Friday, 21 October 2022

Hadith kelebihan selawat yang membuatkan Rasulullah saw akan hadir menggali kubur kita

 

 

Matan hadith

 

عن عليّ بن أبي طالب مرفوعا » من قال ليلة الجمعة ولو مرّة : *أللّهمّ صل على محمد النّبيّ الأمّيّ الحبيب العالى القدر العظيم الجاه وعلى آله وصحبه وسلّم* كنت ألحده بيدي »

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Sayyidina 'Ali Bin Abi Thalib ra: Barang siapa yang membaca selawat ini pada malam Jumaat walaupun hanya satu kali:

 

أللّهمّ صل على محمد النّبيّ الأمّيّ الحبيب العالى القدر العظيم الجاه وعلى آله وصحبه وسلّم

 

Maka saya (Nabi Muhammad SAW) Yang akan Memasukkan Ke Liang Lahad kuburannya dengan tanganku sendiri

 

Takhrij

 

HN. Habib Abdullah bin Husein bin Thahir Ba'alawi dalam Is'adur Rafiq wa Bughyatus Shadiq hal. 31, tanpa sanad.

 

Tidak sahih tidak tsabit disandarkan kepada nabi saw tanpa syak (Fatwa Soaljawab Islam no. 293625), kerana tanpa kehadiran sanad yang lengkap untuk dikaji. Maka telah gagal tapisan pertama dan matannya juga sangat gharib

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...