwayatkan daripada Anas perkara-perkara yang tidak menyamai hadith daripada orang yang thiqat dan tidak boleh mengambilnya sebagai hujjah”.

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan dia (Ziyad) adalah “dhaif”.


Tarjih

Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ berkaitan kesahihan hadith ini, maka cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini sanadnya teramat lemah kerana padanya terdapat dua orang perawi yang bermasalah serta dalam masa yang sama kita tidak boleh menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.

Walaubagaimanapun, matan atau teks hadith tersebut tidak mempunyai masalah jika kita ingin berdoa dengannya. Ini kerana di dalam berdoa, kita dituntut untuk berdoa dan meminta apa sahaja kepada Allah SWT selagimana perkara yang diminta itu tidak bertentangan dengan syariat Islam.


Sumber

Irsyad al-Hadith Siri ke-41: Status doa berkenaan Rejab, Syaaban dan Ramadan

Hadith selawat Mikyal al-Awfa



Hadith 
                                  

مَن سَرَّه أنْ يَكتالَ بالمِكيالِ الأَوفى إذا صلّى علينا أهلَ البيتِ، فلْيقُلِ: اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ النَّبيِّ وأزواجِه أُمَّهاتِ المؤمنينَ وذُرِّيَّتِه وأهلِ بيتِه، كما صلَّيتَ على آلِ إبراهيمَ، إنَّك حَميدٌ مَجيدٌ


Terjemahan

Barangsiapa ingin ditimbang dengan timbangan yang sempurna, maka apabila bersealawat kepada kami iaitu ahlul bait, hendaklah dia mengucapkan "Allahumma shalli 'ala muhammadin waazwajihi ummahatul mu'minin wadzurriyyatihi wa ahla baitihi kama shallaita 'ala ali Ibrahim innaka hamidun majid" (Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan kepada Muhammad, para isterinya iaitu ibu bagi orang-orang yang beriman, keturunannya dan ahlu baitnya sebagaimana Engkau limpahkan kesejahteraan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung)."


Takhrij


HR. Abu Daud, Kitab Solat, Bab as-Solati 'ala an-Nabi SAW Ba'da at-Tasyahhud, dari Abu Hurairah, no. 982, didhaifkan oleh al-Albani dan al-Arnauth.

Hadith membaca Yasin pada orang yang meninggal dunia




Hadith

Daripada Ma’qil bin Yasar, bahawa Nabi SAW bersabda:

اقْرَؤُوْا يَسٍ عَلَى مَوْتَاكُمْ

Terjemahan

Bacalah surah Yasin kepada orang yang meninggal di antara kamu (HR. Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim).



Takhrij

HR. Abu Daud no. 3121, didhaifkan oleh al-Albani.

HR. Ibnu Majah no. 1448, didhaifkan oleh al-Albani.

HR. Ahmad no. 19416, didhaifkan oleh al-Arnauth.

HR. Ibnu Hibban no.  3002, didhaifkan oleh al-Arnauth.

HR. Al-Hakim no. 20174, beliau mendiamkannya.

Imam al-Nawawi mengatakan sanad hadith ini adalah lemah kerana terdapat padanya dua orang perawi yang tidak dikenali (al-Azkar, 144).

Imam Ibn Qathan berkata hadith tersebut tidak sahih kerana Abu Uthman tidak dikenali dan tidak meriwayatkan daripadanya kecuali Sulaiman bin Yasar. Apabila dia tidak dikenali maka bapanya lebih tidak dikenali padahal dia meriwayatkan daripadanya” (Bayan al-Wahm wa al-Iham, 5/49).



Perbahasan

Terdapat satu hadith bertaraf hasan dalam membahaskan isu hampir serupa. Tetapi hadith tersebut menyatakan bacaan Yaasin itu adalah kepada orang yang hendak meninggal dunia.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan terdapat sebuah hadith yang terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad dengan sanad yang hasan (al-Isabah, 5/249), daripada Safwan RA:


حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ، أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ، حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ، فَقَالَ: " هَلْ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَقْرَأُ يس؟ " قَالَ: فَقَرَأَهَا صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ، قَالَ: وَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ: إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا.


