Wednesday, 31 May 2023

Hadith mandi di antara dua azan di 10 malam terakhir Ramadhan

 

Matan hadith

 

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا كان رمضان قام و نام فإذا دخل العشر شد المئزر و اجتنب النساء و اغتسل بين الأذانين و جعل العشاء سحور

 

Terjemahan

 

Apabila datang Ramadhan, Rasulullah SAW solat dan tidur. Dan jika telah datang sepuluh hari terakhir, beliau mengikat sarungnya, menjauhi isteri-isterinya, mandi antara dua azan (maghrib dan isyak) dan mengakhirkan makan malamnya di waktu sahur

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Asim sepertimana disebutkan Ibnu Rejab dalam Lathaif Ma’ arif hal. 189. Tanpa sanad lengkap.

 

Ibnu Rejab menilai sanad hadith ini muqarib, sejenis penilaian ta’dil baik kepada perawi hadith ataupun boleh juga kepada hadith tersebut (Fathul Mughits 2/114-116). Ini menunjukkan Ibnu Rejab tidak pasti akan hadith tersebut sama ada sahih atau dhaif.

 

Syeikh Yusuf Shabir dalam fatwanya, memngatakan beliau tidak berjaya mendapatkan sumber asal (sanad) hadith ini. Ini kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang diperselisihkan iaitu Muslim bin Khalid az-Zinji. Padanya terdapat kritikan para ulama, manakala Yahya Ibn Main menilainya tsiqah dalam salah satu riwayat beliau mendhaifkan perawi tersebut (Sunan wal Ahkam 3/528).

 

Multaqa Ahlil Hadith 45/292 pula menilai sanad hadith ini dhaif.

 

Walaubagaimanapun seperti yang di nukilkan oleh Ibnu Jarir, para ulama salaf kebanyakannya menyukai amalan ini jika dilakukan semasa 10 hari terakhir Ramadhan seperti an-Nakhaie, Anas bin Malik, Ayyub as-Sakhtiyani, Thabit al-Bunani, Humaid at-Tawhil, Tamim ad-Dari (Lathaif Ma’arif hal. 189).

 

 

Rujukan

 

https://islamicportal.co.uk/performing-ghusl-after-maghrib-in-the-final-ten-nights-of-ramadan/

https://al-maktaba.org/book/31615/22294


Hadith selawat Nabi saw yang tidak terbatas pahalanya

 

Matan hadith

 

وعن جماعة من الصحابة قالوا: بينما النبي في المسجد إذ دخل عليه أعرابي فقال السلام عليكم يا أهل العز الشامخ والكرم الباذخ فأجلسه النبي ﷺ بينه وبين أبي بكر رضي الله عنه فقال أبو بكر يا رسول الله تجلسه بيني وبينك ولا أعلم على وجه الأرض أعز علي منك. قال أخبرني جبريل عليه السلام أنه يصلي علي صلاة لم يصلها علي أحد قبله قال كيف يقول قال يقول: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد في الأولين والآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين فقال أبو بكر رضي الله عنه أخبرني يا رسول الله عن ثواب هذه الصلاة قال: لو كانت البحار مداداً والأشجار أقلاماً والملائكة كتاباً لغني المداد وتكسرت الأقلام ولم تبلغ ثواب هذه الصلاة

 

 

Terjemahan

 

Suatu hari ketika Rasulullah ﷺ berada di masjid, tiba-tiba seorang lelaki berserban datang menemui beliau. Lelaki itu membuka serban yang menutupi wajahnya dan berkata dengan Fasih, "Salam sejahtera untukmu duhai manusia yang memiliki kemuliaan yang menjulang tinggi dan tak tertandingi."

 

Nabi ﷺ kemudian mendudukkan lelaki tersebut diantara beliau dan Abu Bakar radhiyallahu 'anhu.

 

Abu Bakar memandang lelaki tersebut kemudian berkata kepada Rasulullah ﷺ,

"Duhai Rasulullah, mengapa engkau meletakkannya di antara aku dan engkau, sedangkan aku mengetahui bahawa di muka bumi ini tidak ada seseorang yang engkau cintai melebihi diriku?"

 

Rasulullah ﷺ kemudian bersabda,

"Duhai Abu Bakar, Jibril memberitahuku bahawa lelaki ini suka berselawat kepadaku dengan sebuah selawat yang belum pernah dibaca oleh siapapun sebelumnya."

 

Sayyidina Abu Bakar pun lantas berkata,

"Duhai Rasulullah ajarkanlah kepadaku selawat yang ia baca agar aku dapat berselawat kepadamu dengannya."

 

Rasulullah ﷺ kemudian menyebutkan selawat tersebut :

 

اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى  سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد في الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ  وَفِي الْمَلأِ الأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الْدِّينِ

 

 

Ya Allah, limpahkan rahmat kepada pemimpin kami Nabi Muhammad ﷺ beserta keluarganya sebanyak selawat yang diucapkan orang-orang terdahulu dan kemudian, dan sebanyak ciptaan yang ada di langit sampai hari kiamat.”

