Perintah memperbanyak zikir
kepada Allah subhanahu wa ta’ala bisa kita temukan dalam Q.S al-Ahzab: 41.
Dimana seorang muslim dituntut untuk selalu ingat terhadap Tuhannya dalam
keadaan apapun, diantaranya dengan melafadzkan zikir kepada Allah.
Hanya saja, para salaf dahulu tak
jarang mereka mempunyai kesukaan tersendiri terhadap suatu wirid zikir atau
hizib, baik berupa suatu solat tertentu, bacaan ayat al-Qur’an tertentu, atau zikir
tertentu. Nabi Muhammad shallaAllah alaihi wa sallam pernah bersabda dalam hadits
yang shahih:
سمعت عمر بن الخطاب، يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من نام عن
حزبه، أو عن شيء منه، فقرأه فيما بين صلاة الفجر، وصلاة الظهر، كتب له كأنما قرأه
من الليل
Siapa yang tertidur meninggalkan
‘hizib’nya di malam hari, lantas dia membacanya di antara solat shubuh dan solat
zuhur, maka seolah dia telah membacanya di malam hari (HR. Muslim no. 747).
Ibnu al-Atsir (w. 606 H)
menjelaskan apa maksud dari hizib, beliau mengatakan bahawa:
الحزب ما يجعله الرجل على نفسه من قراءة أو صلاة كالورد
Hizib adalah sesuatu bacaan atau solat
yang dirutinkan oleh seseorang, seperti wirid. (an-Nihayah fi Gharib al-Hadits
wa al-Atsar 1/ 376).
Wirid Ibnu Taimiyah
Wiridan utama beliau pastinya
membaca, meneliti dan menulis. Bahkan az-Dzahabi (w. 748 H), sebagaimana
dinukil oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852 H) pernah menyatakan bahawa tulisan
beliau itu boleh sampai 300-an jilid lebih:
ولعل فتاويه في الفنون تبلغ ثلاثمائة مجلد بل أكثر
Barangkali fatwa-fatwa beliau
(Ibnu Taimiyyah) dalam semua cabang ilmu boleh sampai 300 jilid buku, bahkan
lebih. (ad-Durar al-Kaminah 1/ 175).
Hanya selain itu, beliau juga
mempunyai beberapa hizib tertentu sebagaimana diceritakan oleh murid terbaik
beliau; Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w. 751 H).
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w. 751
H) dalam kitabnya Madarij as-Salikin menjelaskan salah satu hizib kesukaan Ibnu
Taimiyyah (w. 728 H):
ومن تجريبات السالكين التي جربوها فألفوها صحيحة أن من أدمن يا حي يا قيوم
لا إله إلا أنت أورثه ذلك حياة القلب والعقل
Salah satu tajribat/ hasil uji
yang dilakukan oleh para salik adalah siapa yang membiasakan membaca “ya Hayyu
ya Qayyum, la ilaha illa anta” maka hati dan pikirannya akan selalu hidup
وكان شيخ الإسلام ابن تيمية قدس الله روحه شديد اللهج بها جدا، وقال لي
يوما: لهذين الاسمين وهما الحي القيوم تأثير عظيم في حياة القلب، وكان يشير إلى
أنهما الاسم الأعظم، وسمعته يقول: من واظب على أربعين مرة كل يوم بين سنة الفجر
وصلاة الفجر "يا حي يا قيوم، لا إله إلا أنت، برحمتك أستغيث" حصلت له
حياة القلب، ولم يمت قلبه.
Ibnu Taimiyyah (w. 728 H)
termasuk orang yang sangat suka dengan zikir itu. Bahkan suatu ketika beliau
pernah berkata: Kedua isim ‘al-Hayyu dan al-Qayyum’ ini mempunyai bekas yang
cukup bagus bagi hati. Dia termasuk isim a’dzam. Maka siapa yang membiasakan
membaca sebanyak 40 kali setiap hari, di waktu antara solat sunnah fajar dan solat
subuh, “ya Hayyu ya Qayyum la ilaha illa anta, bi rahmatika astaghits, maka
hatinya akan selalu hidup dan tak akan pernah mati. (Madarij as-Salikin 1/446).
