Mereka yang mengamalkannya berdalilkan hadith berikut:-
Matan hadith
عن عَطَاءِ بن أبي رَبَاحٍ وَعِكْرِمَةَ مولى بن عَبَّاسٍ عن بن عَبَّاسٍ
أَنَّهُ قال بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ
جَاءَهُ عَلِيُّ بن أبي طَالِبٍ فقال بِأَبِي أنت وَأُمِّي تَفَلَّتَ هذا
الْقُرْآنُ من صَدْرِي فما أَجِدُنِي أَقْدِرُ عليه فقال رسول اللَّهِ صلى الله
عليه و سلم يا أَبَا الْحَسَنِ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ الله
بِهِنَّ وَيَنْفَعُ بِهِنَّ من عَلَّمْتَهُ وَيُثَبِّتُ ما تَعَلَّمْتَ في
صَدْرِكَ قال أَجَلْ يا رَسُولَ اللَّهِ فَعَلِّمْنِي قال إذا كان لَيْلَةُ
الْجُمُعَةِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَقُومَ في ثُلُثِ اللَّيْلِ الْآخِرِ فَإِنَّهَا
سَاعَةٌ مَشْهُودَةٌ وَالدُّعَاءُ فيها مُسْتَجَابٌ وقد قال أَخِي يَعْقُوبُ
لِبَنِيهِ ( سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ) يقول حتى تَأْتِيَ لَيْلَةُ
الْجُمْعَةِ فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ فَقُمْ في وَسَطِهَا فَإِنْ لم تَسْتَطِعْ
فَقُمْ في أَوَّلِهَا فَصَلِّ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ في الرَّكْعَةِ
الْأُولَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةِ يس وفي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَحم الدُّخَانِ وفي الرَّكْعَةِ الثَّالِثَةِ بِفَاتِحَةِ
الْكِتَابِ وألم تَنْزِيلُ السَّجْدَةِ وفي الرَّكْعَةِ الرَّابِعَةِ بِفَاتِحَةِ
الْكِتَابِ وَتَبَارَكَ الْمُفَصَّلِ فإذا فَرَغْتَ من التَّشَهُّدِ فَاحْمَدْ
اللَّهَ وَأَحْسِنْ الثَّنَاءَ على اللَّهِ وَصَلِّ عَلَيَّ وَأَحْسِنْ وَعَلَى سَائِرِ
النَّبِيِّينَ وأستغفر لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلِإِخْوَانِكَ الَّذِينَ
سَبَقُوكَ بِالْإِيمَانِ ثُمَّ قُلْ في آخِرِ ذلك اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ
الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا
يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ
السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا
تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ
تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ
على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا
الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا
رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ
تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ
صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا
يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ يا
أَبَا الْحَسَنِ فافعل ذلك ثَلَاثَ جُمَعٍ أو خمس أو سبع يجاب بِإِذْنِ اللَّهِ
وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ ما أَخْطَأَ مُؤْمِنًا قَطُّ قال عبد اللَّهِ بن
عَبَّاسٍ فَوَاللَّهِ ما لَبِثَ عَلِيٌّ إلا خَمْسًا أو سَبْعًا حتى جاء علي
رَسُولَ اللَّهِ في مِثْلِ ذلك الْمَجْلِسِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ إني كنت
فِيمَا خَلَا لَا آخُذُ إلا أَرْبَعَ آيَاتٍ أو نَحْوَهُنَّ وإذا قَرَأْتُهُنَّ
على نَفْسِي تَفَلَّتْنَ وأنا أَتَعَلَّمُ الْيَوْمَ أَرْبَعِينَ آيَةً أو
نَحْوَهَا وإذا قَرَأْتُهَا على نَفْسِي فَكَأَنَّمَا كِتَابُ اللَّهِ بين عَيْنَيَّ
وَلَقَدْ كنت أَسْمَعُ الحديث فإذا رَدَّدْتُهُ تَفَلَّتَ وأنا الْيَوْمَ أَسْمَعُ
الْأَحَادِيثَ فإذا تَحَدَّثْتُ بها لم أَخْرِمْ منها حَرْفًا فقال له رسول
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عِنْدَ ذلك مُؤْمِنٌ وَرَبِّ الْكَعْبَةِ يا أَبَا
الْحَسَنِ قال أبو عِيسَى هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إلا من حديث
الْوَلِيدِ بن مُسْلِمٍ
Terjemahan
Diriwayatkan daripada Atha’ bin Rabah dan Ikrimah (hamba kepada Ibn
Abbas), mereka berdua meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas radhiyallahu
anhuma katanya: Ketika kami bersama-sama dengan Baginda sallallahu alaihi
wasallam , tiba-tiba datang Saidina Ali bin Abu Talib radhiyallahu anhu mengadu
kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam: Demi sesungguhnya ya Rasulallah ,aku
secara tiba-tiba tidak mampu untuk mengingati al-quran yang telah dihafaz
(telah hilang secara tiba-tiba daripada ingatanku), telah aku cuba untuk
mengingatinya tetapi aku tidak mampu. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam: Wahai Abu al-Hasan (gelaran kepada Saidina Ali radhiyallahu anhu),
Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang mana ianya akan memberikan
faedah kepadamu dan kepada orang yang kamu ajari serta mengukuhkan lagi
ingatanmu terhadap apa yang engkau pelajari?Kata Saidina Ali radhiyallahu anhu:
Tentu sekali aku mahu ya Rasulallah, ajarkanlah aku perkara tersebut. Sabda
Baginda sallallahu alaihi wasallam: Bilamana tiba malam Jumaat maka jika kamu
mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, yang mana waktu tersebut
adalah waktu terakhir yang akan disaksikan oleh para malaikat, dan waktu yang
mustajab doanya, sesungguhnya saudaraku Yaakub alaihi al-salam telah berkata
kepada anaknya (seperti yang difirmankan oleh Allah subhanahu wa taala di dalam
surah Yusuf ayat 98) maksudnya: Aku akan memohon ampun bagimu kepada Allah
taala dan Nabi Yaakub alaihi al-salam menyebutkan (pada malam Jumaat nanti).Tetapi
jika kamu tidak mampu untuk bangun pada waktu tersebut, maka (bolehlah untuk
kamu) bangun pada pertengahan malam, dan jika tidak juga mampu, maka bolehlah
bagimu bangun pada permulaan malam. Dan dirikanlah solat sebanyak 4 rakaat.
Bacalah pada rakaat yang pertama dengan surah al-Fatihah dan Surah Yaasin. Dan
pada rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah dan Surah al-Dukhan, dan pada rakaat
ketiga bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat
bacalah Surah al-Fatihah dan surah al-Mulk. Apabila kamu telah selesai
tasyahhud maka berzikirlah memuji Allah taala, kemudian pujilah Dia dengan
sebaik-baik pujian, dan selawatlah kamu ke atas aku dengan sebaik-baik selawat
dan selawat juga ke atas para Nabi dan mohonlah ke ampunan ke atas golongan
Mukminin dan mukminat dan kepada saudara-saudaramu yang telah mendahului kamu
dengan keimanan mereka kepada Allah taala dan kemudian sebutkanlah olehmu pada
akhir (pujian-pujian dan doa kamu tersebut) dengan doa ini:
اللهم ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا ما أَبْقَيْتَنِي
وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَكَلَّفَ ما لَا يَعْنِينِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ
فِيمَا يُرْضِيكَ عَنِّي اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ
وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ
بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ أَنْ تُلْزِمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كما
عَلَّمْتَنِي وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ على النَّحْوِ الذي يُرْضِيكَ عَنِّيَ
اللهم بَدِيعَ السماوات وَالْأَرْضِ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ وَالْعِزَّةِ
التي لَا تُرَامُ أَسْأَلُكَ يا الله يا رَحْمَنُ بِجَلَالِكَ وَنُورِ وَجْهِكَ
أَنْ تُنَوِّرَ بِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَنْ تُطْلِقَ بِهِ لِسَانِي وَأَنْ
تُفَرِّجَ بِهِ عن قَلْبِي وَأَنْ تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَنْ تعمل بِهِ بَدَنِي
لأنه لَا يُعِينُنِي على الْحَقِّ غَيْرُكَ ولا يُؤْتِيهِ إلا أنت ولا حَوْلَ ولا
قُوَّةَ إلا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam lagi: Wahai Abu al-Hasan,
lakukanlah olehmu solat ini pada tiga kali Jumaat, atau lima Jumaat , atau
tujuh Jumaat ,Dengan Izin Allah akan mustajab doamu tersebut. Demi tuhan yang
mengutuskan aku dengan kebenaran tidak akan tersalah sedikitpun seorang mukmin
(yang beramal dengan perkara ini).
