Teks hadith
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba bangun dari kelazatan tidur
padahal matanya masih mengantuk untuk menyenangkan Allah SWT dengan melakukan
solat tahajud, maka Allah akan membanggakannya di hadapan para malaikat. Tuhan
berkata, “Bukankah kalian melihat hambaKu bangun dari kelazatan tidur untuk
melakukan solat yang tidak aku wajibkan kepadanya, saksikanlah bahawa aku telah
mengampuni dosanya!”
Takhrij
Hadith ini tidak ditemui redaksinya oleh saya
dalam Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disebarkan dalam media sosial.
Hasil pencarian, hadith ini dijumpai
dari buku “Maka Bertahajudlah: Berdua dengan Tuhan” cetakan ke-6
yang diterjemahkan oleh Muhammad Andi dari buku “The Night Prayer (Salat
al-Layl), diterbitkan oleh Al-Huda tahun 2006, hal. 146 dan buku ini https://qfatima.com/wp-content/uploads/2017/11/SALATUL-LAYL.pdf. Kedua-dua buku ini mengutip sumber-sumber dalil secara majoritinya
dari Kitab Syiah seperti Bihar Al-Anwar, 87/161 dan Irshad Al-Qulub hal. 316.
Juga didapati dalam web https://www.imamreza.net/old/eng/imamreza.php?id=331, hadith no. 9.
Akan tetapi, terdapat hadith-hadith yang
hamper maknanya seperti hadith di atas dalam kitab sunnah:-
1.Matan hadith
أَلاَ إِنَّ اللهَ يَضْحَكُ إِلَى رَجُلَيْنِ: رَجُلٌ قَـامَ فِيْ لَيْلَةٍ
بَارِدَةٍ مِنْ فِرَاشِهِ وَلِحَافِهِ وَدِثَارِهِ، فَتَوَضَّأَ ثُمَّ قَامَ إِلَى
الصَّلاَةِ، فَيَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلاَئِكَتِهِ: مَا حَمَلَ
عَـبْدِيْ هَذَا عَلَى مَا صَنَعَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: رَبُّنَا رَجَاءً مَا عِنْدَكَ
وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدَكَ، فَيَقُوْلُ: فَإِنِّي قَدْ أَعْطَيْتُهُ مَا رَجَا
وَأَمَّنْتُهُ مِمَّا يُخَافُ.
Terjemahan
“Ketahuilah, sesungguhnya Allah tertawa terhadap dua orang laki-laki:
Seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari tempat tidur dan tilamnya,
lalu ia berwudhu’ dan melakukan solat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
kepada para MalaikatNya, ‘Apa yang mendorong hambaKu melakukan ini?’ Mereka
menjawab, ‘Wahai Rabb kami, ia melakukan ini kerana mengharap apa yang ada di
sisiMu dan takut dari apa yang ada di sisiMu pula.’ Allah berfirman, ‘Sesungguhnya
Aku telah memberikan kepadanya apa yang ia harapkan dan memberikan rasa aman dari
apa yang ia takutkan.'
Takhrij
HR. Ahmad 1/416, Ibnu Hibban 6/297, al-Hakim 2/112, Ibnu ‘Ashim dalam
as-Sunnah, 1/249 dari Abdullah bin Mas’ud ra. Al-Hakim berkata: “Sanad hadith
ini sahih.” Penilaian al-Hakim disetujui oleh az-Zahabi. Syeikh al-Albani
berkata dalam Sahih Targhib no. 630, haith ini sahih lighairih. Sedangkan
al-Haitsami berkata sanadnya hasan dalam Majma Zawaid 2/258.