Hal lain yang menjadi bacaan
rutin Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) di waktu tertentu adalah surah al-Fatihah.
Salah seorang murid Ibnu
Taimiyyah (w. 728 H) yang lain; Sirajuddin Abu Hafsh al-Bazzar (w. 749 H)
menceritakan kebiasaan gurunya:
وكنت مدة اقامتي بدمشق ملازمه جل النهار وكثيرا من الليل وكان يدنيني منه
حتى يجلسني الى جانبه وكنت اسمع ما يتلو وما يذكر حينئذ فرأيته يقرأ الفاتحة
ويكررها ويقطع ذلك الوقت كله اعني من الفجر الى ارتفاع الشمس في تكرير تلاوتها
Ketika sedang berada di Damsyiq,
saya selalu mulazamah dengan Ibnu Taimiyyah, boleh dikatakan hampir sepanjang
siang dan malam. Suatu ketika saya diminta duduk di samping beliau. Saya
mendengar apa yang beliau zikirkan, iaitu beliau selalu mengulang-ulang bacaan
surat al-Fatihah, mulai dari fajar sampai matahari mulai meninggi di pagi hari.
(al-A’lam al-Aliyyah fi Manaqib ibn Taimiyyah hal. 38).
Hal itu cukup beralasan. Ibnu
Qayyim al-Jauziyyah (w. 751 H) pernah mendengar Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) berkata:
تأملت أنفع الدعاء فإذا هو سؤال العون على مرضاته، ثم رأيته في الفاتحة في:
إياك نعبد وإياك نستعين
Saya (Ibnu Taimiyyah)
mengangan-angan, sebenarnya doa paling bermanfaat itu meminta pertolongan
kepada Allah atas redhaNya. Dan saya melihatnya berada pada surah al-Fatihah
dalam ayat “iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in”. (Madarij as-Salikin 1/ 100).
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w. 751
H) sendiri sebagai murid kesayangan Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) menuliskan sebuah
kitab yang berjudul: Madarij as-Salikin Baina Manazil Iyyaka Na’budu wa Iyyaka
Nastain; sebuah buku yang mengupas khusus surat al-Fatihah, dalam bingkai
tazkiyatu an-Nafs atau dengan bahasa lain tasawuf versi Ibnu Qayyim
al-Jauziyah.
Selain kedua zikir diatas, Ibnu
Taimiyyah (w. 728 H) juga mengumpulkan ‘Ayat Sakinah’.
Ayat Sakinah ini biasa beliau
baca ketika dalam keadaan yang sulit, atau dalam keadaan gundah.
وكان شيخ الإسلام ابن تيمية - رحمه الله - إذا اشتدت عليه الأمور: قرأ آيات
السكينة
Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) ketika
dalam keadaan sulit, beliau membaca ayat-ayat sakinah. (Madarij as-Salikin 2/
471).
Bahkan Ibnu Taimiyyah (w. 728 H)
meminta kepada para kerabatnya untuk membacakan bersama ‘ayat sakinah’.
قال: فلما اشتد علي الأمر، قلت لأقاربي ومن حولي: اقرءوا آيات السكينة،
قال: ثم أقلع عني ذلك الحال، وجلست وما بي قلبة
Ibnu Taimiyyah berkata: Ketika
saya sedang dalam keadaan sulit, maka saya katakan kepada kerabat dan
orang-orang disekitar saya, “Kalian bacakanlah ayat-ayat sakinah!”. Maka
kesulitan dan kegundahan itu hilang. (Madarij as-Salikin hal. 2/ 471).
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w. 751
H) juga memberikan testimoni dengan membuktikan sendiri bahawa ‘ayat sakinah’
ini boleh mengubati hati yang sedang kacau.