 

Abu Bakar kemudian bertanya

"Duhai Rasulullah, apakah balasan yang akan diperoleh seseorang yang membaca selawat ini?"

 

Rasulullah ﷺ menjawab

"Duhai Abu Bakar, engkau telah menanyakan sesuatu yang aku tidak mampu menghitungnya. Seandainya lautan menjadi tinta, pepohonan menjadi pena dan para malaikat menjadi juru tulis. Maka lautan akan kering, pepohonan akan habis sedangkan para malaikat belum selesai mencatat pahala selawat ini".

 

Takhrij

 

HN. Abdurrahman Abdussalam as-Saffuri dalam Nuzahtul Majalis hal. 177, DKI.

 

Tiada asal, kerana tiada sanad.

 

Selawat ini tidak warid dari Nabi saw (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 116776).

 

 

Kitab Nuzahtul Majalis ini adalah antara kitab yang diperingatkan ulama untuk di jauhi (ditinggalkan daripada membacanya). Kerana mengandungi banyak riwayat-riwayat yang palsu (Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11; Muqadimah Maqasid al-Hasanah hal. 9, DKI).

 

Menurut Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar, as-Sakhawi, Tajudin al-Subki, as-Suyuthi, selawat yang terbaik adalah apa apa selawat yang diajarkan sendiri oleh Nabi saw, seperti selawat ibrahimiyah yang kita sebut dalam tahiyat akhir (Fathul Bari 11/167, Thabaqat al-Syafi'i 1/185-186).

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 116776.

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 144530

 

Ithaf Al-Muhibb As-Sail bi Ajwibah As-Sab’ Al-Masail hal. 9-11

Hadith selawat 1000 kali berlaga bahu dengan Nabi saw di syurga

 

Matan hadith

 

من صلى علي ألفا زاحمت كتفه كتفي على باب الجنة

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali maka akan berlaga bahunya dengan bahuku di depan pintu syurga

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal.

 

As-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ hal. 161, menilai hadith ini tidak ditemuai asalnya dan mengirakan hadith ini palsu.

 

Apabila seorang ahli hadith bertaraf al-Hafiz berkata bahawa dia tidak menemui sanad bagi sesuatu hadith itu maka sudah memadai untuk dinafikan kewujudan hadith tersebut. Ini sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadrib al-Rawi:

 

“Jika seorang al-Hafiz al-Mutthali’ (yang luas telaahnya), al-Naqid (pakar hadith) berkata pada sesuatu hadith ‘aku tidak mengetahuinya’ dipegang pada perkataanya pada menafikannya (yakni dinafikan kewujudan hadith tersebut), sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Islam (al-Hafiz Ibnu Hajar).”

 

Rujukan

 

http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2022/09/status-hadis-selawat-seribu-kali.html?m=1

Hadith keselamatan dari tenggelam dalam peluh di padang mahsyar dengan duduk bersama ulama

 Matan hadith

 

حتى يغرق الرجل في عرقه إلى شحمة أذنه، فلو شرب من عرقه سبعون بعيرا ما نقص منه شئ.

قالوا: يا رسول الله، ما النجاة من ذلك؟ قال: اجثوا على ركبتكم بين يدي العلماء

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya seorang lelaki akan karam (di Padang Mahsyar) sehingga ke dua cuping telinganya yang jika diminum bersamaan dengan peluh 70 ekor unta. Rasulullah ditanya: Apakah yang boleh menyelamatkannya wahai Rasulullah? Sabda Rasulullah, hendaklah kamu duduk bersama ulama'.

 

Takhrij

 

Palsu dan tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah.

 

Hadith ini banyak sekali ditemukan dalam pelbagai sumber syiah antaranya Ma’arij

 Al-Yakin fi Usuluddin hal. 111

Tidak semua konteks hadith dhaif ditolak

 

Terkadang ada hadith yang sanadnya dhaif namun matan (isi) hadithnya benar. Sanad yang dhaif tidak lantas menjadikan matan hadithnya cacat. Bila matan hadith tersebut didukung oleh dalil-dalil lain yang sahih, meski sanadnya ada cacat, maka matan hadith tersebut kita terima.

 

Contohnya hadith berikut ini :

 

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به

 

“Tak akan sempurna iman kalian, hingga hawa nafsu kalian tunduk terhadap risalah yang saya sampaikan.”

 

Hadith ini dibawakan oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam kitabnya. ” al-arba’iin”, yang masyhur dengan sebutan “Arba’iin An-Nawawiyyah” . Beliau mengatakan,” Hadith ini Shahih.” Begitu pula Abu Nu’aim membawakan hadith ini dalam kitabnya ” al-arba’iin” . Hadith ini diriwayatkan pula oleh Imam Thabarani dan yang lainnya.