Kata Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma: Demi Allah, tidak lama
selepas Saidina Ali radhiyallahu anhu melaksanakan perkara ini lebih kurang
lima kali atau tujuh kali maka beliau sekali lagi datang bertemu Baginda
sallallahu alaihi wasallam di dalam majlis yang seumpama sebelumnya dan beliau
berkata: Ya Rasulullah, aku sebelum ini hanya mampu menghafaz empat ayat dan
seumpamanya sahaja, bila aku membaca semula maka ianya akan hilang, tapi
sekarang aku sudah mampu menghafaz 40 ayat dan seumpamanya, bilamana aku
membacanya semula aku mendapati seolah-olah al-Quran berada di depan mataku.
Begitu juga dengan hadithmu ya Rasulallah, bila aku mengulang-ulangnya maka
sekejap sahaja ianya akan hilang daripada ingatanku, tetapi sekarang ya
Rasulallah, bila kamu menyebutkan hadith tersebut maka tiada satu huruf pun
daripadanya hilang daripada ingatanku. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam
bila mana mendengar perkara tersebut: Demi Tuhan Pemilik Kaabah ,Kamu adalah
mukmin (benar-benar beriman dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam) wahai
Abu al-Hasan.
Takhrij
HR. Tirmidzi, Kitab Doa, Bab Doa al-Hafidz, no. 3570, dari Ibnu Abbas.
Imam Tirmidzi berkata "Hadith ini hasan gharib, tidak dikeluarkan kecuali
dari hadith Al-Walid ibn Muslim".
Hadith ini juga dikeluarkan oleh:-
Imam Al-Khathib dalam Al-Jami’ li Ahlaq Ar-Rawi wa Adab As-Sami’ (2/259)
no. 1792
Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (51/251)
Imam Al-Hakim dalam Al-Mustadrak pada (1/461) no. 1190. Al-Hakim
berkata "Sahih dengan syarat syaikhain".
Al-Baihaqi dalam Al-Asma' wa As-Sifat (2/108)
Al-Asbahani dalam At-Targhib (127/2)
Syeikh al-Albani berkata dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3374:-
Dan hadith ini tidaklah seperti yang dikatakan oleh Tirmidzi atau
Al-Hakim, di dalam sanadnya, terdapat perawi bernama Walid ibn Muslim dan dia
terkenal sebagai mudalis. Beliau berkata, “Hadith ini munkar”.
Sedangkan dalam Dhaif Sunan Tirmidzi beliau berkata, “Maudhu”.
Ibnul Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhu'at 2/138.
Az-Zahabi dalam Mizan Al-I’tidal 2/213 biografi no. 3487, menyebutkan
hadith ini sambil berkata, “Hadith ini munkar sekali”.
Az- Zhahabi dalam Talkhish 1/316 juga memperbetulkan hadith
al-Hakim dan berkata :
(هذا
حديث منكر شاذ ،وقد حيرني والله جودة إسناده)
“Hadith ini munkar syaz, dan ini
mengagumkan aku, demi Allah sanadnya ada kualiti.”
Hadith ini sama sekali tidak mampu dikuatkan oleh hadith lain yang
dikeluarkan dari jalan Muhammad ibn Ibrahim Al-Qurasiyu, menceritakan kepada
kami Abu Solehh dari Ikrimah dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu, seperti hadith
di atas, bahkan menguatkankan pula kepalsuan hadith diatas.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wa Lailah no.
572, at-Thabarani dalam Mu’jam Al-Kabir no. 12036 dan Al-Uqaili dalam Dhuafa
Al-Kabir no. 1721.
Ibnu Jauzi berkata dalam al-Maudhu'at 2/138 hadith ini juga tidak sahih kerana
Muhammad bin Ibrahim majruh. Dan Ishaq bin Najih matruk.
Ishaq ibn Najih juga tertuduh telah berdusta. Imam Ahmad ibn
Hanbal, Ibnu Ma’in dan selain mereka menganggapnya pendusta. Imam Bukhari
berkata, “Munkarul hadith”. An-Nasaie berkata, “Matrukul hadith”. Dia ini
pernah mengaku meriwayatkan dari Ibn Juraij, maka boleh jadi dialah pembuat
hadith solat hifdzi ini yang kemudian dikutip oleh Walid ibn Muslim.
Sedangkan tentang penilaian hasan dan sahih yang dilakukan oleh
at-Tirmidzi dan Al-Hakim, tidak diterima, kerana mereka dikenali dikalangan
ahli hadith yang bermudahan (mutasahil) dalam penilaian sahih hadith (Ahadith
Mua'llah, hal. 198).
Rujukan
Fatwa Islamweb no. 344.
Fatwa Soaljawab Islam no. 139768