وقد جربت أنا أيضا قراءة هذه الآيات عند اضطراب القلب بما يرد عليه. فرأيت
لها تأثيرا عظيما في سكونه وطمأنينته
Saya telah mencuba membuktikan
sendiri membaca ayat-ayat sakinah ketika sedang galau. Saya rasakan ada bekas
yang luar biasa, sampai hati saya tenang. (Madarij as-Salikin 2/ 471).
Tentu akan susah dicari dalil
hadith yang sahih, terkait apa saja ayat-ayat sakinah ini. Lantas dari mana
Ibnu Taimiyyah (w. 728 H) mendapatkan ayat-ayat sakinah ini?
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (w. 728
H) menjelaskan apa saja ayat-ayat sakinah ini. Paling tidak ada 6 ayat sakinah
di dalam al-Qur’an: Q.S al-Baqarah: 248, Q.S at-Taubah: 26, Q.S at-Taubah: 40,
Q.S al-Fath: 4, Q.S al-Fath: 18, Q.S al-Fath: 26.
Mengkhususkan Bacaan Ayat Quran
‘tertentu’ [katanya] Bidaah
Memang ada juga yang menganggap
bahawa mengkhusus-khususkan bacaan tertentu itu bidaah. Sebut saja Syeikh Bakr
Abu Zaid dalam kitabnya Bida’ al-Qurra’:
ومن البدع التخصيص بلا دليل، بقراءة آية، أو سورة في زمان أو مكان أو لحاجة
من الحاجات، وهكذا قصد التخصيص بلا دليل
Salah satu bentuk bidaah adalah
mengkhususkan tanpa dalil, seperti mengkhususkan bacaan al-Qur’an tertentu,
atau surah tertentu, di waktu dan tempat tertentu agar terpenuhinya suatu
keinginan. (Bida’ al-Qurra’ al-Qadimah wa al-Muashirah hal. 14).
Atau misalnya Imam As-Syathibi
(w. 790 H), beliau juga menyebutkan:
ومنها: التزام العبادات المعينة في أوقات معينة لم يوجد لها ذلك التعيين في
الشريعة
Termasuk bidaah adalah
membiasakan ibadah tertentu di waktu tertentu tanpa ada ketentuannya dalam
syariah (al-I’tisham hal. 1/ 53).
Apakah benar perbuatan yang
dilakukan oleh Ibnu Taimiyah ini bidaah? Jawapannya tidak, beliau tidaklah
melakukan bidaah, dan amat mustahil beliau paling banyak menyatakan larangan
berbuat bidaah tapi berbuat bidaah.
Apa yang dilakukan oleh Ibnu
Taimiyah itu adalah sekadar zikir dengan disiplin yang ditetapkan dirinya, yang
dilakukan sendiri-sendiri secara tersembunyi bukan di depan khalayak sehingga
boleh diikuti orang-orang.
Pernyataan ini jelas, dengan
perbuatan wiridan itu dinukilkan oleh murid-murid beliau berdasarkan
pemerhatian mereka ke atas guru mereka. Bukan pernyataan dan ajaran langsung
Ibnu Taimiyah kepada anak-anak muridnya.
Mengulas wirid Ibnu Taimiyah ini,
Syeikh Sulaiman bin Abdullah al Majid [anggota Majlis Syura KSA] berkata:
ولا نعلم لهذا الذكر في هذا الموضع المعين أصلا في السنة، والإمام ابن
تيمية يرى في مثل هذه المسائل أنه يفرق بين القليل والكثير والظاهر والخفي؛ فإن
كان ذلك خفيا فلا بأس به، لكن لا ينبغي أن يداوم على صيغة معينة من الذكر أو
الدعاء في زمان أو مكان معينين إلا بدلبل
Kami tidak mengetahui
penyebutan ini secara spesifik dari Sunnah, dan Imam Ibn Taimiyyah melihat
dalam masalah ini, dia membezakan antara sedikit dan banyak, tampak dan
tersembunyi. Jika tersembunyi, maka
tidak apa-apa. Tidak boleh membiasakan sesuatu sighat tertentu di waktu
tertentu dan tempat tertentu kecuali dengan dalil. (http://www.salmajed.com/fatwa/findnum.php?arno=2518)