 

Namun Al-Hafidz Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah memberi sanggahan terhadap pernyataan Imam Nawawi di atas dalam kitab beliau ” Jaami’ Al-‘uluum wal Hikam” , bahawa hadith ini sanadnya dhaif. Begitu pula ulama hadith lainnya menilai bahawa sanad hadits ini dhaif.

 

Meski demikian, matan daripada hadith ini benar adanya. Hal ini kerana ada dalil yang membenarkan konteks daripada hadith ini. Diantaranya adalah firman Allah ta’ala,

 

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

” Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. An-Nisa: 65)

 

Dan juga firman Allah ta’ala,

 

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

 

” Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS. Al-Ahzab: 36)

 

Contoh yang lain hadith yang berbunyi,

 

علماء أمتي كأنبياء بني إسرائي

 

” Ulama di kalangan umatku bagaikan Nabi di kalangan Bani Israil.”

 

Imam Ash-Suyuti mengatakan dalam kitabnya “Ad-durar” bahawa hadith ini tidak ada asalnya. Ibnu Hajar juga mengatakan bahawa haditjh ini tidak ada asalnya.

 

Begitu pula ulama lainnya seperti Ad-Dumairi, Az-Zarkasyi dan yang lainnya. (Kasyful Hunafa’: 2/64, Al-Aliya Al-Mansturah fil Haditsi Al-Masyhurah: 1/167 dan Ad-Durar Al-Mansturah fil ahaditsi Al-Masyhurah: 1/14)

 

Namun, meski dari sisi sanad hadith ini tidak boleh dipertanggungjawabkan, akan tetapi pesan yang disampaikan dalam hadith ini benar. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin mengatakan :

 

ولهذا جاء في حديث لكنه ضعيف: عُلَمَاءُ أُمَّتِيْ كَأَنْبِيَاءِ بَنِيْ إِسْرَائِيْل. معناه صحيح لكنه ضعيف من حيث إنه مسند إلى النبي صلى الله عليه وسلم

 

Oleh kerana itu disebutkan dalam sebuah hadith yang statusnya dhaif : ” Ulama di kalangan umatku bagaikan Nabi di kalangan Bani Israil.” Maknanya benar, namun bila ditinjau dari sisi sanad bersambungnya sampai ke Nabi hadits ini dhaif.” (Syarh Arba’in An-Nawawiyyah, karya beliau. Hadits ke 40)

 

Di antara hadith sahih yang membenarkan matan daripada hadith ini adalah,

 

العلماء هم ورثة الأنبياء

 

” Ulama adalah pewaris para Nabi.” (HR. Bukhari, Al-Hakim, Ibnu Majah, Tirmidzi)

 

Contoh lainnya adalah hadith dari Abdullah bin Abbas, ia berkata, ” Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 

من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب

 

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah menjadikan kesedihannya berubah bahagia, tiap kesempitannya ada jalan keluar, dan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka.”

 

Para ulama hadith menilai bahwa hadits ini statusnya dhaif. Syaikh Albani misalnya, beliau menggolongkan hadith ini termasuk dalam hadith-hadith yang dhaif. (Silsilah Al-Ahadits Adh-Dha’iifah wal maudhu’ah, 2/142). Begitu pula At-Thabarani mendhaifkan status sanad hadith ini (Al-Mu’jam Al-Ausath, 6/240). Begitu pula Imam Baihaqi dalam Sunan Al-Baihaqi (3/35, no: 6651).

 

Meski sanadnya dhaif, pesan yang disampaikan dalam hadith ini benar adanya. Kerana ada dalil-dalil kuat yang membenarkan matan daripada hadits ini. Diantaranya adalah firman Allah ta’ala,”

 

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً

 

“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu.” (QS. Nuh: 10-12 )

 

Dan sabda Nabi Shallallahualaihiwasallam yang maknanya sama dengan hadits di atas, hanya saja beda redaksi,

 

مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ”

 

“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” ( HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir )

 

Syaikh ‘Utsaimin pernah ditanya mengenai status kesahihan hadith ini. Lantas beliau menjawab,

 

أولاً هذا الحديث ضعيف ولكن معناه صحيح لأن الله تعالى قال (وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ) وقال تعالى عن هود (وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَاراً وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ) ولا شك أن الاستغفار سبب لمحو الذنوب وإذا محيت الذنوب تخلفت آثارها المرتبة عليها وحينئذٍ يحصل للإنسان الرزق والفرج من كل كرب ومن كل هم فالحديث ضعيف السند لكنه صحيح المعنى نعم.