2.Matan hadith
عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ رَجُلٍ ثَارَ عَنْ وِطَائِهِ
وَلِحَافِهِ ، مِنْ بَيْنِ أَهْلِهِ وَحَيِّهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، فَيَقُولُ
رَبُّنَا : أَيَا مَلَائِكَتِي ، انْظُرُوا إِلَى عَبْدِي ، ثَارَ مِنْ فِرَاشِهِ
وَوِطَائِهِ ، وَمِنْ بَيْنِ حَيِّهِ وَأَهْلِهِ إِلَى صَلَاتِهِ ، رَغْبَةً
فِيمَا عِنْدِي ، وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدِي
Terjemahan
Allah takjub terhadap seorang laki-laki yang bangun dari tempat tidur
dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk mengerjakan solat.
Allah menyerukan: 'Wahai Malaikat-MalaikatKu, lihatlah hambaKu itu, ia bangun
dari pembaringan dan tilamnya meninggalkan keluarga dan kekasihnya untuk
mengerjakan solat, demi mengharapkan pahala di sisiKu dan merindukan apa yang
ada di sisiKu.
Takhrij
HR. Ahmad no. 3949, Ibnu Khuzaimah dalam Tauhid 2/895 dan Ibnu Hibban
no. 2557 dari Ibnu Mas’ud ra. Disahihkan
oleh Ibnu Hibban dan Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Ibnu Hibban. Ahmad Syakir
berkata sanadnya sahih.
3.Matan hadith
لاثة يحبهم الله ويضحك إليهم ويستبشر بهم الذي إذا انكشفت فئة قاتل وراءها
بنفسه لله عز وجل ، فإما أن يقتل وإما أن ينصره الله ، ويكفيه ، فيقول : انظروا
إلى عبدي هذا كيف صبر لي بنفسه ، والذي له امرأة حسنة ، وفراش لين حسن فيقوم من
الليل ، فيقول : يذر شهوته فيذكرني ولو شاء رقد ، والذي إذا كان في سفر ، وكان معه
ركب فسهروا ثم هجعوا ، فقام من السحر في سراء وضراء
Terjemahan
Ada tiga golongan yang kelak dicintai Allah dan Allah tertawa kepada
mereka sambil memberikan khabar gembira. Iaitu orang yang apabila melihat
perang berkecamuk, dia segera ikut berperang di belakang orang-orang, kerana
Allah. Dia tidak peduli apakah nanti terbunuh atau diselamatkan Allah. Yang
demikian itu cukup baginya, dan Allah berkata kepada para malaikat, ‘Lihatlah
hambaku ini bagaimana dia begitu sabar demi Aku’. Kemudian orang yang memiliki
isteri cantik dan tilam yang empuk dan bagus, tetapi dia bangun di malam hari.
Maka Allah berkata, ‘Dia mengabaikan syahwatnya demi mengingatiKu. Padahal
kalau mahu, dia boleh sahaja tidur’. Kemudian, orang yang dalam musafir bersama
rombongan, semua orang bangun lalu kembali tidur, maka dia tetap terjaga pada
waktu sahur dalam keadaan lelah atau santai.
Takhrij
HR. Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat no. 983 dan Thabarani seperti
disebutkan oleh al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/245, dari Abu
Darda’ ra.
Sanadnya dihasankan oleh al-Dimyathi dalam al-Mutajir al-Rabih no. 72
dan al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/286, 1/297.
Al-Haithami dalam Majma Zawaid 2/258, mengatakan, para perawi hadith ini
terpecaya
Syeikh al-Albani mengatakan hadith ini hasan dalam Sahih Targhib no. 629
dan dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3478, beliau mengatakan isnadnya hasan dan
mempunyai syawahid.
4.Matan hadith
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا
وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ
Terjemahan
Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan
laksanakanlah solat pada saat manusia tertidur nescaya kalian masuk syurga
dengan selamat.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2485 dan Ibnu Majah no. 1334, dari Abdullah bin Salam.
Hadith ini disahihkan oleh Tirmidzi dalam Sunannya dan Syeikh al-Albani
dalam Sahih Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 145706
https://www.al-islam.org/salatul-layl-tahera-kassamali-hasnain-kassamali/hadith-salatul-layl
https://www.academyofislam.com/reflection-no-317-on-q-5116-17-salatul-layl/