Terjemahan:


“Menceritakan kepadaku para syeikh (guru) bahawa mereka menghadiri Ghudhaif bin Harith ats-Thumali ketika beliau sedang menghadapi sakitnya maut, maka dia berkata : “Apakah ada di antara kalian yang mahu membacakan Yasin ?”. Dia (Safwan) berkata, maka Salih bin Syuraih al-Sakuniy membacanya (Yasin), tatkala sampai pada ayat ke 40 lalu Ghudhaif wafat. Dia (Safwan) juga berkata : “Para syeikh (guru) mereka berkata :“Apabila dibacakan samping orang yang hendak meninggal nescaya Allah akan meringankan baginya disebabkan dengan bacaan tersebut”(HR. Ahmad no. 16355). Al-Albaani menyatakan isnad hadith ini sahih dalam Irwaa’ al-Ghaleel, 3/152. Al-Arnauth juga menghasankan hadith ini.

Ada ulama yang menganggap hadith ini adalah syawahid kepada hadith yang disebutkan di atas seperti Imam  al-Hafidz al-Murtadha az-Zabidi (Ittihaf Saadatil Muttaqin 10/71).


Kesimpulan

Hendaklah membezakan waktu bilakah sepatutnya surah Yaasin ini dibacakan. Sama ada pada orang yang hendak meninggal atau yang telah meninggal.

Menurut pandangan sederhana Ibnu Utsaimin, bagi mereka yang mengatakan status hadith pertama itu sahih, maka membaca surah Yaasin bagi orang yang hendak meninggal adalah sunnah, dan bagi mereka yang mengatakan status hadith ini lemah (dhaif), maka perbuatan tersebut bukan sunnah. (Fatawa Ibn Utsaimin, 17/72).

Manakala amalan membaca surah Yaasin atau surah al-Quran yang lain pada orang yang telah meninggal dunia, maka tidak terdapat suatupun hadith yang sahih. Membaca Yaasin pada orang yang telah meninggal dunia, berkumpul membaca 40x dan sebagainya adalah merupakan perbuatan yang tiada tuntunannya dalam agama, maka hendaklah dijauhkan (Fatwa Soal Jawab Islam, no. 734).

Dan berkata Ibnu Taimiyah: Membaca al-Quran ke atas orang yang sudah mati adalah bidaah dan ini berbeza dengan membaca surah Yaasin kepada orang yang nazak ( hampir mati, bukan telah mati) yang mana ia disunatkan (al-Ikhtiyaaraat, ms. 91).

Surah Yasin membicarakan tentang Tauhid dan kebangkitan, janji-janji syurga kepada mereka yang beriman.

Bacaan Yasin digalakkan di baca keatas orang yang sedang menghadapi kematian menurut jumhur Imam Mazhab Fiqh. Amalan tersebut bukanlah bid’ah, akan tetapi ia merupakan perkara yang dikhilafkan.

Khilaf ulama pada perkataan موتاكم "mautakum"

1- Ada yang mentafsirkan -telah meninggal atau meninggal di kalangan kamu

2-Ada yang mentafsirkan - hampir meninggal di kalangan kamu  (nazak)

Yang paling tepat adalah pandangan ke-2 kerana:

Ini selaras dengan hadith dalam Sahih Muslim no. 916:

{ لقنوا موتاكم لا إله إلا الله }

"Ajarlah Lailahaillallah kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu."

Dan pengertian itu semakna dan disokong atsar sahabat berdasarkan hadith Safwan dalam riwayat Ahmad no. 16355 yang berstatus hasan.



Rujukan

Irsyad al-Hadith siri ke- 177, Mufti Wilayah Persekutuan

Fatwa Soal Jawab Islam no. 734.


http://www.al-ahkam.net/home/content/membaca-yasin-keatas-orang-mati-atau-ketika-nazak

Hadith fadhilat berserban


Hadith:


عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ بْنِ أُسَامَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْتِمُوا تَزْدَادُوا حِلْمًا

Terjemahan:

Dari Abi Malih bin Usamah dari ayahnya ia berkata, Rasululah SAW bersabda: Berserbanlah kalian, nescaya kalian akan bertambah sabar.

Takhrij:


HR. at-Thabarani, Kitab Mu'jam al-Kabir, Bab Lubsi al-'Amai'mi wa al-dua' wa Ghair Dzalika, dari  Usamah bin 'Amir, no. 518. Al-Albani menilainya dhaif jiddan (terlalu lemah) dalam Silsilah Hadith Dhaif no.2819.

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...