 

“Pertama hadith ini dhaif akantetapi maknanya benar. Kerana Allah ta’ala berfirman,

 

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ

 

” Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.” (QS. Hud:3)

 

Dan firman Allah ta’ala tentang kisah Hud,

 

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ

 

Dan (Hud berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)

 

Tidak diragukan lagi bahwa istighfar merupakan sebab terhapusnya dosa. Jika dosa telah terhapus maka akan memberikan dampak yang bermacam-macam. Terkadang seorang yang terampuni dosanya ia akan mendapat rezeki dab kebahagiaan dari setiap kesusahan dan kesedihan hidupnya. Maka hadith ini (memang) dhaif namun maknanya benar.” (Fatawa nurun ‘ala Ad-Darb li Al-‘Utsaimin)

 

Jadi tidak setiap hadith yang bersanad dhaif lantas kita tolak begitu saja, tanpa melihat kebenaran matan hadith tersebut. Kita lihat dulu matan hadithnya, apakah ada ayat atau hadith sahih yang membenarkannya ataukah tidak. Bila tidak maka baru kita tolak. Bila ada maka matan hadith tersebut kita katakan benar, hanya saja sanadnya dhaif.

 

Syaikh Ibrahim bin Shalih Al-Khuraishiy mengatakan,

 

وهنا ينتبه طالب العلم إلى أنه ليس كل ما قيل فيه إنه حديث ضعيف أن معناه لا بد أن يكون كذلك، بل ربما كان معناه معمولا به بإجماع العلماء؛ فتأمل وراجع

 

” Ini perlu diperhatikan oleh para penuntut ilmu, bahawa tidak setiap hadith yang dinilai dhaif (sanadnya) lantas maknanya (matannya) juga automatik dhaif. Boleh jadi maknanya boleh diamalkan dengan kesepakatan para ulama.. Maka perhatikanlah hal ini dan pelajarilah.” ( At-Tanbihat Al-Mukhtasharah syarh Al-Wajibaat Al-Mutahatimaat Al-Ma’rifah ‘ala kulli muslim wa muslimatin, hal: 57)

 

 

Rujukan

 

https://muslim.or.id/22326-tak-semua-konteks-hadits-dhaif-kita-tolak.html

Hadith yang disahihkan oleh ulama zaman ini yang telah didhaifkan ulama terdahulu

 

Fatwa Syaikh Muhammad bin Abdillah Al Imam

 

Soalan:

 

Jika sebuah hadith didhaifkan oleh para ulama hadith terdahulu (mutaqaddimin), lalu ulama hadith masa kini (muta’akhirin) mensahihkannya, pendapat mana yang kita ambil?

 

 

Jawapan:

 

Jika ulama hadith masa kini tersebut mensahihkan hadith dengan menggunakan kaedah-kaedah dan dhawabit–dhawabit yang juga di gunakan oleh para ulama hadith terdahulu, maka pensahihan tersebut tidak menjadi masalah. Namun jika ulama masa kini tersebut tidak menggunakan metode yang digunakan oleh para ulama hadith terdahulu, maka hukum hadith tersebut tetap sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama hadith terdahulu.

 

 

Perlu digarisbawahi, hasil penilaian para pakar terhadap suatu perawi tidak mesti sama. Perbezaan dalam penilaian sudah ada sejak dulu. Dalam menilai suatu perawi, ada tiga kelompok : Mutasyaddid (sangat ketat), Mutawassith (pertengahan) dan juga mutasaahil (terlalu longgar).

 

Bagaimana cara menyikapi hadith yang diperselisihkan hukumnya kerana penilaian para pakar hadith yang tidak sama lantaran penilain terhadap salah satu perawi ?

 

Carilah pendapat majoriti ulama terhadap perawi yang diperselisihkan tersebut dan lihat juga hukum hadith tersebut menurut majoriti ulama.

 

 

Rujukan

 

https://muslim.or.id/14861-fatwa-ulama-ulama-masa-kini-menshahihkan-hadits-yang-didhaifkan-ulama-terdahulu.html

Keberadaan hadith dalam kitab bukan petanda ianya terus sahih dan dipegang/diamalkan

 


Dalam tafsir Fathul Qadir, al-Imam asy-Syaukani menukilkan perkataan al-Qurthubi tidak kurang dari 194 kali. Bahkan, di muqaddimah kitab tafsir Fathul Qadir, setelah menyebutkan penamaan kitab yang beliau tulis, tidak berapa jauh dari penyebutan itu, al-Imam asy-Syaukani menukil pernyataan al-Qurthubi akan pentingnya memahami makna firman-firman Allah sehingga mampu mengambil hukum dan mengamalkannya. Itu menunjukkan bahawa perkataan-perkataan al-Qurthubi dijadikan salah satu rujukan penting oleh al-Imam asy-Syaukani.


Meskipun demikian, hal itu tidak menghalangi al-Imam asy-Syaukani untuk mengkritik al-Imam al-Qurthubi. Seperti pada saat al-Qurthubi menyebutkan hadith tanpa sanad dan tanpa merujuk ke kitab-kitab induk hadith, asy-Syaukani mengkritiknya dan tegas menyatakan bahawa hal itu tidak boleh dijadikan sebagai hujjah. Mari kita semak pernyataan asy-Syaukani tersebut.


Al-Imam asy-Syaukani menyatakan dalam kitab tafsirnya ketika menafsirkan surah anNisaa’ ayat 36:


قَالَ الْقُرْطُبِيُّ فِي تَفْسِيرِهِ: وَرُوِيَ أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إِلَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنِّي نَزَلْتُ مَحَلَّةَ قَوْمٍ، وَإِنَّ أَقْرَبَهُمْ إِلَيَّ جِوَارًا أَشَدُّهُمْ لِي أَذًى، فَبَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعَلِيًّا يَصِيحُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسَاجِدِ: أَلَا إِنَّ أَرْبَعِينَ دَارًا جَارٌ، وَلَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ. انْتَهَى


al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya: dan diriwayatkan bahawasanya seorang laki-laki datang menemui Nabi shollallahu alaihi wasallam dan berkata: Sesungguhnya aku singgah di tempat suatu kaum. Tetangga yang paling dekat denganku adalah yang paling melakukan tindakan menyakitkan terhadapku. Kemudian Nabi shallallahu alaihi wasallam mengutus Abu Bakr, Umar, dan Ali berteriak di pintu-pintu masjid (seraya menyerukan): Ingatlah, sesungguhnya 40 rumah (dari rumahmu) adalah terhitung tetangga. Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya. Selesai (penukilan dari al-Qurthubi).



وَلَوْ ثَبَتَ هَذَا لَكَانَ مُغْنِيًا عَنْ غَيْرِهِ، وَلَكِنَّهُ رَوَاهُ كَمَا تَرَى مِنْ غَيْرِ عَزْوٍ لَهُ إِلَى أَحَدِ كُتُبِ الْحَدِيثِ الْمَعْرُوفَةِ، وَهُوَ وَإِنْ كَانَ إِمَامًا فِي عِلْمِ الرِّوَايَةِ، فَلَا تَقُومُ الْحُجَّةُ بِمَا يَرْوِيهِ بِغَيْرِ سَنَدٍ مَذْكُورٍ وَلَا نَقْلٍ عَنْ كِتَابٍ مَشْهُورٍ، ولا سيما وَهُوَ يَذْكُرُ الْوَاهِيَاتِ كَثِيرًا، كَمَا يَفْعَلُ فِي تَذْكِرَتِه


(Selanjutnya, asy-Syaukani berkata): Kalau hadith ini memang sah (valid), nescaya sudah mencukupi dari selainnya. Namun beliau (al-Qurthubi) meriwayatkannya tanpa merujuk pada salah satu kitab hadith yang dikenali sebagaimana anda lihat. Beliau (al-Qurthubi) meskipun imam dalam ilmu riwayat (hadith), tidaklah mampu tegak hujjah dari hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang tidak disebutkan sanadnya ataupun dinukil dari kitab yang dikenali. Terlebih lagi, beliau juga banyak menyebutkan riwayat-riwayat lemah sebagaimana yang beliau lakukan dalam kitab beliau atTadzkirah (Fathul Qadir al-Jami’ Bayna Fannay ar-Riwaayah wad Dirayah min Ilmit Tafsir karya asy-Syaukani 1/536).


Hadith para Nabi hidup dikubur mereka solat didalamnya

 

Dari sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

الأنبياء أحياء في قبورهم يصلون

 

“Para Nabi itu tetap hidup di kubur-kubur mereka, mereka solat di dalamnya” (HR. Abu Ya’ala dalam Musnadnya no. 3425 al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6888, al-Baihaqi dalam Hayatul Anbiya no. 27, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 2/327).

 

Hadith ini terdapat perbezaan pendapat. Sebahagian ulama mendhaifkannya seperti al-Bazzar dalam Musnadnya,  al-Baihaqi dalam Hayatul Anbiya, az-Zahabi yang mengatakan hadith ini munkar dalam Mizanul I’tidal 1/460, Ibnu Mulaqqin dalam al-Badarul Munir 5/284 kerana kelemahan al-Hasan bin Qutaibah. Al-Shan’ani dalam al-Insaf fi Haqiqat al-Awliya’ no. 79 berkata sanadnya kelam.

 

Manakala sebahagiannya mengatakan hadith ini kuat dan mempunyai penyokong seperti Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 621, al-Qasthalani dalam al-Mawahib al-Laduniyah 3/600, dan syawahidnya ada di Sahih Muslim:

 

Dari sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي عِنْدَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي قَبْرِهِ

 

“Aku melewati Musa pada malam aku di israkkan, iaitu di samping bukit merah, beliau  sedang solat di dalam kuburnya” (HR. Muslim no. 2375).

 

Pemahaman yang benar tentang hadith ini

 

Jika telah diketahui bahawa para nabi itu tetap hidup dalam kubur mereka berdasarkan dalil wahyu (dalil naqli), hal itu pun boleh dikuatkan dari sisi logik akal. Hal ini kerana para syuhada juga hidup (di dalam kuburnya) berdasarkan dalil dari Al Quran. Sedangkan kedudukan para nabi itu lebih tinggi daripada kedudukan para syuhada (Fathul Bari 6/488).

 

Meskipun demikian, tidak boleh bagi kita untuk meminta sesuatu dari mereka, meskipun mereka tetap hidup di kubur mereka. Kerana hal ini tidak pernah dilakukan sama sekali oleh para salaf. Perbuatan itu termasuk sarana menuju kemusyrikan dan juga menujukan ibadah kepada mereka, selain kepada Allah Ta’ala.  Berbeda halnya meminta kepada para Nabi ketika mereka masih hidup di dunia, hal ini bukanlah sarana menuju kemusyrikan (Qa’idah Jalilah fi At-Tawassul wal Wasilah, hal. 289).

 

Kehidupan para nabi di alam kubur adalah kehidupan di alam barzakh, yang kita tidak mengetahui bagaimanakah hakikatnya. Hal itu termasuk perkara ghaib yang tidak Allah Ta’ala khabarkan kepada kita. Sehingga, kehidupan mereka di alam kubur itu berbeda dengan kehidupan mereka di alam dunia.

 

Dalam masalah ini, terdapat sekelompok orang yang terkeliru, kerana mereka menyangka bahawa kehidupan para nabi di alam kubur itu sebagaimana kehidupan mereka di alam dunia. Hal ini boleh dibantah dari beberapa aspek:

 

Pertama, seandainya para nabi itu hidup di alam kubur sebagaimana hidupnya mereka di alam dunia, maka seharusnya mereka berada di atas bumi (di atas tanah), bukan di bawahnya. Ini adalah sunnatullah yang berlaku atas makhluknya, bahawa orang hidup di dunia itu berada di atas bumi, sedangkan orang yang sudah meninggal di bawah bumi.

 

Kedua, terjadi perselisihan pendapat di kalangan sahabat dalam beberapa masalah, demikian pula umat Islam setelah generasi sahabat. Demikian pula, berbagai bidah muncul sepeninggal beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seandainya nabi itu hidup sebagaimana hidupnya di dunia, akan mudah bagi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berfatwa, menjelaskan kepada umat manakah yang sunah, dan manakah yang bidaah, menjelaskan pekara manakah yang halal dan manakah yang haram.

 

Atau jika tidak demikian, maka ada kemungkinan yang lain, iaitu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mampu untuk berbicara atau tidak mampu menjawab pertanyaan. Atau Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mampu bangkit dari kuburnya. Kita berlindung kepada Allah Ta’ala dari kesesatan semacam ini.

 

Ketiga, Allah Ta’ala mengabarkan bahawa para rasul itu manusia biasa, mereka mati sebagaimana manusia juga mati. Allah Ta’ala berfirman,

 

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

 

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)” (QS. Az-Zumar [39]: 30).

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

 

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad). Maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (QS. Al-Anbiya’ [21]: 34).

 

Dan tidak terdapat dalil dari Al-Quran dan As Sunnah bahawa mereka akan diutus kembali setelah meninggal dunia.

 

 

 

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya supaya sentiasa bersama ulama

 

Matan atsar

 

حدثني عن مالك أنه بلغه أن لقمان الحكيم أوصى ابنه فقال يا بني جالس العلماء وزاحمهم بركبتيك فإن الله يحيي القلوب بنور الحكمة كما يحيي الله الأرض الميتة بوابل السماء

 

Terjemahan

 

Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik, ia telah mendapat khabar bahawa Luqman Al-Hakim pernah berwasiat kepada anaknya, "Wahai anakku! Duduklah bersama para ulama' dan sesakkanlah mereka dengan kedua lututmu. Kerana sesungguhnya Allah akan menghidupkan jantung dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan."

 

Takhrij

 

AR. Imam Malik dalam al-Muwattha’ 2/1002, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

Didhaifkan oleh al-Baihaqi dalam al-Madkhal 2/23.

 

Ibnu Qayyim dlam al-Madarijus Salikin 4/134 berkata riwayat ini mauquf lebih benar dan bukan marfu’.

 

Sanadnya dhaif menurut as-Suyuthi dalam Durar al-Mantsur  11/268.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 78.

Hadith Nabi saw sujud dan membaca asmaul husna secara tunggal

 

Matan hadith

 

عَنْ عَلِيٍّ، قَالَ: لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ قَاتَلْتُ شَيْئًا مِنْ قِتَالٍ، ثُمَّ جِئْتُ مُسْرِعًا لِأَنْظُرَ مَا فَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجِئْتُ فَإِذَا هُوَ سَاجِدٌ، يَقُولُ: «‌يَا ‌حَيُّ ‌يَا ‌قَيُّومُ ‌يَا ‌حَيُّ ‌يَا ‌قَيُّومُ» لَا يَزِيدُ عَلَيْهِمَا، ثُمَّ رَجَعْتُ إِلَى الْقِتَالِ، ثُمَّ جِئْتُ وَهُوَ سَاجِدٌ يَقُولُ ذَلِكَ، ثُمَّ ذَهَبْتُ إِلَى الْقِتَالِ، ثُمَّ رَجَعْتُ، وَهُوَ يَقُولُ ذَلِكَ فَفَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ “

 

 

Terjemahan

 

Daripada Ali bin Abi Thalib, ia berkata: “Saat perang Badar, aku melakukan peperangan dalam medan perang, kemudian aku bersegera datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk melihat apa yang beliau buat. Lalu aku datangi dan ternyata beliau sedang bersujud dan berzikir: “Ya Hayyu ya Qayyum ya Hayyu ya Qayyum” dan beliau tidak menambahi atas itu

 

Takhrij

 

HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra 6/156, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/254, Abu Ya’la dalam Musnadnya 1/404, al-Hakim dalam al-Mustafrak 1/344 dan Dhiya al-Maqdisi 2/355 al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah no. 926

 

Sanadnya dihasankan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/150.

 

Az-Zahabi menilai hadith ini gharib dalam Tarikh al-Islam 2/83.

 

Kelemahannya disebabkan ada dua perawi yang lemah iaitu Muhammad bin Sinan Al-Qazzaz (at-Taqrib hal. 482) dan Ismail bin Awn bin Ubaidullah bin Abi Rafi (at-Taqrib hal. 409).

Kisah asal usul kejadian anjing dari ludah iblis

 

Matan kisah

 

Apabila Allah mencipta Adam (as) dia meletakkan dia di Pintu Syurga selama empat puluh tahun, dan semua malaikat terpaksa melangkaunya sebelum Beliau ditiup Roh kepadanya, supaya dia boleh merendahkan dirinya. Oleh itu, apabila Iblis (la) melaluinya, semasa dia bersama malaikat, dia meludah kepadanya, dan iblis (la) meludah terkena ke atas perut Adam (as). Maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengeluarkan kotoran ludah iblis (la) itu, dengan itu tempatnya menjadi seperti lubang, dan ia adalah pusat, dan itulah apa yang ada sekarang di tengah perut manusia. Dan Allah menciptakan dari lumpur, yang mempunyai bekas ludah iblis (la), anjing itu .

 

Oleh itu, anjing itu diciptakan dari lumpur Adam (as), dan dari bekas ludah iblis (la), oleh itu, ia adalah haiwan yang paling jahat kerana ia diciptakan dari bekas ludah iblis (la), sementara ia adalah haiwan yang paling setia kerana ia diciptakan dari lumpur Nabi. Jadi berkumpul pada anjing itu adalah kesetiaan para Nabi, dan kotoran Syaitan Iblis (la), Dia Yang Maha Suci Maha Mengumpulkan antara cahaya dan kegelapan, yang berkaitan dengan diri anjing. Bagi tubuh jasmanainya, ia juga dicipta daripada air ludah iblis (la), dan dari tanah lumpur selepas Adam turun ke bumi ini.

 

Takhrij

 

Tiada asal, tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

 

Ia ditemukan dalam kitab-kitab bersumber dari syiah seperti Tafsir al-Qumi 1/41, Qashas al-Anbiya al-Jazairi hal. 57 dan Bihar al-Anwar 11/207 dll:

 

قال أبو جعفر وجدناه هذا في كتاب أمير المؤمنين )ع(، فخلق الله آدم فبقي أربعين سنة مصوراً فكان يمر به إبليس اللعين فيقول لأمرٍ ما خلقت، فقال العالم )ع( فقال إبليس لئن امرني الله بالسجود لهذا لأعصينه، قال: ثم نفخ فيه

 

(Tafsir al-Qumi 1/41)

 

 

عن أمير المؤمنين )ع) : (إن النبي (ص) سئل مما خلق الله عز وجل الكلب؟ قال خلقه من بزاق إبليس، قال: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: لما أهبط الله عز وجل آدم وحوا إلى الأرض اهبطهما كالفرخين المرتعشين فغدا إبليس الملعون إلى السباع وكانوا قبل آدم في الأرض، فقال لهم: إن طيرين قد وقعا من السماء لم ير الراؤون أعظم منهما تعالوا فكلوهما، فتعاوت السباع معه وجعل إبليس يحثهم ويصيح بهم ويعدهم بقرب المسافة فوقع من فيه من عجلة كلامه بزاق فخلق الله عز وجل من ذلك البزاق كلبين أحدهما ذكر والأخر أنثى فقاما حول آدم وحوا الكلبة بجدة والكلب بالهند فلم يتركوا السباع أن يقربوهم ومن ذلك اليوم صار الكلب عدو السبع والسبع عدو الكلب)

 

(Qashas al-Anbiya al-Jazairi hal. 57; Bihar al-Anwar 11/207)

 

Kisah palsu bidadari hitam manis untuk Umar al-Khattab ra

 


Pada suatu hari, Rasulullah bercerita mengenai pedihnya neraka dan nikmatnya syurga, Rasulullah bercerita tentang bidadari-bidadari yang ada di syurga kepada para sahabat. Adapun peristiwa yang menunjukan Rasulullah melihat surga dan neraka dikisahkan dari Isra Mi’raj.


Dalam kisahnya, Rasulullah melihat para bidadari yang sedang bergembira, sedang di antara bidadari itu ada yang terduduk malu. Rasulullah pun bertanya kepada Jibril ‘Allaihissalam, “Wahai Jibril, mengapa bidadari siapakah itu?” Jibril pun menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar radhiyallahu ‘anhu".


Dari kisah Rasulullah tentang keberadaan para bidadari di syurga, Umar pun memilki impian bahawa kelak ia ingin mendapatkan bidadari syurga yang memiliki kulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah dan bahagian bawahnya berwarna biru serta memiliki sifat sangat pemalu. ( https://muslimahdaily.com/story/hikmah/item/757-hitam-manis-bidadari-impian-umar-bin-khattab.html)


Takhrij


Tidak ditemui asal dalam kitab hadith dan sirah muktabar sunnah dengan kisah sedemikian.


Akan tetapi terdapat sebuah hadith yang hamper semakna tanpa menyebut ciri-ciri bidadari tersebut:


أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُنِي فِي الْجَنَّةِ فَإِذَا امْرَأَةٌ تَتَوَضَّأُ إِلَى جَانِبِ قَصْرٍ فَقُلْتُ لِمَنْ هَذَا الْقَصْرُ قَالُوا لِعُمَرَ فَذَكَرْتُ غَيْرَتَهُ فَوَلَّيْتُ مُدْبِرًا فَبَكَى عُمَرُ وَقَالَ أَعَلَيْكَ أَغَارُ يَا رَسُولَ اللَّهِ



Kami duduk bersama Rasulullah (ﷺ), dia berkata, "Ketika saya sedang tidur, saya melihat diri saya di Syurga dan lihatlah, seorang wanita sedang berwuduk di sisi istana. Saya bertanya, 'Untuk siapa istana ini? ' Mereka menjawab, 'Untuk'Umar'Kemudian saya teringat Ghira `Umar dan segera kembali. " `Umar menangis (mendengarnya) dan berkata, "Biarlah ayah dan ibuku dikorbankan untukmu, ya Rasulullah! Sungguh berani aku memikirkan Ghira ku tersinggung olehmu. "


Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata, Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ, beliau bersabda, "Ketika tidur, aku bermimpi diriku berada di dalam surga, di sana ada seorang wanita yang sedang berwudhu di samping istana. Aku bertanya, "Untuk siapakah istana itu?" Mereka menjawab, "Untuk 'Umar." Namun aku teringat kecemburuanmu, maka aku berpaling." Seketika 'Umar menangis dan berkata, "Apakah patut aku cemburu kepadamu, wahai Rasulullah?"


Rujukan


https://hadithanswers.com/the-hur-maiden-of-jannah-of-sayyiduna-umar-ibn-al-khattab/


Zaman Ahli Ilmunya Sedikit Penceramahnya Banyak

 

Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata,

 

إنكم في زمان كثير فقهاؤه قليل خطباؤه قليل سؤاله كثير معطوه العمل فيه قائد للهوى

وسيأتي من بعدكم زمان قليل فقهاؤه كثير خطباؤه كثير سؤاله قليل معطوه الهوى فيه قائد للعمل

اعلموا أن حسن الهدي في آخر الزمان خير من بعض العمل

 

“Sungguh kalian saat ini hidup pada zaman ahli ilmunya banyak, penceramahnya sedikit, sedikit pula yang meminta-minta namun banyak yang memberi, pada masa seperti ini amalnya seseorang yang mengendalikan hawa nafsunya.  Dan kelak akan datang suatu zaman dimana ahli ilmunya sedikit, penceramahnya banyak, banyak yang meminta-minta tetapi sedikit yang memberi, pada masa seperti itu hawa nafsu yang mengendalikan amalnya.  Ketahuilah oleh kalian bahawa baiknya petunjuk (ilmu dan pemahaman yang benar) di akhir zaman jauh lebih baik daripada melakukan sebahagian amalan."

 

(AR. Imam Malik dalam al-Muwattha' 1/173, Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 785, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari 10/510, berkata sanadnya sahih)

 

Ahli ilmu dan penceramah dua orang yang berbeza. Orang yang banyak ceramah belum tentu dia ahli ilmu, sedangkan ahli ilmu dia berceramah menyampaikan ilmunya dengan pemahaman yang benar dan bimbingan para ahli pula.

Akibat dari menolak kebenaran

 

Al imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

 

من عُرض عليه حقٌ فرده فلم يقبله، عُوقب بفساد قلبه وعقله ورأيه

 

"Barangsiapa yang dijelaskan kebenaran kepadanya namun dia menolaknya tidak mahu menerima, maka dia akan dihukum dalam bentuk rosak hatinya, akalnya, dan fikirannya."

 

Miftah Dar as Sa'adah 1/16

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...